Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bagaimana Merawat Sihir Pemisah?

bagaimanakah cara untuk merawat sihir pemisah

Dikemaskini pada 06/02/2020 oleh Ustaz Abdullah

Sejak kebelakangan ini saya kerap sangat mendapat pertanyaan tentang masalah rumahtangga yang melibatkan tanda-tanda sihir pemisah.

Antara masalah yang paling kerap berlaku ialah suami atau isteri yang bermasalah itu sudah tidak pulang ke rumah.

Kalau pulang ke rumah pun, sudah lagi tidak bertegur sapa, bergurau senda dan sebagainya. Tinggal sebumbung tetapi bawa haluan masing-masing.

Jadi, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan dengan anda apakah rawatan yang dapat diusahakan jika anda mengalami masalah begini.

Tetapi perkongsian ini sesuai sekiranya pasangan anda masih tinggal serumah dengan anda. 

Tetapi apabila pasangan anda (suami atau isteri) telahpun keluar dari rumah, rawatan begini tidak sesuai untuk dilakukan.

Sebelum itu, saya nak kongsikan dengan anda apakah sihir pemisah ini dan bagaimana ianya dihantar kepada mangsa.

Apakah Sihir Pemisah?

Sihir pemisah merupakan sihir yang seringkali dilakukan untuk memisahkan suami isteri atas sebab tertentu yang biasanya berkaitan dengan masalah peribadi, dengki, balas dendam, khianat dan sebagainya. Sihir ini juga dikenali sebagai Sihir Tafriq.

Sihir ini mempunyai kaitan dan persamaan dengan sihir pembenci. Tetapi sihir ini lebih memfokuskan kepada pasangan suami isteri agar rumahtangga mereka menjadi bermasalah di mana akhirnya akan membawa kepada perceraian.

Bagaimana Sihir Pemisah Dihantar?

Sebenarnya cara sihir pemisah dihantar kepada mangsa sama sahaja sepertimana sihir-sihir yang lain juga.

Hanya tujuan sihir itu dihantar sahaja yang berbeza.

Dalam artikel ini saya nak kongsikan dua cara yang selalunya akan digunakan untuk menghantar sihir kepada anda.

1) Barang Sihir Ditanam

Dah nama pun ditanam, melalui cara ini sipengupah sihir akan menanam barang-barang sihir yang diberikan oleh tukang sihir.

Barang-barang sihir ini bukan kosong tau. Tapi ianya berisi.

Maksud berisi di sini ialah barang tersebut telah pun dijampi dengan mentera-mentera sihir.

Kemudian barang-barang sihir ini akan ditanam di tempat-tempat berikut:

  • dihalaman rumah.
  • di dalam pasu bunga.
  • depan pintu.
  • dekat pagar.
  • dipejabat.
  • dalam kenderaan dan sebagainya.

Di mana sahaja barang tersebut ditanam, ianya mestilah dipastikan barang sihir tersebut akan dilangkah ataupun disentuh oleh anda.

Dahsyatkan.

Sebab itulah biasanya sihir ini akan dilakukan oleh orang-orang kenal kita juga ataupun orang-orang yang berdekatan dengan kita.

2) Memuja Gambar

Melalui cara ini pula, biasanya gambar anda akan dijampi dengan mentera sihir, kemudian gambar tersebut akan digunakan untuk menyakiti anda.

Tak kisahlah macam mana pun, asalkan anda akan disakiti. Mungkin banda anda akan rasa seperti dicucuk-cucuk, ataupun gambar anda akan digantung di tempat yang berangin.

Tujuannya ialah bila gambar anda beralun disebabkan tiupan angin, ketika itu anda pun akan rasa seperti terbuai.

Pengupah sihir tak kisah pun apa yang berlaku pada anda. Yang penting nafsu mereka puas melihat anda menderita.

Tanda Terkena Sihir Pemisah

Apabila sihir ditujukan kepada anda, tak kisahlah apa jenis sihir pun, pasti akan ada tanda-tandanya.

Tanda anda terkena sihir pemisah ialah:

  • Susah tidur tanpa sebab.
  • Sering terjaga tengah malam tanpa sebab.
  • Selalu mimpi menakutkan.
  • Selalu mimpi terjatuh dari tempat tinggi.
  • Selalu bermimpi bayi.
  • Selalu mimpi diancam benda tajam.
  • Selalu mimpi di tempat kotor atau kawasan kubur.
  • Selalu sakit kepala tanpa sebab.
  • Selalu rasa berdebar-debar, gelisah, risau dan sebagainya tanpa sebab.
  • Rasa berat untuk melakukan ibadah.
  • Cepat nak marah.
  • Rasa berat nak berzikir.
  • Selalu saikit belakang teruatamanya dibahagian tulang belakang tanpa sebab.
  • Selalu bergaduh dengan pasangan walaupun hanya keran perkara kecil.
  • Rasa benci secara tiba apabila melihat wajah pasangan.
  • Rasa rimas bila pasangan berada berdekatan, tetapi rindu bila berjauhan.
  • Di dalam hati kuat sangat perasaan untuk bercerai (bagi isteri) dengan suami atau menceraikan (bagi suami) isteri.

Jadi, jika anda mempunyai tanda-tanda yang saya kongsikan di atas, kemungkinan anda telah disihir oleh seseorang.

Yang pastinya sipenghantar dan pengupah sihir mahukan rumahtangga anda musnah.

Kesan Sihir Pemisah

Ibnu Kathir menjelaskan bahawa kesan yang akan berlaku apabila pasangan suami isteri yang terkena sihir ini akan menjadikan mereka memandang wajah pasangan mereka kelihatan hodoh, buruk dan menakutkan, samada dari segi paras rupa atau tingkahlaku.

Dengan sebab itulah perangai mereka juga akan berubah. Apa sahaja yang dilakukan dirasakan tidak kena. Semuanya salah.

Sedangkan sebelum ini, perkara sama yang dilakukan oleh pasangan dianggap biasa dan tidak ada salahnya.

Jadi, apabila perkara ini berlanjutan dan tidak diusahakan untuk dirawat, tidak mustahil lama-kelamaan akan berakhir dengan perceraian.

Cara Membatalkan Sihir Pemisah

Jadi bagaimana cara yang boleh anda lakukan untuk mengatasi masalah ini? Cara yang akan saya kongsikan dengan anda ini inshaaAllah berkesan dengan izin Allah. Syaratnya anda kena yakin dan keduanya mestilah dilakukan dengan konsisten sehinggalah sikap suami atau isteri yang disihir itu menjadi seperti normal semula.

Cara ini juga anda boleh lakukan sendiri di rumah. Tetapi macam yang saya sebutkan di atas bahawa kaedah ini hanya boleh dilakukan sekiranya pasangan anda masih tinggal di rumah bersama anda. Kaedahnya ialah hanya bacakan ayat-ayat ruqyah pada air dan makanan, berikan pada pasangan anda yang kena sihir tu.

Sekiranya anda tidak tahu yang mana satu ayat-ayat ruqyah, anda boleh download ebook yang saya sediakan. Di dalam ebook tersebut, saya telah senaraikan ayat-ayat ruqyah yang boleh anda amalkan membacanya setiap hari dan digunakan untuk menawarkan sihir yang ada di dalam badan, inshaaAllah.

Klik di sini untuk mendownload ebook tersebut secara percuma.

Moga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda. Sekiranya anda merasakan perkongsian saya ini bermanfaat, ringankan tangan anda untuk kongsikan dengan rakan-rakan anda.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Merawat Sihir Pemisah?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!