Tanda-Tanda Terkena Ilmu Hitam, Histeria & Gangguan Jin


Setiap penyakit dapat dikenali dari gejala atau tanda-tandanya. Berikut ini saya kongsikan beberapa gejala/tanda orang yang terkena gangguan jin. Tidak kiralah apa sahaja jenis gangguan jin pun, inilah tanda dan gejalanya.

Tanda-tanda yang saya kongsikan ini adalah hasil dari pemerhatian dan pengalaman saya ketika merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan jin.

Sebenarnya, tidak diperlukan ilmu yang khusus untuk mengetahui wujudnya gangguan jin pada diri seseorang. Cukuplah dengan anda teliti atau tandakan pada point-point yang akan saya kongsikan di bawah ini.

Inshaa Allah dengan mudah anda dapat memastikan ada atau tidak gangguan jin dalam diri seseorang.

BAGAIMANA MENGGUNAKAN SENARAI TANDA-TANDA GANGGUAN JIN INI?

Caranya mudah. Baca dan perhatikan dengan teliti satu persatu, kemudian perhatikan pada diri anda atau pada orang yang ingin anda kesan. Berusahalah untuk melakukan sejujur mungkin.

Jika ada tanda-tanda di bawah ini pada diri anda, maka kemungkinan besar ada gangguan jin dalam diri anda.

Gejala-Gejala Gangguan Jin Pada Manusia

1) Gejala pada waktu tidur

  • Susah tidur malam. Iaitu tidak boleh tidur walaupun mata dah mengantuk kecuali selepas bersusah-payah untuk tidur.
  • Susah nak bangun. Iaitu kebanyakan masa dihabiskan dengan tidur sehingga susah untuk melakukan ibadah-ibadah yang sepatutnya.
  • Cemas, sering terjaga pada waktu malam tanpa sebab yang munasabah.
  • Mimpi buruk, mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya, kemudian rasa nak menjerit meminta tolong tapi suara seperti tidak dapat keluar.
  • Mimpi melihat pelbagai binatang, contohnya kucing, anjing, tikus, kuda, monyet, harimau, serigala dan lain-lain.
  • Bunyi gigi geraham bergesel ketika sedang tidur.
  • Ketawa, menangis, menjerit dan bercakap sendiri ketika sedang tidur.
  • Mimpi seolah-olah terjatuh dari tempat tinggi.
  • Berdiri dan berjalan dalam keadaan tidur dan tanpa sedar.
  • Mimpi berada di kawasan perkuburan, atau di dalam kubur, tempat yang kotor atau jalan yang mengerikan.
  • Mimpi melihat orang yang pelik, contohnya seperti tinggi sekali, pendek sekali, putih sekali atau hitam sekali.
  • Mimpi yang sangat menakutkan seperti mimpi melihat hantu.
  • Mimpi seseorang yang sama berkali-kali dan rasa ingin berjumpa dengan orang tersebut.
  • Mimpi seakan-akan ditindih dengan benda yang sangat berat sehingga susah untuk melepaskan diri.
  • Berdengkur dengan sangat kuat dan keras suaranya.
  • Mimpi melihat atau bertemu dengan ahli keluarga yang sudah mati, atau melihat mayat.
  • Mimpi terjadi sesuatu peristiwa dan keesokannya berlaku peristiwa yang sama seperti dalam mimpi.

2) Gejala pada waktu terjaga.

  • Sering was-was/ketakutan.
  • Suka marah-marah atau emosi tak dapat dikawal.
  • Dorongan yang kuat untuk melakukan maksiat.
  • Rasa lesu dan malas sangat nak beribadah.
  • Susah sangat nak khusyuk dalam solat. Contohnya susah nak ingat dah berapa rakaat dalam solat.
  • Suka berkhayal, termenung dan menyendiri.
  • Selalu pening kepala tanpa ada penyebabnya.
  • Selalu lalai dalam berzikir, meninggalkan atau melambatkan solat dan amalan yang lain.
  • Fikiran selalu runsing, selalu rasa sedih tnpa sebab, jantung berdebar-debar tanpa sebab.
  • Merasakan seperti diikut oleh seseorang, mengejar ingin membunuh/mengancam, merasa akan kedatangan seseorang, rasa seperti akan dilamar oleh seseorang, rasa seperti ada seseorang ajak bersembang, mendengar bisikan-bisikan agar melakukan sesuatu yang jahat (membunuh, memperkosa/bersetubuh dengan anggota keluarga, memukul bunuh diri dan sebagainya).
  • Sering terdengar seperti ada seseorang memangil nama.
  • Sering tercium bau wangian atau bau yang busuk.
  • Melihat seolah-olah benda-benda di sekeliling bergerak, berputar dan sebagainya.
  • Melakukan tindakan-tindakan yang pelik tanpa disedari.
  • Secara tiba-tiba dapat meramal dan mengetahui apa yang akan terjadi.
  • Cemas dan takut yang berlebihan.
  • Melihat makhluk halus atau dapat merasakan kehadiran makhluk halus tersebut.
  • Rasa sakit pada salah satu anggota badan, tetapi bila dilakukan pemeriksaan semuanya normal.

Baiklah, tanda-tanda yang saya kongsikan di atas adalah sebahagian dari tanda-tanda gangguan jin. Masih banyak lagi tanda-tandanya.

Cara mengenali gangguan jin sangat beragam, namun secara umumnya kita dapat mengenalinya melalui mimpi, keadaan tubuh badan, perasaan/mental, keadaan rumah, latar belakang keluarga, bahkan dari wajah orang yang ada gangguan tersebut.

Benar, kita dapat mengenali gangguan jin pada orang tersebut hanya melalui wajahnya, tanpa kita melihat jin itu sendiri. Bolehkah begitu? Sebenarnya gangguan jin sama seperti gangguan penyakit-penyakit lain. Sakit yang sering kita alami, contohnya bila kita demam, dapat kita kenali tandanya dari keadaan tubuh badan kita, warna kulit, lidah, kuku jari dan raut wajah.

Jika anda pernah membaca bagaimana mendiagnosis penyakit dalam rawatan akupuntur, anda pasti faham hal ini. Demikianlah, halnya dengan gangguan jin, jika jin telah ada dalam diri kita maka akan nampak tandanya di wajah kita. Dengan banyak mengamati, kita akan mudah mengenalinya. Inshaa Allah.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download