[VIDEO] 3 Ayat Penyembuh Sihir
Sihir adalah salah satu daripada perkara yang boleh membatalkan iman kerana ia meminta pertolongan dan mengabdikan diri kepada syaitan dan jin. Ini kerana jin dan syaitan tidak akan membantu manusia melainkan manusia sanggup melakukan kederhakaan kepada Allah seperti membuat perkara-perkara syirik atau sekurang-kurangnya menghina al-Quran atau agama Islam.