kejahatan jin

jinJin adalah makhluk Allah yang diciptakan-Nya dari api. Selain itu, berdasarkan dalil dari al-Quran, jin terlebih dahulu mendiami bumi berbanding manusia.

Allah SWT berfirman yang artinya, “Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) dari api yang sangat panas.” (Al-Hijr: 27).

Abu Hidzaifah Ishaq bin Basyar mengatakan dalam kitab Al-Mabda’ bahawa Abdullah bin Amr bin al-Ash berkata, “Jin diciptakan dua ribu tahun sebelum penciptaan Adam.”

jinGangguan jin boleh berlaku pada bila-bila masa. Dan ada ketikanya ia berlaku secara senyap, tanpa kita sedari. Dan mungkin apabila kita menyedarinya, ia sudah pun menjadi gangguan yang kronik.

Jika berlakunya gangguan jin pada diri atau keluarga anda, apakah yang patut anda lakukan? Inshaa Allah dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda langkah-langkah yang patut anda lakukan jika berlakunya gangguan jin.

Sebaiknya, anda digalakkan agar selalu berulang-ulang kali memperhatikan apakah adanya tanda-tanda gangguan jin pada diri anda. Kemudian berusahalah untuk memperhatikan dengan lebih teliti dan jujur supaya anda akan nampak dengan semakin jelas, apakah tanda-tanda gangguan jin itu benar-benar berlaku pada diri anda atau tidak.

penyakit jinAssalamualaikum dan salam sejahtera pembaca sekalian,

Apa khabar? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat. Alhamdulillah, bertemu lagi kita dalam artikel saya terbaru.

Baiklah, dalam penulisan kali ini, saya akan kongsikan dengan anda apakah perbezaan diantara kerasukan dan juga sihir. Semoga artikel ini bermanfaat untuk bacaan anda.

Setiap orang terkena sihir, itu bermaksud yang dia telah mengalami kerasukan, tetapi tidak sebaliknya. Sebelum saya menerangkan perbezaannya, suka untuk saya jelaskan persamaan antara keduanya terlebih dahulu.