ruqyah syar'iyyah

Apa itu Ruqyah Syariah?


Sebelum saya menulis lebih jauh tentang kaedah dalam rawatan Islam ini, saya rasa lebih baik jika kita mengenali terlebih dahulu dengan lebih lanjut tentang kaedah rawatan Ruqyah Syariah ini.

Apakah peranannya? Dari mana sumber ambilan kaedah rawatan ini? Dan paling penting bagaimanakah tahap keberkesanan kaedah rawatan ini, terutamanya dalam membantu merawat penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus seperti sihir, saka, pukau dan sebagainya.

Ruqyah Syariah terdiri dari dua perkataan, iaitu Ruqyah dan juga Syariah. Ruqyah bermaksud jampi, dan syariah pula bermaksud hukum-hakam dan perundangan dalam tatacara hidup berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.

Oleh itu, apa yang dapat kita fahami dari gabungan dari dua perkataan iaitu Ruqyah Syariah ialah kaedah jampi yang bersandarkan kepada hukum-hakam Islam yang didasari oleh al-Quran dan as-Sunnah. Kesimpulannya, ruqyah syariah ialah kaedah rawatan Islam yang berpegang kepada dalil.

Setelah kita memahami apakah yang dikatakan Ruqyah Syariah itu, sekarang mari kita lihat apakah dalil yang menjadi pegangan dalam kaedah rawatan Islam ini. Allah s.w.t telah berfirman di dalam surah al-Isra’ ayat 82 yang bermaksud”

“Dan Kami (Allah) turunkan daripada al-Quran sesuatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman, dan (al-Quran itu) tidaklah menambahkan kepada orang yang zalim selain kerugian”

Ayat di atas menerangkan kepada kita bahawa kaedah rawatan Islam adalah berteraskan kepada wahyu Ilahi yang diambil daripada petunjuk al-Quran dan as-Sunnah.

Ia juga dikenali sebagai at-Tibb an-Nabawi (Pengubatan Rasulullah). Oleh kerana rawatan ruqyah Syariah adalah rawatan yang berteraskan kepada al-Quran dan as-Sunnah, maka sudah pastilah perbuatannya itu akan mendapat ganjaran daripada Allah s.wt. Yang paling penting, apabila kita merawat masalah penyakit dengan menggunakan kaedah rawatan Islam, kita akan mendapat keredhaan daripada Allah, inshaa Allah.

Adakah artikel ini membantu anda? Jika ya, daftar newsletter atau ikuti perkembangan blog ini melalui facebook atau google+.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Apa itu Ruqyah Syariah?

  1. Pingback: Apakah Sumber Rujukan Pengubatan Islam? | PerawatIslam.com

Ada pandangan? Kongsikannya.