Dikemaskini pada 25/03/2017 oleh Ustaz Abdullah
Tahukah anda bahawa di bumi ini selain kita manusia, haiwan dan tumbuhan, masih ada lagi makhluk-makhluk yang kita tidak dapat melihat jasadnya. Kita berkongsi tempat tinggal di bumi dengan mereka. Salah satu makhluk yang tinggal bersama kita di bumi yang kita tak dapat melihatnya ialah jin.
Jin dan manusia sepatutnya tidak saling bantu membantu. Ini kerana apabila manusia meminta bantuan kepada golongan jin, perbuatan tersebut akan menjadikan jin bertambah sombong dan jahat. Perkara ini telah dijelaskan awal-awal oleh Allah di dalam al-Quran:
“Dan bahwasannya ada beberapa orang laki-laki di antara manusia meminta perlindungan kepada laki-laki di antara golongan jin, sehingga mereka menjadikan jin itu bertambah sombong,” (QS. al-jin: 6).
Perbuatan meminta bantuan kepada jin menjadikan mereka lebih sombong adalah disebabkan Allah telah memuliakan manusia dari golongan jin. Oleh itu, apabila manusia yang darjatnya lebih tinggi dari jin datang meminta pertolongan, tentulah akan menjadikan jin itu sombong dan lebih banyak melakukan kerosakan kepada manusia.
Untuk berlindung dari gangguan makhluk jin, anda hendaklah memohon pertolongan kepada Allah dari kejahatan mereka. Dan jangan sekali-kali anda mula berjumpa dengan bomoh. Ini kerana apabila sekali anda berjumpa bomoh, sampai bila-bila hidup anda tidak akan tenteram.
Ini kerana bomoh menggunakan perantaraan dan bantuan jin. Maknanya apabila anda meminta pertolongan dari bomoh, secara tidak langsung anda juga meminta pertolongan dari jin yang menjadi khadam kepada bomoh tersebut.
Manakala untuk menjauhkan diri anda dari jin yang menyihir, pertama sekali ialah apabila anda hendak melakukan persetubuhan dengan isteri, bacalah doa yang diajarkan oleh Nabi s.a.w:
“Ya Allah jauhkanlah aku dari (gangguan) syaitan dan jauhkanlah syaitan dari rezeki yang engkau kurniakan kepadaku (anak).”
Erti rezeki dalam hadis di atas ialah anak. Apabila anda mengamalkan doa di atas, inshaa Allah anak anda tidak akan diganggu oleh jin dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah s.w.t. Ingatlah apabila sejak bayi telah diganggu jin, risiko untuk terus diganggu sehingga bayi itu dewasa adalah tinggi.
Sedangkan untuk bayi sampai usia kanak-kanak hendaklah selalu didoakan dengan doa ini, “Ya Allah, aku melindunginya kepada-Mu dari gangguan syaitan dan dari binatang yang berbisa.”
Bagi orang dewasa, selalulah mohon perlindungan Allah dari godaan syaitan yang terkutuk atau bacaan istiadzah. Segala gangguan syaitan dan bahaya sihir tidak akan terjadi. Kecuali dengan izin Allah SWT.
ANDA DAPAT APA-APA TAK?
Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.
(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.
Percuma.
Follow saya di sosial media: