Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Apakah Tujuan Allah Menciptakan Jin?

Dikemaskini pada 14/11/2021 oleh Ustaz Abdullah

Sebagai seorang Islam dan yang beriman, kita diwajibkan untuk mempercayai tentang perkara ghaib.

Perkara ghaib ialah sesuatu yang tidak dapat dicapai oleh pancaindera manusia.

Namun perkara tersebut mempunyai dalil yang jelas samada dari Al-Quran mahupun Hadis Nabi SAW.

Salah satu perkara ghaib yang wajib kita semua imani akan kewujudannya ialah makhluk jin.

Ini kerana, terlalu banyak dalil-dalil samada dari Al-Quran ataupun hadis yang menyentuh tentang makhluk ini.

Bahkan di dalam Al-Quran terdapat satu surah yang dinamakan Surah Jin.

Dan apabila melihatkan tentang banyaknya kes-kes melibatkan manusia yang diganggu oleh makhluk jin, mungkin anda terfikirkan soalan di bawah;

“Mengapa Allah menciptakan jin”?

Jadi di dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda tentang:

Apakah Tujuan Diciptakan Jin?

Mengapa Allah menciptakan jin?

Sebenarnya anda tidak perlu pergi terlalu jauh untuk mendapatkan jawapannya.

Ini kerana, tujuan penciptaan jin menurut Islam telah dijelaskan oleh Allah iaitu di dalam Surah Az-Zariyat ayat 56 yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku”

Apa yang anda faham dari ayat di atas?

Ayat di atas menjadi dalil bahawa jin adalah makhluk yang sama seperti manusia dari segi ketaklifan. Ketaklifan bermaksud diberati dengan hukum syarak di mana jika berbuat baik akan mendapat pahala.

Dan jika berbuat jahat akan mendapat dosa.

Apabila anda faham tentang perkara di atas, maka anda akan tahu bahawa jin sama juga seperti kita di mana mereka mempunyai nafsu dan juga akal.

Ini kerana hanya dengan mempunyai nafsu dan akal sahajalah baru melayakkan makhluk itu ditaklifkan dengan hukum syarak.

Malaikat bukan makhluk yang taklif kerana mereka tidak bernafsu.

Begitu juga dengan binatang tidak ditaklifkan dengan beban hukum syarak, kerana binatang itu tidak berakal.

Bagaimanakah Rupabentuk Jin Yang Asli?

Di dalam Al-Quran telah dijelaskan dari apakah Allah SWT telah menciptakan jin.

Antara ayat yang menjelaskan tentang penciptaan jin ialah:

Di dalam Surah Al-Hijr ayat 27 yang bermaksud:

“Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma”

Kemudian Allah juga menyebutkan di dalam Surah Ar-Rahman ayat 15 yang bermaksud:

“Dia (Allah) menciptakan Jann (jin) dari nyala api (pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij)”

Dalam dua ayat di atas telah jelas kepada kita bahawa jin itu Allah ciptakan mereka daripada api. Sedangkan kita Allah ciptakan daripada tanah.

Sedangkan apakah rupa bentuk jin yang asli, kita tidaklah mengetahuinya kerana Allah menetapkan bahawa manusia tidak dapat melihat jin. Ini berdasarkan kepada ayat Al-Quran yang bermaksud:

“Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak dapat melihat mereka”

Walaupun ada yang mengaku kononnya diberikan keistimewaan sehingga dibuka hijab dan dapat melihat makhluk halus, tetapi apa yang mereka lihat itu hanyalah dalam bentuk penyamaran.

Bukan rupa jin yang asli.

Adakah Benar Jin Jahat?

Mungkin anda pernah membaca satu kenyataan yang menyebut bahawa;

“Seburuk-buruk manusia adalah sebaik-baik jin”

Kenyataan di atas nak menggambarkan kepada kita kononnya jin itu jahat sangat.

Persoalannya, adakah kenyataan tersebut betul?

Secara ringkasnya adalah tidak betul.

Sepertimana yang telah saya jelaskan dalam tulisan saya di atas bahawa dikalangan jin juga ada golongan jin yang beriman dan beramal soleh, dan ada juga golongan jin yang kufur.

Sama seperti manusia. Ini bersandarkan kepada ayat 14 Surah Jin ayang bermaksud:

“Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar”

Oleh itu, mustahillah manusia yang kufur dan ingkar lebih baik dari jin yang beriman dan beramal soleh.

Betul tak.

Pokok pangkalnya, baik atau jahat adalah bergantung kepada amalan masing-masing tidak kiralah golongan jin ataupun manusia.

Kesimpulan

Sebenarnya bukan sahaja jin, bahkan Allah menciptakan semua makhluknya mempunyai tujuan-tujuan tertentu.

Cuma khusus bagi jin dan manusia, tujuan Allah menciptakan kita adalah untuk beribadah dan mengabdikan diri kepada-Nya sepertimana yang telah dijelaskan dalam Surah Az-Zariyat yang saya kongsikan di atas tadi.

 Dan bagi kita sebagai manusia, setelah mengetahui tujuan kita diciptakan dan dilahirkan ke dunia ini, apakah kita telah melaksanakan apa yang sepatutnya?

Adakah kita berada pada tujuan yang asal?

Jika ya, alhamdulillah, bersyukurlah kepada Allah.

Tetapi jika sebaliknya, berusahalah dengan bersungguh-sungguh untuk kembali beribadah kepada Allah sebelum maut datang menjemput.

Follow saya di sosial media:
Apakah Tujuan Allah Menciptakan Jin?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!