Bagaimana Mengenali Tanda-Tanda Sihir Pendarahan?
Sihir menurut bahasa adalah ungkapan tentang perkara yang berlaku disebabkan oleh sesuatu yang samar, tidak jelas, tersembunyi dan lembut.
Manakala menurut istilah pula, sihir bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama, sihir ini adalah buhul-buhul ataupun mentera, atau disebut juga jampi serapah yang digunakan oleh tukang-tukang sihir sebagai satu jalan untuk menyeru jin. Tujuan jin diseru adalah untuk meminta pertolongan kepada jin tersebut bagi menghantar sihir kepada mangsa.
Continue reading “Bagaimana Mengenali Tanda-Tanda Sihir Pendarahan?”Santau Angin & Bagaimana Rawatannya?
Anggaran Masa Bacaan: 3 minitDiantara banyak-banyak santau, santau yang agak bahaya ialah santau angin. InshaaAllah dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda tentang santau angin. Sebelum saya kongsikan dengan lebih mendalam tentang santau angin ini, apakata mari kita mengenali terlebih perkara-perkara umum tentang santau.
Apa Itu Santau?
Santau ialah rangkaian dari 3 gabungan, iaitu ramuan, sihir dan makhluk halus. Apa maksudnya? Maksudnya boleh dikatakan hampir kesemua santau mempunyai 3 elemen yang saya sebutkan tadi. Iaitu ramuan-ramuan untuk menghantar santau. Kemudian ianya dijampi dengan mentera-mentera tertentu yang biasanya mengandungi unsur-unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah.
Perlunya jampi-jampi yang mengandungi unsur pemujaan dan mensyirikkan Allah kerana bahan-bahan santau tadi akan dihantar kepada mangsa untuk tujuan menyihir dan ianya dihantar dengan perantaraan makhluk halus iaitu jin.