cara kembalikan sihir

sihir sihir

Islam adalah agama yang diturunkan oleh Allah yang bersesuaian dengan fitrah dan naluri manusia. Oleh kerana itulah, hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran adalah sesuai untuk diamalkan pada setiap zaman, tempat dan waktu.

Membalas kejahatan yang dilakukan kepada kita dengan pembalasan yang setimpal adalah suatu tuntutan naluri dan fitrah manusia.

Tanyalah pada sesiapapun, sekiranya ada dikalangan ahli keluarga kita yang dibunuh atau dilukai, sudah tentu kita juga inginkan hukuman yang sama kepada pelakunya. Inilah hukuman qisas yang ada di dalam ajaran Islam.

Post thumbnail

Ramai yang bertanyakan pada saya bagaimana caranya kita nak kembalikan sihir kepada tukang sihir. Jadi dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda caranya.

Cara ini bagus digunakan oleh mereka yang selalu berulang kali disihir.

Sediakan air, paling sedikit satu cebok yang mana ianya sudah dicampur dengan satu genggam garam. Kemudian lakukan solat hajat dua rakaat, dan berdoa pada Allah dengan doa di bawah ini: