Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Salah Faham Tentang Tangkal.

Dikemaskini pada 12/04/2017 oleh Ustaz Abdullah

Dalam artikel kali ni, saya nak kongsikan dengan anda hukum berkaitan dengan pemakaian tangkal atau azimat.

Saya pernah ditanyakan soalan tentang apakah hukum memakai tangkal, tetapi tidak meyakinkan dalam hati bahawa tangkal itu yang memberikan manfaat.

Tetapi meletakkan keyakinan bahawa Allah lah yang sebenar-benarnya yang memberikan manfaat. Tangkal itu hanyalah diiktikadkan sebagai sebab musabab sahaja.

Mereka yang meletakkan keyakinan begini menyamakan masalah tangkal ini seperti makan nasi atau makan ubat.

Kata mereka, kalau meletakkan keyakinan bahawa nasi yang mengenyangkan, sama juga hukumnya iaitu syirik. Jadi, tak salah memakai tangkal asalkan meletakkan keyakinan bahawa Allah yang memberikan manfaat, tangkal hanyalah sebab.

Betulkah begitu? InshaaAllah artikel ini akan membantu anda.

Di dalam Al-Qaulul Mufid 1/204, Al-Qaulul Sadid hal. 38, Fatawa Syeikh Ibnu Baz 2/384 mengatakan, hukum memakai tangkal terbahagi kepada 2, iaitu:

PERTAMA: Akan menyebabkan terjatuh kepada SYIRIK BESAR apabila disertai keyakinan bahawa azimat itu sendiri yang memberikan pengaruh selain Allah Subhanahu wa Ta’ala, yang dapat menolak mudarat dan mendatangkan manfaat, serta membentengi setiap orang yang memakainya. Dan pelakunya telah keluar dari Islam, halal darahnya untuk ditumpahkan dan hartanya untuk dirampas, menyebabkan kekal dirinya di dalam neraka apabila dia mati dan belum sempat bertaubat, serta menyebabkan terhapus (hilang) seluruh amalan yang dilakukan di dalam Islam.

KEDUA: Akan menyebabkan terjatuh dalam perbuatan SYIRIK KECIL apabila dia meyakini bahawa azimat itu hanya sebagai sebab semata, manakala yang mendatangkan manfaat dan menolak segala bentuk malapetaka yang menimpanya adalah Allah Subhanahu wa Ta’ala. Menjadikan sesuatu sebab yang tidak pernah dijadikan oleh Allah Subhanahu wa Ta’ala sebagai sebab adalah merupakan syirik kecil.

Jadi, mereka yang beranggapan masalah memakai tangkal ini sama dengan memakan nasi, makan panadol, adalah salah sama sekali.

Kerana sememangnya makan adalah sebab untuk kenyang. Makan ubat adalah sebab untuk sembuh dari penyakit.

Dan perbuatan begini telah sabit dengan apa yang ditunjukkan oleh Nabi kerana Nabi juga makan dan Nabi berubat apabila sakit.

Berbeza dengan tangkal, Nabi tidak pernah memakai tangkal sebagai ikhtiar untuk berubat. Bahkan Nabi telah melarang memakai tangkal.

Dalil-dalilnya adalah dalam hadis marfu’ dari Abdullah bin ‘Ukaim Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda:

من تعلق شيئا وكل إليه

“Barang siapa yang menggantungkan sesuatu (dengan anggapan bahawa barang tersebut bermanfaat atau dapat melindungi dirinya), maka Allah akan menjadikan orang tersebut selalu bergantung kepadanya.” (HR. Ahmad dan At Tirmizi)

Imran bin Husain radhiallahu’anhu menuturkan bahawa Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam melihat seorang lelaki memakai gelang, kemudian baginda pun bertanya:

ما هذه ؟، قال : من الواهنة، فقال : انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنا، فإنك لو مت وهي عليك ما أفلحت أبدا

“Apakah itu? Lelaki itu menjawab: “Gelang penangkal penyakit”, lalu Nabi bersabda: “Lepaskan gelang itu, kerana sesungguhnya ia tidak akan menambah kecuali kelemahan pada dirimu, dan jika kamu mati sedangkan gelang ini masih ada pada tubuhmu maka kamu tidak akan beruntung selama-lamanya.” (HR. Imam Ahmad)

Diriwayatkan dari Uqbah bin Amir, dalam hadis yang marfu’, Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bersabda :

من تعلق تميمة فلا أتم الله له، ومن تعلق ودعة فلا ودع الله له، وفي رواية : من تعلق تميمة فقد أشرك

“Barang siapa yang menggantungkan Tamimah* maka Allah tidak akan mengkabulkan keinginannya, dan barang siapa yang menggantungkan Wada’ah* maka Allah tidak akan memberikan ketenangan kepadanya.” Dan di dalam riwayat yang lain Rasulullah bersabda: “Barang siapa yang menggantungkan tamimah maka dia telah berbuat kesyirikan.” (HR. Imam Ahmad)

Semoga dengan sedikit perkongsian ini, pemahaman kita tentang pemakaian tangkal akan lebih jelas inshaaAllah.

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Follow saya di sosial media:
Salah Faham Tentang Tangkal.
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!