Dikemaskini pada 13/11/2016 oleh Ustaz Abdullah
Selain dari merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan jin, saya juga selalu diminta oleh mereka untuk melihatkan tempat kediaman yang mungkin diganggu oleh makhluk jin.
Ada dua perkara yang saya nak jelaskan terlebih dahulu di sini. Yang pertama, saya tidak dapat melihat, mengesan, merasa, mengetahui jika di dalam rumah seseorang ada gangguan jin atau tidak.
Apatahlagi kalau yang minta saya tengokkan rumah mereka itu letaknya beratus-ratus kilometer, lagilah saya tak dapat nak lakukan perkara tersebut.
Yang kedua, dari pengalaman saya, saya sangat yakin yang jika di dalam rumah seseorang itu adanya gangguan jin, di sana pasti akan wujudnya tanda-tanda kehadiran makhluk tersebut.
Di sini saya kongsikan tanda-tandanya:
- Makanan cepat basi.
- Selalu terdengar bunyi guli jatuh.
- Selalu terdengar bunyi seperti perabot dalam rumah ditarik atau ditolak.
- Perasan kelibat atau lembaga seseorang, atau rasa seperti diperhatikan.
- Rasa seram sejuk atau meremang bulu roma bila berada di dalam rumah tersebut.
Artikel berkaitan: 10 Jenis Rumah Yang Disukai jin
Jadi, dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan apakah yang sepatutnya anda sebagai penghuni rumah, lakukan di dalam rumah supaya dapat mengelakkan kehadiran makhluk jin ini.
Ini kerana, tiada gunanya kalau anda minta perawat pagar rumah anda, anda bayar sejumlah wang kepada mereka, tetapi anda sendiri yang mengabaikan saranan dan petunjuk Nabi. Baginda dah tunjukkan kepada kita apakah amalan yang sepatutnya dilakukan di dalam rumah anda.
Tidak kiralah samada rumah tersebut baru didiami ataupun anda sudah lama tinggal di dalamnya. Bukanlah saya nak katakan meminta perawat memagar rumah itu salah, tetapi apa yang lebih utama sepatutnya dilakukan terlebih dahulu.
Di bawah ini saya kongsikan dengan anda beberapa perkara yang dianjurkan kepada kita sebagai seorang Muslim sebelum mendiami rumah baru.
1) BERSYUKUR DENGAN NIKMAT RUMAH TERSEBUT
Allah s.w.t berfirman di dalam al-Quran, Surah Ibrahim ayat 7 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras” (7)
Imam As-Sa’di menjelaskan bahawa perkara utama dari sifat syukur itu ada 3:
- Mengakui bahawa nikmat yang diperolehi itu adalah datangnya dari Allah, bukan dari hasil usaha dirinya semata-mata.
- Memuji Allah atas segala nikmat yang telah diberikan.
- Menggunakan segala nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah untuk tujuan yang diredhai Allah, bukan sesuatu yang dilarang.
Lawan kepada sifat syukur itu ialah kufur di mana menggunakan nikmat-nikmat yang dikurniakan Allah pada jalan yang dilarang.
2) SYUKURAN RUMAH BARU
Sebagai cara kita nak menzahirkan rasa syukur dengan nikmat rumah baru tersebut, kita dianjurkan untuk mengadakan walimah, iaitu menjemput jiran-jiran berhampiran untuk makan di rumah.
Walimah ini diistilahkan sebagai al-Wakirah. Sebahagian ulama sangat menganjurkan amalan ini, diantaranya ialah Imam as-Syafii. Beliau mengatakan tentang al-Wakirah:
“Diantara bentuk walimah adalah al-Wakirah. Saya tidak memberikan kelonggaran untuk meninggalkannya” (Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah, 8/207)
3) MASUKLAH RUMAH BARU DENGAN MEMBACA
مَا شَاء اللَّهُ لَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Bacaan ini terdapat di dalam surah surah al-Kahfi:
“Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandang aku sangat kurang tentang harta dan anak berbanding denganmu. (39)”
Ibnul Qayyim ketika membahaskan ayat ini beliau mengatakan:
“Selayaknya bagi sesiapa yang akan memasuki kebunnya, atau rumahnya, atau merasa hairan terhadap keluarga atau hartanya, hendaklah dia segera mengucapkan kalimah di atas. Kerana dia tidak akan melihat sesuatu yang buruk terhadap nikmat itu” (Al-Wabilus Shayyib, hlm. 165).
Kemudian Ibnul Qayyim membawakan riwayat dari Anas bin Malik r.a, Rasulullah s.a.w telah bersabda:
Jika Allah memberi kepada seorang hamba nikmat kebaikan terhadap keluarga, harta atau anak, kemudian dia membaca: “masyaa-allah, laa quwwata illaa billaah” maka dia tidak akan melihat adanya cacat dalam nikmat selain kematian. (HR. At-Thabrani dalam Al-Ausath 6/126, dishahihkan Ibnul Qoyim dalam Syifa Al-Alil 1/182, dan didhaifkan Al-Albani dalam Ad-Dhaifah).
