Dikemaskini pada 14/11/2016 oleh Ustaz Abdullah
Kebergantungan manusia kepada sang Pencipta, Allah SWT memang tidak boleh dinafikan. Sekuat mana pun, sepandai mana pun seseorang manusia itu, segala gerak kerja buatnya tetap tertakluk kepada keizinan Allah SWT.
Sebab itulah, manusia yang beriman akan sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan beribadah serta menggandakan ibadahnya dan berdoa kepada-Nya.
Orang beriman diajar, sekiranya berdepan dengan kesulitan, musibah, kepayahan atau apa jua rintangan, maka janganlah berputus asa kerana masih ada jalan keluar baginya iaitu berdoa mengadu kepada Allah SWT. Inilah rahsia kekuatan bagi orang-orang yang beriman sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Daripada ‘Ali Bin Abi Tholib r.a;
“Doa merupakan senjata orang beriman, tiang agama dan cahaya langit dan bumi”.
[Riwayat Abu Ya’la dan Al-Hakim, dinilai sahih oleh para muhadith]
[Lihat Tafsir Al-Munir, Juz 2 Surah Al-Baqarah, Huraian ayat 186, Dr Wahbah Az-Zuhaily]
Sebab itulah di dalam Islam ada diajar pelbagai jenis doa, antaranya doa pelindung diri, doa untuk anak dan sebagainya. Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda 7 doa perlindungan yang mesti anda amalkan dalam kehidupan seharian.
1) TA’AWUDZ
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ
Artinya: “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang direjam.”
أَعُوْذُ بِكَلِمَاتِ اللهِ التَّامَّاتِ مِنْ شَرِّ مَا خَلَقَ
Artinya: “Aku berlindung dengan kalimat-kalimat Allah yang sempurna dari kejahatan makhluk yang diciptakanNya.”
Baca di petang hari, niscaya tidak ada racun atau binatang (seperti: kalajengking) yang mencelakakannya di malam itu. HR. Ahmad 2: 290. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahwa sanad hadits ini shahih sesuai syarat Muslim.
2) BERWUDHU.
Rasulullah SAW bersabda : “Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu’) maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan berucap ‘Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci’”.(HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)
3. AL-BAQARAH AYAT 255 (AYAT KURSI).
اللَّهُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّومُ، لاَ تَأْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ، لَهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ، مَنْ ذَا الَّذِي يَشْفَعُ عِنْدَهُ إِلاَّ بِإِذْنِهِ، يَعْلَمُ مَا بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ، وَلَا يُحِيطُونَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ إِلاَّ بِمَا شَاءَ، وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ، وَلَا يَئُودُهُ حِفْظُهُمَا، وَهُوَ الْعَلِيُّ الْعَظِيمُ
Artinya: “Allah, tidak ada ilah (yang berhak disembah) melainkan Dia, yang hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya). Dia tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa’at di sisi-Nya tanpa seizin-Nya. Dia mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka. Mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Allah melainkan apa yang dikehendaki-Nya. Kursi Allah meliputi langit dan bumi. Dia tidak merasa berat memelihara keduanya. Dan Dia Maha Tinggi lagi Maha besar.” (QS. Al Baqarah: 255) (Dibaca 1 x)
Apakah kelebihan bagi sesiapa yang mengamalkannya?
Faedah bagi yang mengamalkan ayat kursi ini ialah siapa yang membacanya ketika petang, maka ia akan dilindungi (oleh Allah dari berbagai gangguan) hingga pagi. Siapa yang membacanya ketika pagi, maka ia akan dilindungi hingga petang.
HR. Al Hakim (1: 562). Syaikh Al Albani menshahihkan hadits tersebut dalam Shahih At Targhib wa At Tarhib no. 655.
4) SURAH AL-BAQARAH AYAT 285 & 286 (2 AYAT TERAKHIR)
Diantara faedah sahih dari Surah Al Baqarah dari hadits-hadits yang sahih, ialah bahawa surah ini laksana bunga dan cahaya kebahagiaan yang akan datang sebagai pembela di hari kiamat, pembacanya tidak akan dikuasai tukang sihir, melindungi dari bencana, ada 80 malaikat di tiap ayatnya, Mengobati orang gila, Setan lari ketika dibacakan, pusaka Arsyi dan ditulis 2000 tahun sebelum penciptaan langit dan bumi. Selain itu dalamnya ada 10 ayat ruqyah yang berfungsi sebagai perlindungan dan anti sihir.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Sesungguhnya Allah telah menulis kitab dua ribu tahun sebelum menciptakan langit dan bumi. Kemudian Dia menurunkan dua ayat darinya dan menjadikan kedua ayat tersebut sebagai pebutup dari surat Al Baqarah. Maka tidaklah dua ayat itu dibaca di dalam rumah selama tiga malam kemudian syaitan berani mendekatinya.” Affan berkata, “Maka (rumah itu) tidak akan didekati (syaitan).” Musnad Ahmad 17688
5) SURAH AL-FALAQ & AN-NAS
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ الْفَلَقِ مِن شَرِّ مَا خَلَقَ وَمِن شَرِّ غَاسِقٍ إِذَا وَقَبَ وَمِن شَرِّ النَّفَّاثَاتِ فِي الْعُقَدِ وَمِن شَرِّ حَاسِدٍ إِذَا حَسَدَ
Artinya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb yang menguasai Shubuh, dari kejahatan makhluk-Nya, dan dari kejahatan malam apabila telah gelap gulita, dan dari kejahatan-kejahatan wanita tukang sihir yang menghembus pada buhul-buhul, dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia dengki”. (QS. Al Falaq: 1-5) (Dibaca 3 x)
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ
قُلْ أَعُوذُ بِرَبِّ النَّاسِ مَلِكِ النَّاسِ إِلَهِ النَّاسِ مِن شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ مِنَ الْجِنَّةِ وَ النَّاسِ
Artinya: “Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Katakanlah: Aku berlindung kepada Rabb manusia. Raja manusia. Sembahan manusia, dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi, yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari jin dan manusia.” (QS. An Naas: 1-6) (Dibaca 3 x)
Faedah surah an-Nas pula ialah siapa yang mengucapkannya masing-masing tiga kali ketika pagi dan petang, maka segala sesuatu akan dicukupkan untuknya. HR. Abu Daud no. 5082, Tirmidzi no. 3575. Al Hafizh Abu Thohir mengatakan bahwa sanad hadits ini hasan.
6) ZIKIR PAGI & PETANG
Zikir ini dikenali juga sebagai al-Mathurat. Al Ma’tsurat adalah kitab kecil berupa kumpulan doa yang disusun oleh Al Imam Hasan Al Banna Rahimahullah yang berisi doa-doa yang berasal dari Al Quran dan As Sunnah. Ia baik untuk diamalkan kerana zikir-zikirnya mengandungi zikir-zikir yang khusus di waktu pagi dan petang.
Zikir al-Mathurat ini anda boleh dapatkan di mana-mana kedai buku agama untuk anda amalkan setiap pagi dan petang. Dan mudah-mudahan dengan mengamalkan zikir ini dapat memelihara diri kita dari kejahatan jin dan manusia.
7) SEMPURNAKAN DENGAN SURAH AL-KAHFI AYAT 1-10
Dari Abu Darda’ radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahwa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ حَفِظَ عَشْرَ آيَاتٍ مِنْ أَوَّلِ سُورَةِ الْكَهْفِ عُصِمَ مِنَ الدَّجَّالِ
“Siapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surat Al-Kahfi, maka ia akan terlindungi dari Dajjal.” (HR. Muslim no. 809) Dalam riwayat lain disebutkan juga 10 ayat terakhir surat Al-Kahfi.
Dajjal adalah tukang sihir paling ulung yang akan muncul di akhir zaman dengan sihirnya, dan surah al Kahfi adalah benteng yang akan menghalang sihir dan fitnah apabila munculnya dajjal nanti.
P.S: Artikel ini telah diedit dari artikel asal. Anda boleh membaca sumber asal artikel ini di sini.
ADA DAPAT APA-APA TAK?
Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.
[grwebform url=”https://app.getresponse.com/view_webform_v2.js?u=Br6N&webforms_id=873105″ css=”on” center=”off” center_margin=”200″/](Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)
Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!
Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir
Anda akan mempelajari:
( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.
(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.
(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.
Percuma.
Follow saya di sosial media: