Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bagaimana Jin Masuk Ke Dalam Badan Manusia

Dikemaskini pada 15/03/2022 oleh Ustaz Abdullah

Jin adalah makhluk Allah yang dijadikan tidak berjasad seperti manusia. Dengan penciptaan tersebut, jin mempunyai beberapa kelebihan yang tidak ada kepada manusia.

Antara kelebihan jin ialah mereka mampu bergerak dengan laju, mampu merubah bentuk dan menyamar, dan juga mampu mengecil dan membesar sesuka hati mereka.

Dengan kelebihan itulah, mereka dengan mudah pula mampu masuk ke dalam badan manusia sesuka hati dan dari situ akan melakukan kemudharatan ke atas manusia.

Dalam artikel ini saya nak kongsikan dengan anda bagaimana caranya jin dapat masuk ke dalam tubuh badan manusia.

Isi Kandungan Artikel:

Rongga Manusia

Pada tubuh badan kita ada lubang-lubang yang dikenali sebagai rongga di mana ianya ada fungsi-fungsi tertentu.

Contohnya lubang hidung berfungsi untuk bernafas. Manakala melalui lubang mulut pula, kita gunkannya untuk menyuap makanan.

Dan begitulah juga dengan lubang-lubang lain yang ada pada seluruh tubuh kita.

Tetapi tahukah anda bahawa selain itu, melalui lubang-lubang tersebut jugalah jin dapat masuk ke dalam tubuh badan anda.

Ini berdasarkan kepada hadis-hadis Rasulullah yang memberikan penjelasn tentang perkara tersebut.

Mulut

Bagaimana jin dapat masuk ke dalam tubuh badan anda melalui mulut? Ini dijelaskan di dalam hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abu Said.

Maksudnya: ” Apabila seseorang dari kamu menguap, letakkanlah tangannya pada mulutnya (tutuplah), kerana syaitan akan masuk bersama dengan orang yang menguap (yang mulutnya tidak ditutup)” (HR. Muslim)

Celah-Celah Kuku

Ini dikuatkan melalui hadis Nabi s.a.w yang bermaksud:

“Wahai Abu Hurairah, potonglah (perpendek) kuku-kukumu. Sesungguhnya syaitan mengikat (melalui) kuku-kuku yang panjang.” (HR. Ahmad)

Lubang Hidung

Di dalam Islam, kita diajar supaya memasukkan sedikit air ke dalam hidung. Ianya dikenali sebagai istinsyaq.

Kenapa kita dianjurkan berbuat demikian?

Kerana di dalam lubang hidung kita, jin boleh bertenggek di situ. Ini seperti yang dijelaskan di dalam hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Apabila salah seorang di antara engkau bangun tidur, hendaklah mengeluarkan air dari hidungnya (istinsyaq) tiga kali, kerana syaitan itu menyelinap di batang hidungnya.” (H.R Muslim).

Lubang Telinga

Ketika seorang manusia tidur sehingga pagi tanpa mengerjakan solat malam maka bererti telinganya itu telah dikencing oleh jin.

Diceritakan dari Abdullah, bahawa disebutkan di sisi Nabi ada seorang lelaki yang selalu tidur sampai pagi tanpa mengerjakan solat (malam). Lalu Baginda bersabda, “Syaitan telah kencing di telinganya.” (H.R. Muslim)

Salur Darah

Apabila jin dapat masuk ke dalam badan manusia melalui rongga-rongga yang disebutkan di atas, seterusnya bagaimana pula jin dapat melakukan kemudharatan kepada manusia?

Iaitu melalui salur pembeluh darah.

Dari situ, jin akan berjalan ke seluruh badan manusia melalui salur pembuluh darah dan melakukan kemudharatan.

Terutamanya jin-jin sihir. Ini seperti yang diterangkan dalam hadis berikut:

Telah diceritakan oleh Shafiyyah binti Huyay bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya syaitan itu berjalan dalam tubuh anak Adam melalui peredaran darah dalam tubuhnya.” (H.R. Muslim)

Kesimpulan

Lihatlah bagaimana mudahnya jin dapat melakukan kemudharatan kepada manusia.

Oleh kerana itulah anda perlu sentiasa memohon perlindungan kepada Allah s.w.t dari kejahatan jin.

Antara amalan yang sangat mudah tetapi berkesan untuk anda amalkan ialah dengan membaca Al-Mu’awwizatain setiap hari.

Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Jin Masuk Ke Dalam Badan Manusia
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!