4) BANYAKKAN BERAMAL DI DALAM RUMAH
Dari pembacaan saya (dengan ilmu yang kurang), saya belum lagi menemui adanya doa khusus atau bacaan khusus ketika memasuki rumah baru.
Cumanya Rasulullah s.a.w menganjurkan kepada umat Baginda untuk menghidupkan rumah dengan banyak melakukan amalan, tetapi ianya bersifat umum, tidak hanya terbatas kepada rumah baru sahaja.
Antara yang boleh anda lakukan ialah:
1) Rajin membaca al-Quran dan ibadah apa pun di dalam rumah. Terutamanya mengamalkan membaca surah al-Baqarah. Ini kerana Rasulullah s.a.w bersabda:
“Jangan kalian jadikan rumah kalian seperti kuburan. Sesungguhnya setan lari dari rumah yang dibacakan surat Al-Baqarah di dalamnya.” (HR. Muslim 780, At-Turmudzi 2877)
Kalau anda baca hadis di atas, dapat diperhatikan bahawa Rasulullah s.a.w telah membuat perbandingan diantara rumah kediaman kita dengan tempat perkuburan. Apa yang dapat kita fikirkan tentang tempat perkuburan?
Tempat perkuburan adalah tempat yang dilarang untuk melakukan ibadah. Oleh kerana itu, untuk mengelakkan rumah kita menjadi seperti kuburan di mana tak mustahil menjadi tempat banyaknya berkumpul jin dan syaitan, perbanyakkanlah amalan di dalam rumah.
Selain itu, bagi sesiapa yang masih belum mahir membaca al-Quran, hadis di atas bolehlah dijadikan satu suntikan semangat untuk anda bersungguh-sungguh belajar membaca al-Quran. Sebabnya, untuk menjadikan rumah sebagai taman bacaan al-Quran, mustahil anda nak panggil orang lain untuk membacanya.
Walaupun di zaman sekarang ada pelbagai alat-alat yang boleh digunakan untuk memasang bacaan al-Quran, apakah anda tidak mempunyai keinginan untuk membacakan sendiri bacaan al-Quran di dalam rumah anda?
Jika anda boleh membaca sendiri, sudah tentulah ianya mempunyai fadhilat tersendiri dan ganjaran yang lebih besar jika dibandingkan dengan memasang al-Quran dengan menggunakan alat-alat bantuan.
Di dalam hadis yang lain, dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam telah bersabda:
“Jadikanlah sebahagian solat kamu di rumah kamu. Jangan jadikan rumah kamu seperti kuburan” (HR. Bukhari 432, Muslim 777, dan yang lainnya).
Solat yang dimaksudkan dalam hadis di atas adalah solat sunat yang dikerjakan secara bersendirian dan bukan berjemaah. Sebagaimana yang dinyatakan di dalam hadis:
“Sesungguhnya solat seseorang yang paling utama ialah solat yang dikerjakan dirumahnya, kecuali solat wajib” (HR. Bukhari 7290 dan yang lainnya).
2) Baca Doa Ketika Masuk Rumah
Antara perkara kecil yang perlu anda jadikan amalan dan biasakan ia ialah memulai segala sesuatu yang penting dengan membaca doa atau pun berzikir. Antara perkara tersebut ialah ketika memasuki rumah.
Walaupun mungkin kelihatan seperti amalan tersebut remeh dan tidak penting, tetapi ianya memberikan hasil yang luar biasa.
Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Apabila ada orang yang masuk rumah, kemudian dia mengingat Allah ketika masuk, dan ketika makan, maka syaitan akan mengatakan (kepada temannya): ‘Tidak ada tempat menginap dan tidak ada makan malam.’ Tapi apabila dia tidak mengingat Allah (bismillah dan jangan lupa ucapkan salam) ketika masuk, maka setan mengatakan: ‘Kalian mendapatkan tempat menginap’.” (HR. Muslim 2018, Abu Daud 3765 dan yang lainnya)
3) Membaca Bismillah Ketika Menutup Pintu
Dari Jabir bin Abdillah radhiallahu ‘anhuma, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam memberikan pelbagai panduan kepada kita bagaimana untuk kita mengelak dari diganggu oleh syaitan.
“Tutuplah pintu, dan sebutlah nama Allah. Karena syaitan tidak akan membuka pintu yang tertutup (yang disebut nama Allah).” (HR. Bukhari 3304, Muslim 2012 dan yang lainnya)
4) Berdoa ketika keluar dari rumah
Di zaman sekarang ini, pelbagai jenayah yang menakutkan sering kita dengar dan lihat di media cetak mahupun media elektronik. Kes pecah rumah, samun, rompak dan bunuh dan sebagainya.
Kalau dah di dalam rumah sendiri pun boleh mendatangkan bahaya, apatahlagi jika di luar rumah. Oleh itu, sebelum kita keluar dari rumah, marilah kita amalkan doa di bawah. Walaupun ianya ringkas tetapi banyak kelebihannya.
بسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
BISMILLAHI TAWAKKALTU ‘ALALLAAH, LAA HAULA WA LAA QUWWATA ILLAA BILLAAH
Dengan nama Allah aku bertawakkal kepada Allah. Tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah.
Di dalam hadis ada dinyatakan, iaitu apabila seseorang itu keluar rumah dan membaca doa di atas, maka akan disampaikan kepadanya: Kamu diberi petunjuk, dicukupi dan dilindungi. Maka kemudian syaitan akan berteriak:
“Bagaimana kalian bisa mengganggu orang yang sudah diberi hidayah, dicukupi, dan dilindungi.” (HR. Abu Daud 5095, Turmudzi 3426 dan dishahihkan al-Albani)
Disamping melakukan amalan dan zikir di atas, Rasulullah s.a.w juga telah menunjukkan kepada umatnya untuk melakukan amalan tertentu dengan tujuan supaya rumah kita sentiasa dimasuki oleh malaikat dan djauhi oleh syaitan.
Antara amalan tersebut ialah:
1) Menjauhkan rumah dari gambar makhluk yang bernyawa.
Mungkin kita tidak menyangka sama sekali bahawa gambar-gambar makhluk bernyawa boleh membuatkan jin dan syaitan semakin suka bertandang ke rumah anda.
Dari Aisyah radhiallahu ‘anha, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
“Sesungguhnya malaikat tidak akan memasuki rumah yang di dalamnya ada gambar” (HR. Bukhari 3224, Nasai 5348 dan yang lainnya).
Apa akan jadi apabila di dalam rumah kita tidak dimasuki malaikat? Sudah tentulah tempat mereka akan digantikan oleh makhluk lain, yang juga tidak kelihatan iaitulah jin dan syaitan. Oleh kerana itulah gambar keluarga, binatang dan gambar makhluk bernyawa yang lain harus dikeluarkan dari rumah kita.
2) Menjauhkan rumah dari muzik
Ramai dikalangan kita yang tak sedar, ataupun buat tak endah tentang muzik yang dimainkan di dalam rumah. Sedangkan Nabi s.a.w ,menyebutnya sebagai “mizmarus syaithan” (muzik syaitan). Salah satunya ialah loceng. Dari Abu Hurairah r.a:
أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فِي الْجَرَسِ مِزْمَارُ الشَّيْطَانِ
Nabi s.a.w berkata tentang loceng, iaitu: muzik syaitan (HR Abu Daud 2556)
Bukan itu sahaja, malaikat pembawa rahmat juga menjauhkan diri dari berada di dalam rumah yang dipenuhi dengan bunyian muzik. Dari Ummu Salamah r.aha, Nabi s.a.w telah bersabda:
إِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَا تَصْحَبُ رُفْقَةً فِيهَا جَرَسٌ
“Sesungguhnya malaikat tidak akan menyertai rombongan yang di sana ada locengnya” (HR. Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, 1001).
Dari artikel yang saya kongsikan di atas, kita dapat memahami bahawa terjadinya perebutan diantara malaikat pembawa rahmat dengan jin dan syaitan.
Ini kerana, apabila malaikat pembawa rahmat menjauhkan diri dari rumah kita, maka ketika itulah ianya akan digantikan dengan jin dan syaitan. Dan apabila rumah kita lebih banyak didiami oleh jin dan syaitan, maka ketika itulah kita akan merasakan rumah kita tidak tenteram, seperti ada gangguan.
Semoga, kita dapat berusaha menjadikan rumah kita tempat berkumpul dan berhimpunnya Malaikat pembawa rahmat, bukannya tempat yang disukai oleh makhluk jin dan syaitan.
Adakah anda mengalami masalah gangguan makhluk halus?
Mahukah jika saya bantu anda untuk merawat gangguan yang anda alami dalam tempoh 30 hari?
KENALI WANGIAN KASTURI TERAPI RUQYAH & BAGAIMANA IA BOLEH MEMBANTU ANDA?
Kasturi Terapi Ruqyah adalah koleksi wangian kasturi yang telah diruqyah dengan ayat-ayat penghalau dan pembakar jin.
Dengan mengamalkan memakai wangian Kasturi Terapi Ruqyah ini akan dapat membenteng dan menjauhkan diri anda sihir, saka dan gangguan jin yang lain.
Kelebihan mengamalkan wangian ini ialah:
- Dapat memberikan ketengangan jiwa.
- Menjadikan anda kekal harum sepanjang masa.
- Menjimatkan wang kerana wangiannya yang tahan lama.
- Memberikan kekhusyukan di dalam solat.
- Menjauhkan diri anda dari gangguan jin inshaaAllah.
Ingin tahu lebih banyak RAHSIA tentang wangian Kasturi Terapi Ruqyah? Klik di sini untuk mendapatkan 5 manfaat di atas dengan segera!
ADA DAPAT APA-APA TAK?
Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.
[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/]
(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.
Percuma.
Follow saya di sosial media: