Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Adakah Kejayaan Kepada Tukang Sihir?

sihir

Dikemaskini pada 27/05/2020 oleh Ustaz Abdullah

Dizaman sekarang ini, kita lihat amalan sihir dilakukan untuk mencapai pelbagai tujuan. Ada yang gunakan sihir untuk mencapai kejayaan dalam kerjaya dengan cara memusnahkan kerjaya orang lain.

Mencari kebahagiaan dalam perhubungan dengan cara menyihir pasangan lain agar mereka berpisah. Yang sudah berkahwin, suami menjadi benci kepada isterinya akibat sihir. Dan macam-macam lagi tujuan sihir.

Sehingga kita terfikir, seolah-olah sihir itu alat yang mampu menjadikan seseorang mencapai apa yang dihajatinya. Jika lemah iman dan taqwa kita, hampir-hampir kita termakan dengan godaan syaitan untuk melakukan sihir. Nauzubillah min zalik.

Realitinya, benarkah pelaku sihir itu mendapat keuntungan dari apa yang dilakukannya terhadap orang lain? Al-Quran sudah memberikan jawapan yang pasti kepada kita.

Allah SWT telah berfirman di dalam Surah Taha ayat 69 yang bermaksud:

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada”

Sihir Tidak Akan Mendapat Kejayaan

Jelas bukan. Allah menerangkan di dalam kitab-Nya bahawa sihir itu tidak akan berjaya sama sekali tidak kiralah dengan apa cara sekalipun.

Di dalam artikel kali ini, saya ingin kongsikan dengan anda 6 faedah dan pengajaran yang dapat kita ambil dari ayat yang saya bawakan di atas, iaitu Surah Taha ayat 69.

Pertama: Tukang sihir sama sekali tidak akan mendapat kejayaan samada di dunia mahupun diakhirat. Di dalam ayat di atas, Allah menggunakan perkataan Al-Falah yang membawa maksud kejayaan. Al-Falah ini dinafikan sama sekali oleh Allah SWT kepada tukang sihir dan pelakunya.

Walaupun kita lihat secara zahirnya seperti pelaku sihir mencapai apa yang dihajatinya, tetapi hakikat yang sebenarnya mereka adalah golongan yang rugi di dunia, lebih-lebih lagi diakhirat.

Kedua: Dari ayat di atas, kita dapat mengetahui bahawa sihir itu banyak jalannya. Maksudnya ada pelbagai cara seseorang itu boleh gunakan untuk melakukan sihir. Kerana dalam ayat di atas Allah menggunakan kalimah حَيْثُ أَتَى yang ertinya “dari mana pun ia datang”.

Tetapi apa yang pasti, apa sahaja cara yang digunakan, sihir itu tetap akhirnya akan menemui hasil dan akibat yang sama, iaitu mereka tidak akan memperoleh kejayaan samada di dunia mahupun diakhirat.

Ketiga: Apabila kita membaca ayat di atas, kita boleh tanyakan kepada mereka yang mendatangi tukang sihir? Apakah manfaat dan kebaikan yang akan diperolehi dari tukang sihir?

Ini kerana, jika tukang sihir itu adalah golongan orang-orang yang sama sekali tidak akan memperolehi kejayaan, sudah tentulah mereka yang mendatanginya akan lebih-lebih lagi mendapat kerugiannya.

Keempat: Tahukah anda apa itu An-Nusyroh? Ianya adalah merawat sihir dengan sihir. Di dalam satu hadis Nabi SAW apabila ditanyaka tentang an-Nusyroh ini, Baginda dengan tegas menjawab:

“Itu adalah perbuatan syaitan”

Jadi, kita kena faham baik-baik. Jangan terpengaruh dengan pendapat yang mengatakan bahawa menggunakan sihir untuk menyembuhkan sihir kita adalah boleh kerana bukan bertujuan untuk menyakiti orang lain.

Ianya tetap sama haramnya dan termasuk dalam keumuman ayat di atas, iaitu sihir tidak akan mendapat kejayaan dari mana pun ia datang.

Kelima: Jika kita sudah pun tahu bahawa tukang sihir tidak akan memperolehi keuntungan, maka orang yang mendatanginya pun sama tidak akan mendapat keuntungan. Walaupun dengan tujuan untuk menghilangkan (merawat) sihir lain yang menimpa dirinya.

Mungkin kita nampak seperti tukang sihir menyembuhkan sihir kita secara zahirnya, tetapi dalam tidak sedar kita telah terjerumus dalam musibah yang lebih besar, iaitu bertaqarrub kepada jin. Ini kerana sihir tidak akan berlaku dengan bantuan dari jin.

Keenam: Ayat ini dapat menjadi motivasi kepada orang-orang beriman supaya sentiasa bertawakal kepada Allah SWT.  Ini kerana Allah SWT sendiri yang menjelaskan bahawa tukang sihir itu tidak akan beruntung. Siapa lagi yang benar kata-katanya selain Allah?

Selain itu Allah SWT juga telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud:

“…Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”

Ayat di atas menambahkan lagi keyakinan dihati orang-orang yang beriman untuk sentiasa bertawakal kepada Allah. Bahkan ayat di atas menambahkan lagi keimanan di dalam hati orang beriman, serta semakin kuat tawakalnya kepada Allah.

Sumber rujukan:

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Follow saya di sosial media:
Adakah Kejayaan Kepada Tukang Sihir?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!