Apakah Maksud Mimpi Saya?

Bolehkah tahu maksud mimpi seseorang?
Anggaran Masa Bacaan: 2 minit

Dikemaskini pada 03/06/2020 oleh Ustaz Abdullah

Diantara banyak-banyak soalan yang selalu ditanyakan kepada saya ialah berkaitan dengan maksud sesuatu mimpi. Ada yang bertanyakan kepada saya jika bermimpi sesuatu yang buruk, apa maksudnya, dan jika bermimpi sesuatu yang baik, apa pula maksudnya?

Biar saya jelaskan kepada anda supaya tidak berlaku salah faham.

Sebenarnya sebagai perawat, saya tidak mengetahui maksud mimpi seseorang. Begitu jugalah dengan perawat-perawat yang lain.

Tetapi sebagai perawat, saya hanya menganggap bahawa sesetengah mimpi yang dialami oleh pesakit adalah sebahagian dari gejala-gejala gangguan jin.

Maksudnya, apabila anda bermimpi sesuatu berulang kali, kemungkinan itu adalah petanda anda mengalami gangguan jin.

Tetapi jika anda bertanyakan pada saya apa maksud mimpi, saya tidak tahu.

Ini kerana kelebihan untuk mentakwil maksud mimpi bukanlah suatu ilmu yang boleh dipelajari dan diwariskan.

Tetapi ia adalah suatu anugerah Allah kepada hamba-hamba-Nya yang terpilih, seperti para Nabi dan Rasul, di mana ianya merupakan mukjizat yang dikurniakan kepada mereka.

Diantara contoh Nabi yang diberikan mukjizat oleh Allah yang pandai dalam mentafsirkan mimpi ialah Nabi Yusuf a.s, sepertima di dalam Surah Yusuf ayat 46 hingga 49 yang bermaksud:

“(Setelah dia berjumpa dengan Yusuf, berkatalah ia): “Yusuf, Wahai orang yang benar (pada segala-galanya)! Tafsirkanlah kepada kami (seorang bermimpi melihat): Tujuh ekor lembu yang gemuk dimakan oleh tujuh ekor lembu yang kurus; dan tujuh tangkai (biji-bijian) yang hijau serta tujuh tangkai lagi yang kering; (tafsirkanlah) supaya aku kembali kepada orang-orang yang mengutusku itu, semoga mereka dapat mengetahui tafsirannya”. (46) Yusuf menjawab: “Hendaklah kamu menanam bersungguh-sungguh tujuh tahun berturut-turut, kemudian apa yang kamu ketam biarkanlah dia pada tangkai-tangkainya; kecuali sedikit dari bahagian yang kamu jadikan untuk makan. (47) Kemudian akan datang selepas tempoh itu, tujuh tahun kemarau yang besar, yang akan menghabiskan makanan yang kamu sediakan baginya; kecuali sedikit dari apa yang kamu simpan (untuk dijadikan benih). (48) “Kemudian akan datang pula sesudah itu tahun yang padanya orang ramai beroleh rahmat hujan, dan padanya mereka dapat memerah (hasil anggur, zaitun dan sebagainya)”. (49) 

Oleh itu, nasihat saya berhati-hatilah apabila ada perawat yang mengaku mereka tahu maksud mimpi yang seseorang alami.

Ataupun jika anda bertanyakan maksud mimpi anda, perawat dengan yakin dapat mentafsirkan maksud mimpi tersebut. Lebih merbahaya jika perawat mengaitkan maksud mimpi itu dengan perbuatan sihir, serta dengan yakinnya dapat memberitahu pula siapa yang melakukan sihir tersebut.

Dan atas beberapa sebab yang lain, saya juga menasihatkan kepada anda supaya jangan terlalu mengambil endah terhadap mimpi-mimpi yang anda alami. Sebab-sebabnya ialah:

1) Mimpi yang anda alami tidak akan mampu mengubah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah. Apa sahaja yang berlaku dan akan berlaku kepada anda, semuanya telah ditakdirkan oleh Allah.

2) Tidak semua mimpi itu datangnya dari Allah. Ada mimpi yang datangnya dari syaitan, ataupun gangguan jin. Terutamanya mimpi-mimpi yang menakutkan, mimpi yang melibatkan binatang dan sebagainya.

3) Dengan kesibukan kita mentafsirkan mimpi orang lain, dikhuatiri syaitan akan membisikkan tipudayanya dan mempermainkan kita dengan sebab mimpi tadi.

4) Walaupun kita tidak tahu apakah maksud disebalik mimpi yang dialami, terutamanya mimpi yang menakutkan, bukanlah bermaksud kita tidak boleh menghindarkan diri kita dari kesan mimpi buruk tersebut. Ini kerana Rasulullah s.a.w telah mengajarkan kepada umatnya bagaimana cara menghadapi mimpi yang buruk.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Follow saya melalui facebook dan juga instagram.

Anda kecewa disebabkan sihir yang menyerang anda masih belum pulih?Walaupun berubat merata tempat? Klik di sini untuk penyelesaiannya!

Follow saya di sosial media:
Apakah Maksud Mimpi Saya?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!