Bagaimana Mengeluarkan Susuk Dengan Air Ruqyah Surah Al-Kahfi

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Sepertimana yang diterangkan di dalam hadis-hadis Baginda Nabi s.a.w, Surah Al-Kahfi adalah sebuah surah yang mempunyai fadhilatnya yang tersendiri. Yang paling masyhur yang kita baca dari hadis Nabi ialah mengenai sesiapa yang mengamalkan 10 ayat dari surah al kahfi ini akan terselamat dari fitnah dajjal.

Tetapi, mungkin tidak ramai yang tahu bahawa dengan surah al-kahfi ini, anda juga boleh gunakannya sebagai ikhtiar bagi mengeluarkan susuk. Dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan kongsikan dengan anda cara-caranya.

Sebelum hendak mengeluarkan susuk tersebut, anda perlulah menyediakan air ruqyah yang telahpun dijampi dengan surah al-kahfi. Cara-caranya ialah:

1) Anda sangat digalakkan untuk membuat air ruqyah tersebut selepas solat, yakni dalam keadaan suci dan tenang.

2) Niatkan di dalam hati bahawa setiap ayat al-Quran yang akan anda bacakan sebentar lagi ialah untuk meruqyah air. Kuatkan keyakinan di dalam hati anda bahawa dengan izin Allah, air tersebut boleh menjadi sebab agar penyakit anda sembuh.

3) Sediakan gelas besar berisi air untuk diminum. Ini bergantung kepada anda berapa banyak air yang hendak anda ruqyah dengan surah al-kahfi (sila baca catatan penting dibahagian bawah artikel ini)

4) Dekatkan gelas yang berisi air tadi ke mulut anda. Kemudian anda berdoalan seperti doa di bawah:

“Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya air ini adalah makhluk-Mu. Maka Engkau perkuatkanlah manfaat yang terdapat di dalamnya dengan bacaan Al-Quran yang akan aku bacakan padanya. Sehingga dengan izin Engkau ya Allah, air ini mampu menjadi ubat untuk merawat penyakit aku (anda boleh sebutkan nama penyakitnya). Dan dengan manfaatnya dapat mengeluarkan semua jin-jin yang berada di dalam tubuhku.”

5) Selesai anda berdoa, bacakan surah Al-Kahfi sehingga selesai dan kemudian anda tiupkan pada air di dalam gelas tadi ataupun dengan isyarat meludah. Kemudian bacalah bismillah dan minum air tersebut dengan segera.

(Catatan penting: Dari pengalaman saya air ruqyah sangat memberikan kesan setelah diruqyah. Kerana konsep dasarnya ialah gelombang bacaan Al-Quran yang dibacakan tadi akan ditangkap/didengar/dirakam oleh air dan dengan itu dapat menguatkan partikel-partikel air tersebut menjadi partikel yang baik untuk kesihatan. Sebab itu saya menggalakkan anda hanya jampi segelas air sahaja untuk setiap kali minum. Jadi selepas kali anda ruqyah, anda terus minum air tersebut. Jika dibiarkan air tersebut, saya khuatir partikel-partikel air tadi telah berubah atau tercemar disebabkan bunyi-bunyi lain).

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.