Khidmat Rawatan Sihir


Assalamualaikum dan selamat datang,

Terima kasih kerana anda sudi meluangkan masa untuk mengetahui lebih lanjut tentang khidmat rawatan yang saya sediakan.

Sepertimana yang anda sedia maklum, saya telah terlibat di dalam bidang perubatan Islam sudah masuk tahun keenam, bermula sejak tahun 2010 lagi.

Bagaimana Saya Dapat Membantu Anda?

Saya berkemahiran merawat mereka yang mengalami gangguan jin dengan menggunakan kaedah Ruqyah Syariyyah. Dengan kaedah ini, saya dapat mengesan samada benar atau tidak di dalam tubuh badan anda memang ada gangguan jin atau tidak.

Antara masalah gangguan jin yang boleh saya ikhtiarkan untuk dirawat ialah:

  1. Sihir
  2. Saka
  3. Santau
  4. Pukau
  5. Masalah bayi kecil yang diganggu makhluk halus
  6. Masalah hubungan rumahtangga yang berpunca dari sihir
  7. Masalah rumah kediaman yang diganggu makhluk halus (pagar rumah)

Antara barang-barang keperluan yang perlu dibawa sekiranya hendak mendapatkan rawatan dari saya ialah seperti berikut:

  • Limau nipis atau limau purut (sebaiknya limau purut). Pastikan limau yang anda bawa berwarna hijau (muda) dan juga besar. Ini kerana kalau limau tersebut kecil, air yang dapat diambil dari buah limau tersebut hanya sedikit.
  • Air mineral bersaiz 5 liter (botol besar) beberapa botol (bergantung pada keperluan anda).
  • Barang-barang tambahan lain, contohnya seperti kelapa muda untuk tujuan merawat sihir, mungkin akan diperlukan.

Jika anda berhajat untuk mendapatkan rawatan, sila hubungi saya terlebih dahulu bagi mendapatkan tarikh dan juga masa yang sesuai. Ini kerana, saya hanya merawat dengan temujanji sahaja memandangkan pesakit yang datang agak ramai.

Anda boleh hubungi saya secara terus melalui panggilan telefon atau boleh whatsapp/sms sekiranya saya tidak menjawab panggilan. Nombor yang boleh anda hubungi ialah 013-4479610 (Ustaz Abdullah).

Alamat pusat rawatan saya ialah:

No 31D, Jalan Bunga, Kg Tengku Husein Lama,
30020, Ipoh,
Perak Darul Ridzuan.
Klik di sini untuk melihat peta.

 

2 thoughts on “Khidmat Rawatan Sihir

Ada pandangan? Kongsikannya.