Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Mengenalpasti Bentuk-Bentuk & Tanda-Tanda Sihir

tanda-tanda sihir

Dikemaskini pada 08/12/2016 oleh Ustaz Abdullah

 

Hubungan manusia dan sihir merupakan hubungan yang cukup lama, ia terbentuk sewaktu awal kejadian manusia diatas muka bumi ini sehinggalah hari ini. Berpunca dari perasaan dengki, cemburu, cinta dan kasih dan sebagainya mewujudkan ilmu sihir ini. Untuk membicarakan pengertian sihir secara terperinci adalah terlalu sukar, ini memandangkan sihir terlalu seni untuk dibicarakan.

a) Berkata Ibnu Manzur: “Tukang sihir menampakkan sesuatu yang bathil itu benar dan mengubah sesuatu daripada hakikatnya.Sesungguhnya tukang sihir telah mengubah sesuatu daripada bentuknya yang asal”

b) Ibnu Qayyim: “Sihir ialah berpunca daripada kesan campurtangan ruh-ruh yang jahat (jin&syaitan).”

c) Abu Laits berkata : “Sihir adalah suatu perbuatan yang di lakukan dalam rangka mendekatkan diri pada syaitan dengan bantuan syaitan tersebut.”

Taarif Sihir

Al-Qurtubi dalam mentakrifkan sihir menyebut bahawa sebahagian dari jenis sihir memiliki pengaruh terhadap hati seseorang seperti: perasaan cinta, benci, mendapatkan kebaikan dan musibah, disamping itu mampu terkesan kepada sakit badan atau sebuah ungkapan tentang perkara yang tidak nampak pada pandangan kasar manusia tetapi mampu dimiliki bagi mereka yang berusaha untuk menyakiti orang lain seperti menganggu kesihatan, harta kekayaan atau hubungan antara manusia dengan menggunakan mentera dan alat alat khusus.

Dalil al-Quran

Terdapat hujah yang kukuh terhadap sihir ini antaranya dalam surah Al Baqarah ayat 102 (terjemahan). (Tafsir Al-Qurtubi 2/55)

“Dan mereka mengikuti apa2 yang dibaca oleh syaitan-syaitan3 pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwa Sulaiman itu mengerjakan sihir), padahal Sulaiman tidak kafir (Tidak mengerjakan sihir), Hanya syaitan-syaitan lah yang kafir (mengerjakan sihir). mereka mengajarkan sihir kepada manusia dan apa yang diturunkan kepada dua orang malaikat4 di negeri Babil yaitu Harut dan Marut, sedang keduanya tidak mengajarkan (sesuatu) kepada seorangpun sebelum mengatakan: “Sesungguhnya kami Hanya cobaan (bagimu), sebab itu janganlah kamu kafir”. Maka mereka mempelajari dari kedua malaikat itu apa yang dengan sihir itu, mereka dapat menceraikan antara seorang (suami) dengan isterinya5. dan mereka itu (ahli sihir) tidak memberi mudharat dengan sihirnya kepada seorangpun, kecuali dengan izin Allah. dan mereka mempelajari sesuatu yang tidak memberi mudharat kepadanya dan tidak memberi manfaat. Demi, Sesungguhnya mereka Telah meyakini bahwa barangsiapa yang menukarnya (Kitab Allah) dengan sihir itu, tiadalah baginya keuntungan di akhirat, dan amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka Mengetahui.”

Dalil Hadis

Rasulullah s.a.w menerangkan permasalahan sihir ini di beberapa keadaan antaranya seperti hadis yang diriwayatkan oleh Bajalah bin ‘Abdah meriwayatkan bahwa Umar bin Al-Khaththab -Radhiallahu ‘anhu telah menetapkan perintah, yaitu: “Bunuhlah tukang sihir laki-laki maupun perempuan.” Kata Bajalah selanjutnya: “Maka kami pun melaksanakan hukuman mati terhadap tiga tukang sihir perempuan.”

Dalil Sirah

Pada tahun ke 7 hijriah selepas balik dari Hudaibiyah, seorang penyihir Yahudi yang terkenal telah menyihir Rasulullah s.a.w sehingga Rasulullah merasakan seolah-olah telah bersama dengan isterinya selama enam bulan sedangkan ia tidak bersama. Sehinggalah Rasulullah didatangi oleh malaikat jibril dan mikail berada di kepala Rasulullah dan di hujung kaki Rasulullah lalu di beritahu yang Rasulullah s.a.w telah disihir dan sihir tersebut di letak di dalam telaga Zarwan sehinggalah Rasulullah mengambil bahan tersebut dan ditanam bahan tersebut.

