Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Adakah Menguap Boleh Sebabkan Gangguan Jin?

Adakah menguap boleh sebabkan gangguan jin?

Dikemaskini pada 03/07/2019 oleh Ustaz Abdullah

Menguap adalah satu proses semulajadi yang berlaku kepada manusia. Bagaimana proses menguap berlaku?

Kalau menurut pendapat kebanyakan daripada kita, selalunya menguap ini dikaitkan dengan keletihan dan rasa mengantuk.

Tetapi, menurut ahli sains, ada banyak versi yang menjelaskan mengapa kita menguap.

Antaranya ialah:

  • menguap membantu menarik sejumlah besar udara untuk meningkatkan tekanan darah, degupan jantung dan kandungan oksigen di dalam darah.
  • hasil kajian daripada Dr Andrew C. Gallup mengatakan bahawa aktiviti menguap bertujuan untuk mengawal suhu otak.
  • Ketika menguap, regangan yang berlaku di sekitar rahang meningkatkan aliran darah di leher, muka dan kepala. Menarik nafas ketika menguap akan menggerakkan cairan tulang belakang dan darah dari otak ke bawah.
  • Udara sejuk yang disedut membantu menyejukkan cairan ini. Proses ini sama seperti mekanisma radiator yang menyejukkan darah yang bersuhu tinggi dari otak. Kemudian darah yang suhunya lebih rendah dari anggota badan dan organ lain seperti kaki, tangan, paru-paru akan memasuki otak dan menyejukkan organ tersebut.
  • Penemuan ini menjelaskan mengapa seseorang yang keletihan dan mengantuk akan lebih kerap menguap. Ini disebabkan keletihan dan kurang tidur akan mengakibatkan kenaikan suhu otak sehingga tubuh secara refleks akan bertindakbalas menggerakkan saraf-saraf otak sehingga menyebabkan berlakunya aktiviti menguap berkali-kali untuk menyejukkan suhu otak.

Dalam artikel ini, saya tidaklah berhajat untuk membahaskan tentang mengantuk secara terperinci dari sudut pandang sains.

Artikel ini akan lebih membahaskan tentang perbuatan menguap dari sudut pandang Islam dan bagaimana adab-adab apabila kita melakukannya.

Dan yang terakhir, saya berkongsi pandangan apakah tabiat tidak menutup mulut ketika menguap boleh mengakibatkan berlakunya gangguan jin.

Pandangan Islam Tentang Menguap

Seperti yang saya sebutkan di atas tadi, menguap adalah suatu proses yang berlaku setiap hari kepada kita.

Tidak ada sesiapa pun dimuka bumi ini yang mengatakan dia tidak pernah menguap.

Oleh kerana itu, Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap dan sempurna, mengajar umatnya bagaimana cara yang benar ketika hendak menguap.

Untuk memahami apakah pandangan Islam tentang menguap, mari kita lihat terlebih dahulu hadis-hadis yang menyebut tentang menguap.

Antara hadis-hadisnya ialah:

Dari Abu Hurairah dari Nabi saw ia bersabda:

“Sesungguhnya Allah Taala suka kepada orang yang bersin dan benci kepada (orang yang) menguap. Apabila salah seorang dari kalian bersin dan mengucapkan hamdalah kepada Allah Taala adalah hak bagi setiap muslim mendengarnya membaca ‘YarhamukAllah’(Semoga allah memberi rahmat kepadamu). Adapun menguap itu adalah dari syaitan. Apabila salah seorang dari kalian menguap maka hendaklah ia mengembalikan (mulutnya) sedapat-dapatnya. Sesungguhnya apabila seseorang dari kalian menguap, syaitan pun tertawa kerananya.” (Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a katanya Rasulullah s.a.w telah bersabda:

“Menguap (dengan mulut terbuka luas) merupakan gangguan dari syaitan. Apabila ada di antara kamu yang menguap maka hendaklah dia menutup mulutnya mengikut kemampuan” (Riwayat Muslim)

Dari Abu Sa’id Al-Khudri ra dari Nabi saw ia bersabda:

“Jika ada di antara kamu menguap, tutuplah mulutmu kalau-kalau syaitan masuk” (Riwayat Abu Dawud)

“Menguap itu dari syaitan. Maka bila seorang dari kalian menguap hendaklah sedapat mungkin ditahannya karena bila seseorang dari kalian menguap dengan mengeluarkan suara haa, syaitan akan tertawa.” (Imam Bukhari, al-Jamiʽ al-Saḥiḥ, [Beirut: Dar Tuq an-Najah, 1422 H), j. 4, h. 125.)

Jika melihat kepada hadis-hadis di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa perbuatan menguap bukanlah sesuatu yang disukai oleh Islam.

Sehingga disebutkan dalam hadis di atas bahawa menguap itu daripada syaitan.

Memahami Hadis Menguap Dari Syaitan

Hadis yang menyebut tentang menguap itu dari syaitan telah pun saya sebutkan di atas.

Untuk memahami kehendak sebenar hadis tersebut, kita tak boleh terus melihat kepada terjemahan hadis.

Sebab kalau hanya berpandukan kepada terjemahan hadis, maknanya macam tak masuk akal.

Menguap daripada syaitan? Bagaimana pula syaitan berkuasa untuk melakukan sesuka hati kepada kita sampai mampu untuk menjadikan kita menguap?

