Bagaimana Mendapatkan Doa Yang Makbul?


Bagaimanakah untuk mendapatkan doa yang dimakbulkan oleh Allah? InshaaAllah di dalam artikel ringkas ini saya kongsikan dengan anda 3 faktor yang menyebabkan doa anda dimakbulkan Allah.

Telah berkata Yahya bin Muad’z, iaitu seorang ahli sufi:

“Siapa yang Allah mudahkan baginya untuk menghadirkan hati di dalam doa, maka doanya tidak akan tertolak”

Ibnu Qayyim al-Jauziah mengatakan:

“Sesiapa yang menghadirkan hati di dalam berdoa kepada Allah, dan ia meminta dalam keadaan yang sangat memerlukan, dan kuat pengharapannya agar doanya dimakbulkan Allah, maka hampir-hampir doanya sukar untuk ditolak” (Al-Fawaid, halaman 78)

Apa yang dapat kita fahamkan di sini ialah, ada tiga sebab utama yang menjadi faktor sesuatu doa itu dimakbulkan oleh Allah.

  1. Hati tidak lalai ketika berdoa, bermaksud ketika berdoa, orang yang berdoa itu benar-benar menghayati setiap doa yang diucapkannya.
  2. Benar-benar memerlukan. Maksudnya ia berdoa dalam keadaan dia benar-benar mengharapkan atau memerlukan apa yang didoakannya.
  3. Meletakkan pengharapan dan keyakinan yang tinggi di dalam hatinya bahawa doanya akan dimakbulkan Allah.

Dalil yang menguatkan tiga perkara di atas adalah seperti berikut:

Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Berdoalah kepada Allah dalam keadaan yakin doa akan dimakbulkan, dan ketahuilah bahawa Allah tidak mengkabulkan doa dari hati yang lalai” (HR. Tirmidzi, no. 3479. Syaikh Al-Albani mengatakan bahwa hadits ini hasan)

Manakala dalil yang menguatkan bahawa apabila berdoa dalam keadaan yang sangat memerlukan kepada apa yang didoakan, menjadikan doa itu cepat dimakbulkan adalah berdasarkan kepada hadis di bawah:

Dari Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w telah bersabda:

“Kemudian Nabi s.a.w telah menceritakan tentang seorang lelaki yang telah lama berjalan kerana jauhnya jarak yang ditempuhnya. Sehingga rambutnya kusut, masai dan berdebu. Orang itu mengangkat tangan ke langit dan berdoa, “Wahai Tuhanku, wahai Tuhanku.” Padahal makanannya dari barang yang haram, minumannya dari benda yang haram, pakaiannya dari yang haram, dan diberi makan dengan makanan yang haram, maka bagaimanakah Allah akan memperkenankan doanya” (Hadis riwayat Muslim, no 1015)

Sebenarnya dalam keadaannya yang sangat memerlukan itu membuatkan doanya termakbul, tetapi oleh kerana ia mengambil dari sumber yang haram, menyebabkan doanya terhalang untuk dimakbulkan Allah.

Semoga dengan melakukan 3 perkara di atas, dan meninggalkan perkara yang haram, Allah akan memakbulkan semua doa kita, inshaaAllah.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

4 Comments on "Bagaimana Mendapatkan Doa Yang Makbul?"

Ada pertanyaan?