Dikemaskini pada 16/11/2019 oleh Ustaz Abdullah
Assalamualaikum pembaca yang dihormati,
Ada pelbagai tujuan seseorang itu menggunakan sihir. Diantaranya ialah untuk merosakkan perniagaan pesaingnya. Perkara begini sanggup dilakukan oleh seseorang disebabkan oleh rosak imannya dan dia mudah diperdaya oleh syaitan.
Ini kerana, mereka yang menggunakan sihir ini lupa, bahawa hakikat yang memberikan rezeki itu adalah Allah s.w.t. Jadi, sebenarnya sihir itu tidaklah dapat memberikan mudharat atau manfaat melainkan dengan izin dan kehendak Allah semata-mata.
Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat 102 yang bermaksud:
“…padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah…”
Apakah Sihir Perniagaan?
Sihir adalah satu perbuatan yang bertujuan menyakiti atau mempengaruhi badan, akal atau hati orang yang disihir yang dilakukan diluar hukum alam.
Manakala sihir perniagaan pula adalah sihir yang dilakukan dengan tujuan bukan sahaja untuk menyakiti pemilik perniagaan, bahkan bertujuan untuk menjatuhkan dan meranapkan perniagaan seseorang bagi mencapai kepentingan diri sendiri.
Di dalam istilah kita masyarakat Melayu, sihir juga dikenali dengan ilmu hitam kerana amalan sihir berkait rapat dengan pertolongan dan juga hubungan dengan jin.
Sihir perniagaan ada yang dituju hanya kepada pemilik perniagaan sahaja. Dan ada juga sihir yang ditujukan kepada kedua-duanya sekali, iaitu pemilik perniagaan dan juga premis perniagaannya.
Tanda-Tanda Anda Terkena Sihir Perniagaan
Sebelum saya kongsikan tanda-tanda terkena sihir perniagaan, perlu anda ketahui di sini bahawa sihir ini boleh berlaku kepada salah satu, samada pemilik perniagaan atau premis perniagaan sahaja. Dan ada juga kes di mana sihir ini dihantar kepada deua-duanya sekali, iaitu pemilik dan premis perniagaan.
Tetapi, yang biasa berlaku sihir ini akan dhantar kepada kedua-dua sekali, iaitu pemilik perniagaan dan juga premis perniagaan mangsa.
Jika sihir dihantar kepada pemilik perniagaan, anda perlu tahu akan wujudnya dua jenis tanda, iaitu tanda-tanda umum dan juga tanda-tanda khusus. Untuk faham dengan lebih lanjut berkenaan dengan kedua-dua jenis tanda ini, sila klik di sini untuk membaca artikel yang pernah saya tulis tentangnya.
Tanda-tanda jika sihir dihantar kepada pemilik perniagaan ialah:
- sering sakit kepala.
- berasa malas untuk ke tempat perniagaan tanpa sebab.
- kurang semangat untuk menjalankan tugas-tugas berkaitan perniagaan.
- jika sudah berkahwin, sering bergaduh dengan pasangan.
- badan akan tiba-tiba menjadi sakit apabila hendak ke tempat perniagaan atau ketika hendak memulakan perniagaan.
Jika sihir ditujukan kepada premis perniagaan anda pula, biasanya anda akan perasan berlakunya gejala-gejala di bawah:
- pekerja anda saling bertengkar sesama sendiri.
- pekerja anda juga selalu berhenti kerja dan ini akan mengganggu perjalanan bisnes anda.
- pekerja anda sering mengadu terdengar bisikan dan melihat lembaga menakutkan.
- anda atau pekerja sering terjumpa duit syiling dimerata-rata tempat tanpa diketahui sumbernya.
- dan yang paling ketara ialah pelanggan selalu memberitahu kepada anda bahawa kedai anda selalu nampak seakan-akan ditutup padahal kedai anda buka seperti biasa.
Kaedah Mencegah Dan Merawat Sihir Perniagaan
Di sini saya kongsikan dengan anda empat cara yang paling mudah dan asas yang saya yakin anda mampu amalkan.
1) Cegah dan ubatilah dengan solat lima waktu. Ini paling penting. Pastikan anda dan juga pekerja-pekerja anda sentiasa menjaga solat. Jika anda mengabaikan solat, maka Allah akan mengabaikan anda. Jangan anda solat mengikut musim dan ketika. Ketika anda senang dan perniagaan anda maju, anda abaikan solat, anda melewat-lewatkan solat. Tapi ketika anda susah, barulah anda mula menunaikan solat dan dijaga waktunya.
Apabila anda menjaga solat, yakinlah Allah akan membantu anda apabila anda memohon bantuan-Nya. Ini kerana Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:
“Dan mintalah oleh kamu akan pertolongan (kepada Allah) melalui jalan solat dan sabar. Sesungguhnya Allah bersama-sama dengan orang-orang yang sabar”
2) Bersedekahlah. Ini kerana mereka yang rajin bersedekah inshaaAllah akan dilindungi dan dijauhkan oleh Allah dari segala kejahatan jin dan manusia.
3) Setiap kali selepas solat 5 waktu, amalkan zikir-zikir di bawah:
- Al-fatihah 1x
- 3 Qul 1x
- Ayat kursi 1x
- Ayat 2 dan 3 Surah at-Talaq (ayat seribu dinar) 1x
- Baca zikir “La ilaha illah wahdahu la syarikalah, lahul mulku walahul hamdu yuhyi wa yumit wahuwa ‘ala kulli syai’in Qodir ” sebanyak 20x
4) Sentiasa memasang bacaan al-Quran terutamanya Surah al-Baqarah atau pun ayat-ayat ruqyah. Dari pengalaman saya, sentiasa memasang bacaan ruqyah samada di rumah atau tempat perniagaan, sangat memberikan kesan kepada jin sihir.
Anda Dapat Sesuatu?
Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.
Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.
Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?
Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!