Jadi apa maksud sebenar dari hadis tersebut?

Imam an-Nawawi, sebagaimana dikutip al-Mubarakfuri dalam Tuḥfatul Aḥwadzi-nya menyebutkan bahwa yang dimaksud menguap dari syaitan tersebut bukan berarti asal-muasal menguap adalah dari syaitan, atau syaitan yang membuat kita menjadi menguap.

Menurut Imam an-Nawawi, yang dimaksud menguap dari syaitan adalah hanya sebatas majaz, yakni pernyataan dalam hadits tersebut adalah peringatan Rasulullah saw untuk menjauhi hal-hal yang menyebabkan kita menguap, seperti makan terlalu banyak.

Kerana ketika kita makan terlalu banyak, maka tubuh akan terasa berat, kita akan jadi mengantuk dan malas untuk melakukan ibadah.

Itulah yang dimaksudkan dengan menguap itu daripada syaitan.

Adab Ketika Menguap

Cantiknya Islam kerana semua perkara Islam ajar kita. Dari sebesar-besar perkara sehinggalah sekecil-kecil perkara.

Termasuklah ketika menguap. Islam ajar adabnya.

Bagaimana cara yang betul apabila kita nak menguap?

Yang terbaik, kalau dapat ditahan, tahanlah supaya anda tidak menguap. Apatahlagi ketika tengah solat.

Ini berdasarkan kepada sebuah hadis dari sahabat iaitu Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, Baginda telah bersabda:

Sesungguhnya Allah menyukai bersin dan membenci menguap. Kerananya apabila salah seorang dari kamu bersin lalu dia memuji Allah, maka kewajiban atas setiap muslim yang mendengarnya untuk mentasymitnya (mengucapkan yarhamukallah). Adapun menguap, maka dia tidaklah datang kecuali dari syaitan. Kerananya hendaklah menahan menguap semampunya. Jika dia sampai mengucapkan ‘haaah’, maka syaitan akan menertawainya.” (HR. Bukhari no. 6223 dan Muslim no. 2994)

Seterusnya kalau anda tak mampu untuk menahan menguap, maka hendaklah anda tutup mulut anda dengan tangan.

Perbuatan ini juga bersandarkan kepada hadis Nabi saw.

Dari Abu Said al-Khudri ra, dia berkata bahawa Rasulullah saw telah bersabda:

Bila salah seorang dari kamu menguap maka hendaklah dia menahan mulutnya dengan tangannya karena sesungguhnya syaitan akan masuk.” (HR. Muslim no. 2995)

Perlukah beristighfar selepas kita menguap?

Saya yakin ramai daripada kita yang akan ucapkan Istighfar lepas menguap, betul tak?

Benda itu terjadi secara spontan.

Soalnya adakah perbuatan itu mengikut sunnah Nabi saw. Kalau berdasarkan kepada hadis, tidak ada hadis sahih yang menyebut tentang perbuatan tersebut.

Jadi kalau anda nak sebut istighfar itu terpulang kepada anda. Cuma janganlah anda katakan bahawa itu sebagai sunnah.

Adakah Menguap Boleh Sebabkan Gangguan Jin?

Saya perlu berhati-hati apabila menulis tentang ini. Nanti ada yang kata saya nak kaitkan semua benda dengan gangguan jin.

Jadi saya tegaskan di sini bahawa ini adalah pandangan peribadi saya. Jadi anda yang membaca boleh memilih samada nak bersetuju atau pun sebaliknya.

Pada pandangan saya, apabila seseorang menguap tanpa menutup mulutnya, ianya sedikit sebanyak boleh menyebabkan gangguan jin.

Mengapa?

Ini kerana ada hadis yang telah saya sebutkan di atas mengatakan bahawa seseorang yang tidak menutup mulut ketika menguap, syaitan akan masuk melaluinya.

Cuma gangguan jin yang berlaku bukanlah seperti seperti sihir, saka ataupun kerasukan.

Tetapi maksud gangguan di sini ialah jin akan mudah menguasai orang tersebut dan mempengaruhinya untuk melakukan maksiat.

Bagaimana maksiat boleh terjadi?

Bukankah menguap itu akan melahirkan kemalasan?

Dan menguap itu sendiri sebabnya adalah oleh kerana terlalu banyak makan dan juga terlalu banyak tidur.

Dan akibat daripada terlalu banyak makan dan tidur, akan menjadikan seseorang itu malas.

Termasuklah malas untuk melakukan ibadah.

Bukankah malas melakukan ibadah itu akan mengundang seseorang melakukan maksiat kepada Allah.

Inilah suatu bentuk gangguan syaitan (dari bangsa jin) yang saya maksudkan di atas.

Kesimpulan

Mengamalkan segala tunjuk ajar yang dicontohkan oleh Rasulullah saw pasti akan memberikan kejayaan kepada kita.

Samada kejayaan di dunia, lebih-lebih lagi kejayaan diakhirat.

Begitulah juga apabila anda menguap. Yang terbaik cuba tahan diri daripada menguap dan jika perlu juga, pastikan anda menutup mulut.

Wangian Kasturi Ruqyah

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Sumber rujukan:

Follow saya di sosial media:
Adakah Menguap Boleh Sebabkan Gangguan Jin?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!