Langkah Pertama Jika Terjadinya Gangguan Jin

Anggaran Masa Bacaan: 4 minit

Dikemaskini pada 10/10/2019 oleh Ustaz Abdullah

jinGangguan jin boleh berlaku pada bila-bila masa. Dan ada ketikanya ia berlaku secara senyap, tanpa kita sedari. Dan mungkin apabila kita menyedarinya, ia sudah pun menjadi gangguan yang kronik.

Jika berlakunya gangguan jin pada diri atau keluarga anda, apakah yang patut anda lakukan? Inshaa Allah dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda langkah-langkah yang patut anda lakukan jika berlakunya gangguan jin.

Sebaiknya, anda digalakkan agar selalu berulang-ulang kali memperhatikan apakah adanya tanda-tanda gangguan jin pada diri anda. Kemudian berusahalah untuk memperhatikan dengan lebih teliti dan jujur supaya anda akan nampak dengan semakin jelas, apakah tanda-tanda gangguan jin itu benar-benar berlaku pada diri anda atau tidak.

Elakkan dari selalu menafikan tanda-tanda tersebut. Contohnya, jika sejak kebelakangan ini anda selalu mengalami tanda-tanda seperti pening kepala, jangan menafikan yang itu adalah tanda-tanda mungkin adanya gangguan jin.

Contohnya, anda menafikan dengan berkata di dalam diri anda, “Mungkin aku pening biasa je kot”. Atau anda berfikir, “Mungkin aku pening ni sebab terlalu letih”. Sebaiknya jika anda benar-benar selalu mengalami pening kepala, anggaplah ianya mungkin salah satu dari tanda-tanda gangguan jin yang wujud dalam diri anda.

Setelah anda lihat dan memastikan semua gejala-gejala gangguan jin yang terjadi kepada diri anda, langkah seterusnya ialah lakukan perkara-perkara di bawah:

  1. Berusahalah untuk menjadi setenang mungkin, jangan panik, sabar dan berusahalah untuk bertawakal dan pasrah kepada Allah. Yakinlah di dalam hati bahawa jin itu adalah makhluk Allah yang lemah dan tidak mungkin jin dapat mengalahkan al-Quran. Keyakinan ini perlu ada di dalam diri anda, kerana ianya adalah sebahagian dari iman.
  2. Dapatkan khidmat nasihat tentang masalah anda di pusat-pusat rawatan Islam yang terdekat, dan jangan pernah terlintas keinginan untuk pergi berjumpa dengan bomoh. Berhati-hatilah ketika anda akan meminta bantuan seseorang kerana sangat susah untuk membezakan antara pengubatan yang betul-betul selaras dengan al-Quran dan juga kaedah bomoh kerana banyak bomoh di zaman sekarang yang memperalatkan agama. Lebih baik anda bertawakal kepada Allah dan kembalilah kepada al-Quran, kerana tidak ada jin yang mampu mengalahkan al-Quran.
  3. Jika anda tidak dapat mencari mana-mana pusat rawatan Islam yang berdekatan, jangan bimbang, cuba lakukan langkah-langkah di bawah:

    a) Jagalah solat 5 waktu. Bagi lelaki, biasakan diri melakukan solat jemaah di masjid.b) Bacalah surah al-Baqarah setiap hari. Bacalah dari awal hingga akhir surah al-Baqarah dalam satu hari. Amalkan selama seminggu atau lebih.

    c) Jika anda tidak mahir membaca al-Quran, dengar bacaan al-Quran atau ayat-ayat ruqyah melalui cd atau mp3 ayat-ayat ruqyah, sekurang-kurangnya sejam sehari selama sebulan atau lebih.

    d) Amalkan meminum air ruqyah setiap hari. Caranya, ambil segelas air, lalu bacakan ayatul Kursi, surah al-Falaq dan surah an-Nas. Baca beberapa kali. Dekatkan bibir anda pada gelas yang berisi air tersebut ketika membaca ayat-ayat di atas. Amalkan meminum air ruqyah setiap hari. Sehari tiga kali sekurang-kurangnya.

    e) Bacalah zikir pagi dan petang, terutamanya:
    – Surah al-Baqarah ayat 1 hingga 4.
    – Ayatul Kursi dan dua ayat selepasnya.
    – 3 ayat terakhir surah al-Baqarah.
    – Surah al-Ikhlas.
    – Surah al-Falaq.
    – Surah an-Nas

  4. Reaksi yang mungkin muncul selama anda mengamalkan kaedah di atas:a) Pening.
    b) Muntah dan mual.
    c) Susah atau tidak dapat tidur.
    d) Gangguan semakin berkurangan dan akan hilang inshaa Allah. Jangan lupa bersyukur kepada Allah dan berdoa agar ianya benar-benar sembuh.
    e) Gangguan semakin kuat. Jika berlakunya begini, jangan risau. Teruskan terapi yang anda lakukan di atas. Ingatlah bahawa jin akan melakukan pelbagai cara agar anda tidak meneruskan terapi ruqyah di atas.

Jika tidak muncul reaksi apa pun, padahal gejala/tanda gangguan jin masih sangat kuat, maka lakukanlah perkara-perkara di bawah:

  1. Perbanyakkan istighfar dan bertaubat.
  2. Ulangilah proses terapi mandiri selama beberapa hari. Sebaiknya sehingga hilang gejala gangguan.

Di dalam merawat masalah gangguan jin, samada melakukan terapi sendiri seperti di atas, atau berubat dengan perawat Islam, anda perlu berdisiplin, sabar dan bertawakal. Ingatlah bahawa gangguan jin akan terus berlaku selagi makhluk tersebut belum berputus asa.

Hanya pertolongan dari Allah sahaja yang mampu menyembuhkan gangguan tersebut. Oleh itu, jangan berusaha mencari jalan pintas dengan cara meminta pertolongan bomoh dan dukun. Perbuatan ini mengundang kemurkaan Allah dan menjauhkan anda dari kesembuhan.

Yakinlah pada diri anda sendiri, yakinlah pada pertolongan Allah dan yakinlah pada al-Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Ini kerana hanya al-Quran dan Hadis Nabi sahajalah sumber rujukan yang paling dipercayai dan benar.

Sumber rujukan: Klik di sini.

(Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Abdullah bin Idris. Jika berminat dengan artikel di atas, anda boleh mengikuti penulisan artikel terbaru beliau melalui facebook, google+ ataupun melalui emel. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

Follow saya di sosial media:
Langkah Pertama Jika Terjadinya Gangguan Jin
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!