Sifat Yang Ada Pada Penyihir

  1. Mempersembahkan hidup dan matinya untuk syaitan serta semua milik harta dan keturunan untuk syaitan.
  2. Harus bersedia untuk mendurhaka kepada Allah.
  3. Harus menjadi keras hatinya dari perasan kasihan kepada mangsa.
  4. Tidak takut dan gentar ketika datangnya jin atau iblis walaupun dalam keadaan yang menakutkan.
  5. Tidak ada perasaan penyesalan apabila ia melakukan khianat dan tidak dibantu oleh iblis dalam kerja terkutuknya dan seharusnya ia sentiasa merintih kepada iblis dalam setiap kerjanya.
  6. Harus ada keyakinan dengan mantap kepada kekuatan syaitan dan harus baginya memusuhi agama Islam.
  7. Seboleh mungkin memencilkan diri dari orang ramai kecuali apabila menjadi satu tuntutan dalam ilmu sihirnya dengan tujuan untuk mendatangkan mudharat kepada manusia.

Bagaimana Cara Penyihir Menimbulkan Kesan Kepada Badan

Terjadinya hubungan bahan-bahan ini dengan orang yang disihir dengan cara:

  1. Melalui makanan atau minuman. Orang yang akan disihir harus memakan atau meminumnya agar pengaruh sihir masuk kedalam badan.
  2. Melalui perantaraan tanah yang ditabur di jalan yang akan di lalui oleh orang yang akan di sihir. Jika orang tersebut melangkahinya maka terkena sihir ini.
  3. Melalui rambut, kuku, baju yang ada peluh orang yang akan disihir, ini termasuk bahan yang boleh di tampal di tanam , ditusuk di balikkan patung, ditanam atau di masukkan kedalam sungai atau laut. Jin hamba kepada tukang sihir mengenali orang yang akan disihir dengan bau peluhnya.
  4. Melalui angin yang diseru dan di panggil nama orang yang akan di sihir.

Jenis-Jenis Sihir

  1. Sihir pemisah (perceraian). Berubah keadaan dari cinta menjadi benci, semakin banyak keraguan yang timbul antara suami isteri, saling bertengkar walaupun perkara yang remeh temeh dan sukar memaafkan, berubah bentuk isteri di mata suami dan sebaliknya, orang yang di sihir membenci semua perbuatan yang dilakukan oleh pihak lain, orang yang terkena sihir benci tempat yang di duduki oleh pihak lain, di luar rumah merasa tenang dan apabila pulang kerumah merasa bosan. Bahan yang di gunakan seperti tahi besi yang di tabur di jalan yang di lalui oleh mangsa atau di tanam di mana-mana kawasan rumah.
  2. Sihir Percintaan (penunduk). Puncak cinta dan keadaan nafsu yang berlebihan, hasrat yang kuat untuk selalu bersama, tidak ada kesabaran untuk berhubungan badan, kerinduan yang sangat dan selalu ingin bertemu, ketaatan yang buta terhadap pasangan.
  3. Sihir membatal atau menunda perkahwinan. Biasanya melalui 2 cara jin merosakkan:
    a) Jin masuk dan menutupkan keinginan perempuan terhadap orang yang mahu meminang atau menikahinya.
    b) Jin tidak dapat masuk tetapi menyihirnya dengan memberi khayalan dari luar, ia memberi khayalan kepada pasangan bahawa ia saling buruk. Dengan demikian maka setiap lelaki yang meminangakan mengundur diri tanpa sebab padahal sebelumnya sudah saling setuju.
  4. Sihir yang mengikat lelaki dan perempuan.
    A) Kepada lelaki
    1) sebelum kahwin alat kelamin berfungsi dengan baik tetapi selepas kahwin maka alat kelamin tidak mampu berfungsi.
    2) alat kelamin berfungsi dengan baik di luar rumah akan tetapi apabila mendatangi isteri alat kelaminnya hilang fungsi.
    3) Alat kelamin berfungsi dengan isteri ketika bergurau senda tetapi apabila bersama hilang fungsi.
    B) Kepada perempuan
    1) Ada penghalang di dalam alat kelamin isteri berupa daging yang menutupi lubang vagina isteri.
    2) Ketika ingin mengauli isteri, isteri merapatkan paha agar suami tidak dapat bersama kerana halangan perasaan atau kesakitan.
    3) Adanya pendarahan apabila disetubuhi, tetapi apabila menjauhi isteri maka darah tersebut berhenti.
  5. Sihir dimandulkan. Pasangan samada suami atau isteri tidak dapat zuriat walau pun disahkan oleh doktor pakar bahawa ia tidak mempunyai masalah.
  6. Sihir pukau.
    1) Menyebabkan sesorang itu kaku, kelu dan tak mampu bertindak balas samada melalui pandangan, pendengaran atau anggota badan yang lain. Ia sudah berada di bawah penguasaan pemukau tersebut dan bertindak mengikut arahan yang diberi oleh pemukau tersebut.
    2) Menyebabkan mangsa tidur lena tidak mengetahui perkara yang berlaku di sekelilingnya. Bagaimana terjadi pukau?
    a) pandangan mata yang tajam yang mengandungi racun syaitan (member salam dan mengarahkan).
    b) Melalui sentuhan dengan berjabat tangan atau menepuk belakang mangsa. Rasululullah menyebut :
    “Pandangan mata itu merupakan panahan dari panahan iblis yang boleh terkena kepada hati mukmin.”
  7. Sihir Gila. Mangsa menjadi sasau, meracau, bertempik, kebingungan, pelupa, kadang kadang tidak sedar diri, mata mangsa terbeliak dan melilau, ditahap yang kritikal berjalan yang tidak ada arah tuju dan tidur tidak menentu dan mula ingin berada pada tempat yang gelap.
  8. Sihir Sakit anggota badan. Tandanya mengalami sakit yang berpanjangan pada salah satu anggota badan, kerap kali di serang sawan, mengalami kelumpuhan pada salah satu anggota tubuh, melumpuhkan semangat dalam melakukan aktiviti seharian.
  9. Sihir Pendarahan (Darah istihaadah). Tandanya darah yang tidak berhenti pendarahan walaupun sudah melalui tahap masa kebiasanya. Menurut ibn Al athir darah isthihadah ialah darah yang keluar dari kemaluan wanita selepas hari hari haid sebagaimana biasa. Jin yang bergerak di dalam saluran darah orang yang disihir tersebut. Biasanya jin akan menendang rahim sekuat hatinya dan darah keluar dari saluran tersebut. Inilah yang berlaku kepada seorang wanita di zaman Rasulullah Hamnah binti Jahsy lalu Rasulullah menyebut :
    “Sesungguhnya darah itu hasil sepakan syaitan, syaitanlah yang menendangnya”
  10. Sihir Santau. Santau dapatlah di bahagikan kepada dua bahagian.
    1) santau menggunakan bahan yang gatal dan miang lalu di jampi serapahnya untuk di tujukan kepada seseorang.
    2) Santau yang menggunakan bahan miang, bisa terdiri dari lipan bara, bisa ular, ubur-ubur, ulat mati berangan dan sebagainya. Di gaul dan di peram beberapa bulan dihantar kepada yang ingin dituju tanpa dibaca. Tanda-tandanya ialah gatal, batuk berdarah dan miang seluruh tubuh badan terutama menjelang senja dan batuk berdarah serta kulit membengkak pecah dan berair disertai rasa bisa. Biasanya kalau sekiranya tahap yang kritikal seseorang tersebut akan Nampak kebiruan dan kehitaman pada jari jemarinya.
  11. Sihir Penutup. Biasanya di kenakan kepada peniaga. Antara tandanya, bau hanyir di tempat perniagaan, lesu untuk datang bekerja, pertengkaran sesama anggota kerja yang tak berkesudahan walaupun perkara kecil, seringkali orang melihat tempat kerja tertutup sedangkan kedai di buka.

Tanda-Tanda Umum Jika Anda Disihir

  1. Pening kepala yang berpanjangan terutama pada waktu senja
  2. Mimpi yang menakutkan
  3. Sakit dada dan resah menjelang senja
  4. Sakit di dalam perut bagaikan di pulas urat perut atau terasa bagaikan ada benda yang bergerak di dalam tubuh dan sering terasa bagai di tusuk di perut.
  5. Mula nampak alam ghaib
  6. Berlaku perkara yang pelik di sekitar umpamanya berbau kemenyan, hanyir, wangi dan sebagainya
  7. Berlaku sakit yang tidak di ketahui punca dari doktor
  8. Terdengar suara-suara yang memanggil namanya
  9. Pening atau pengsan apabila dibaca ayat ruqyah kepadanya.

Penutup

Saya berharap semoga dengan perkongsian artikel ini berjaya membuka sedikit ruang ilmu agar menambahkan lagi amalan kita di sisi Allah agar kita terjauh dari perbuatan mensyirikkan Allah.

Perhatian: Sumber artikel ini telah diambil di sini sebagai rujukan.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

Follow saya di sosial media:
Mengenalpasti Bentuk-Bentuk & Tanda-Tanda Sihir
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!