Dikemaskini pada 07/12/2016 oleh Ustaz Abdullah
Perasaan mencintai sesama makhluk adalah perkara yang biasa dan ia merupakan fitrah kejadian manusia. Tetapi, bagaimana pula kalau yang mencintai anda adalah makhluk lain? Atau dalam erti kata lain, dalam keadaan tidak sedar, anda sebenarnya dicintai oleh makhluk jin.
Di dalam kitab “An-Nubuwwat”, Ibnu Taimiyah menjelaskan:
“Kadang-kadang jin juga boleh mencintai manusia sebagaimana manusia mencintai manusia. Sebagaimana lelaki mencintai wanita, dan wanita mencintai lelaki. Dan dengan adanya perasaan cinta itu boleh menimbulkan perasaan cemburu dan disebabkan perasaan cemburu itu boleh menyebabkan jin melakukan sesuatu terhadap manusia. Dan apabila manusia yang dicintai jin itu bersama dengan pasangannya, jin juga sanggup melakukan apa sahaja seperti mengganggu atau membunuhnya asalkan keinginan nafsunya dapat dipenuhi. Dan semua perkara di atas benar-benar berlaku”
Jadi bagaimana nak elakkan perkara begini berlaku kepada anda?
Pastikan anda selalu mengamalkan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w, khususnya doa ketika masuk ke dalam tandas dan juga doa ketika bersetubuh dengan suami atau isteri.
Kerana boleh jadi ketika anda bertelanjang dan tanpa dimulakan dengan zikir kepada Allah menjadi sebab jin jatuh cinta kepada anda.
Tahukah anda bahawa apabila seseorang manusia itu telah dicintai oleh golongan jin, akan adanya tanda-tanda pada diri manusia itu. Cuma tinggal manusia itu sedar atau tidak. Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda 11 tanda menunjukkan ada jin yang telah jatuh cinta kepada anda.
1) Sering mimpi basah tanpa sebab. Biasanya mimpi basah ini ada sebabnya, contohnya mimpi bersetubuh yang menjadi tanda baligh bagi lelaki, mimpi kerana terlalu membayangkan sedang melakukan hubungan badan, mimpi kerana melihat sesuatu yang mengghairahkan dan sebagainya.
Sedangkan mimpi kerana gangguan jin biasanya berlaku untuk tempoh yang lama, dan apabila mimpi melakukan hubungan badan, akan terasa seperti hubungan tersebut berlaku dalam dunia sebenar, bukan mimpi. Contohnya bila selesai, anda akan berasa sangat letih dan lemas.
2) Merasakan ada bayangan seseorang yang berbaring atau tidur di sebelah anda, kebiasaannya anda akan perasan benda ini ketika sewaktu nak tidur.
3) Merasakan bayangan yang sama ketika berada di tempat tidur.
4) Tidak mahu berkahwin.
5) Tidak tertarik pada pasangan berlainan jantina.
6) Sekiranya berkahwin, anda berasa tidak selesa ketika sedang bermesra dengan pasangan.
7) Tidak ada keinginan untuk melakukan hubungan badan dengan pasangan secara fitrah. Jika dilakukan pun, ia dilakukan hanya atas dasar kewajipan sahaja sedangkan hati tidak ada keinginan.
8) Setelah melakukan hubungan badan dengan pasangan, pasangan samada suami atau isteri akan merasa sedih, sempit dadanya, sukar nak bernafas dan sebagainya. Selain itu pasangan tidak merasa sebarang keinginan dan keghairahan untuk melakukan hubungan badan bersama pasangan.
9) Sukar mendapatkan zuriat. Walaupun sudah dilakukan pemeriksaan kesuburan dan tiada masalah samada pihak suami atau isteri. Selain itu anda juga selalu bermimpi di mana di dalam mimpi tersebut akan bertemu dan menggendong bayi.
10) Anda kerap bermimpi di mana di dalam mimpi tersebut anda dipaksa berkahwin dengan seseorang.
11) Mempunyai dorongan dan keinginan yang kuat untuk melakukan onani / masturbasi.
Bagaimana? Ada tak tanda-tanda di atas pada diri anda? Jika anda, jangan bertangguh lagi. Berjumpalah dengan mana-mana perawat dan dapatkan bantuan mereka untuk merawat anda.
Semoga Allah melindungi diri dan keluarga kita dari kejahatan makhluk-Nya samada dari kalangan jin ataupun manusia.
ADA DAPAT APA-APA TAK?
Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.
[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/](Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.
Percuma.
Follow saya di sosial media: