Dikemaskini pada 10/10/2019 oleh Ustaz Abdullah
Bagaimanakah caranya kita nak membezakan diantara gangguan jin dan juga gangguan kejiwaan?
Ini kerana berdasarkan pengalaman saya, ciri-ciri mereka yang mengalami gangguan jin adalah agak sama dengan mereka yang mengidap gangguan kejiwaan.
Disebabkan kesamaan ini juga kadang-kadang masyarakat selalu tersalah anggap tentangnya. Jadi, di dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda ciri dan bagaimana nak tahu samada seseorang itu mengalami gangguan jin atau gangguan kejiwaan.
Masalah gangguan jin dan kejiwaan dapat dibahagikan kepada tiga jenis berikut:
- Hanya melibatkan gangguan jin semata-mata.
- Hanya melibatkan gangguan kejiwaan semata-mata.
- Atau melibatkan kedua-dua gangguan di atas (jin dan kejiwaan)
Di dalam kaedah nak mengenalpasti apakah seseorang itu mengalami salah satu gangguan yang saya sebutkan di atas, pembacaan ayat-ayat ruqyah akan digunakan kepada individu tersebut.
Gangguan jin merupakan satu keadaan yang khusus, walaupun kadang-kadang kita melihat gejala yang ditunjukkannya hampir sama dengan penyakit-penyakit kejiwaan.
Biasanya, kita dapat mengenali yang seseorang itu mengalami gangguan jin apabila setelah diberikan rawatan menggunakan kaedah moden, contohnya pemberian ubat, tetapi kaedah tersebut masih tidak mampu mengatasinya.
Sebagai contoh, pesakit sudahpun diberikan dengan pelbagai jenis ubat-ubatan, tetapi langsung tidak memberikan kesan dan sakitnya tetap tidak berkurangan. Begitu juga, pesakit telah pun diberikan dengan pelbagai jenis ubat, contohnya ubat penenang, tetapi pesakit masih juga tetap tidak boleh tidur dan tetap berkelakuan yang agresif, ataupun akan mengurung diri di dalam bilik dalam jangka masa yang lama.
Tetapi, bagi mereka yang berpengalaman dalam bidang merawat pesakit yang mengalami gangguan jin, mereka akan dapat membezakannya dengan mudah.
Ini kerana bagi pesakit yang mengalami gangguan jin, pada diri mereka biasanya akan zahir beberapa tanda-tanda yang khusus yang menunjukkan dalam badan mereka terdapatnya jin-jin yang mengganggu. Contohnya, pesakit gangguan jin ini biasanya tidak akan mampu untuk bertentang mata dengan golongan-golongan perawat, atau mereka yang dah lama dalam bidang rawatan gangguan jin.
Tetapi, tanda yang paling ketara sekali ialah pesakit gangguan jin, apabila dibacakan pada mereka ayat-ayat al-Quran, khususnya ayat-ayat ruqyah, mereka akan menunjukkan tanda yang lebih ketara.
Contohnya ada yang akan menunjukkan kelakukan yang agresif seperti menggeliat dengan kuat, menunjukkan perasaan marah atau takut, dan ada juga yang sampai menjerit-jerit seperti mereka yang mengalami kerasukan.
Tetapi, apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah, pesakit tidak menunjukkan reaksi yang saya sebutkan di atas, inshaa Allah dapatlah dikatakan bahawa orang tersebut tidak mengalami gangguan jin.
Sedangkan apabila adanya reaksi gangguan jin dan setelah diruqyah gangguan jin tersebut hilang, akan tetapi orang tersebut masih lagi mengalami masalah seperti berhalusinasi, pandangan mata yang kosong, dan lain-lain.
Ini berlaku disebabkan gangguan jin dapat merosakkan saraf otak. Tetapi apabila gangguan jin telah hilang, maka berlakulah kerosakan saraf di otak yang menyebabkan seseorang itu menderita gangguan kejiwaan.
Di sini, dapatlah disimpulkan bahawa untuk mengetahui samada seseorang itu mengalami gangguan jin atau tidak dapatlah dikesan dengan cara diruqyah, iaitu dibacakan ayat-ayat al-Quran yang khusus untuk merawat masalah tersebut. Sedangkan gangguan kejiwaan pula dapat diubati dengan menggunakan kaedah rawatan moden.
Adakah anda tergolong di dalam mereka yang mengalami gangguan jin ataupun gangguan kejiwaan? Jika ada sebarang persoalan, sila tuliskan pertanyaan anda diruangan komen yang disediakan.
(Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Abdullah bin Idris. Jika berminat dengan artikel di atas, anda boleh mengikuti penulisan artikel terbaru beliau melalui facebook, google+ ataupun melalui emel. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.