Tazkiyyatun Nufus

Apakah Maksud Mimpi Saya?

Anggaran Masa Bacaan: 2 minit

Diantara banyak-banyak soalan yang selalu ditanyakan kepada saya ialah berkaitan dengan maksud sesuatu mimpi. Ada yang bertanyakan kepada saya jika bermimpi sesuatu yang buruk, apa maksudnya, dan jika bermimpi sesuatu yang baik, apa pula maksudnya?

Biar saya jelaskan kepada anda supaya tidak berlaku salah faham.

Sebenarnya sebagai perawat, saya tidak mengetahui maksud mimpi seseorang. Begitu jugalah dengan perawat-perawat yang lain.

Tetapi sebagai perawat, saya hanya menganggap bahawa sesetengah mimpi yang dialami oleh pesakit adalah sebahagian dari gejala-gejala gangguan jin.

Maksudnya, apabila anda bermimpi sesuatu berulang kali, kemungkinan itu adalah petanda anda mengalami gangguan jin.

Tetapi jika anda bertanyakan pada saya apa maksud mimpi, saya tidak tahu.

Continue reading “Apakah Maksud Mimpi Saya?”

Anda Telah Terkena Tipu Daya Syaitan Jika Ada Sikap Ini!

Anggaran Masa Bacaan: 3 minitIblis yang merupakan musuh tradisi manusia sejak dari Nabi Adam a.s tidak pernah sekali-kali merasa kekurangan cara untuk menyesatkan manusia. Jika manusia itu dari kalangan orang yang menjalankan agama, Iblis akan mencari ruang-ruang kelemahan yang mampu dipergunakannya untuk menyesatkan manusia tersebut.

Jika seseorang itu termasuk dalam golongan orang yang suka bersedekah, Iblis akan mencari ruang yang ada untuk menyesatkan orang itu melalui amalan sedekahnya. Jika orang itu dari golongan orang yang berilmu, Iblis akan cuba menyesatkan orang tersebut dengan ilmunya.

Continue reading “Anda Telah Terkena Tipu Daya Syaitan Jika Ada Sikap Ini!”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!