8 Cara Mengusir Jin Dari Rumah
Rumah adalah tempat untuk kita beristirehat setelah disiang harinya kita melakukan segala tugasan harian. Oleh kerana itu, tidak ada apa yang akan dicari di dalam rumah melainkan ketenangan dan kebahagiaan.
Tidak ada guna banglo mewah bertingkat-tingkat, tetapi apabila duduk di dalamnya, langsung tidak dapat ketenangan.
Tetapi, biarlah rumah yang kita diami itu, walaupun sederhana tetapi apabila berada di dalam rumah tersebut, hati menjadi tenang.
Diantara salah satu faktor yang menyebabkan ketenangan di dalam rumah hilang ialah apabila rumah tersebut diganggu oleh jin dan syaitan.
Baca SelanjutnyaMengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah.3)
Anggaran Masa Bacaan: 4 minitAlhamdulillah artikel ini adalah sambungan dari dua artikel saya yang lalu di bawah tajuk yang sama. Bagi anda yang baru kali pertama sampai ke blog ini, bolehlah baca bahagian pertama dan bahagian kedua.
Untuk bahagian yang katiga ini, saya akan sambung dari sebab yang kelapan hingga kesebelas.
8) Mendatangi Makam dan Tempat Yang Dianggap Keramat
Salah satu perkara khurafat yang diamalkan oleh masyarakat kita, khususnya Melayu (saya mengatakan Melayu kerana saya orang Melayu Islam) ialah menziarahi kubur-kubur tertentu dengan meletakkan tanggapan bahawa kubur tersebut keramat.