Tingkatkan Iman, InshaaAllah Sembuhlahlah Sihir

Anggaran Masa Bacaan: 7 minit

Dikemaskini pada 04/10/2018 oleh Ustaz Abdullah

AMARAN! 90% PESAKIT GANGGUAN JIN AKAN MENGALAMI GEJALA SUSAH TIDUR MALAM? Dapatkan EBOOK PERCUMA Dari Saya Dan Belajar Bagaimana Cara Untuk Mengenalpasti & Kaedah Merawatnya! Klik di sini untuk maklumat lanjut.


Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita masih lagi dipanjangkan usia dan diberikan kesihatan yang baik untuk merebut ganjaran yang disediakan oleh Allah di dalam bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini khususnya.

Sesuai dengan tajuk artikel yang akan saya kongsikan dengan anda kali ini, iaitu berkaitan dengan iman, bulan Ramadhan ini adalah merupakan bulan terbaik untuk kita jadikan langkah permulaan kita memperbaiki dan meningkatkan iman.

Ini kerana, tanpa adanya iman dan taqwa, manusia tidak akan dapat menjalani kehidupan berlandaskan redha dan petunjuk Allah. Untuk itu, iman dan taqwa mampu menyelamatkan kita bukan hanya didunia, lebih-lebih lagi diakhirat. Oleh kerana itu, iman adalah asas yang paling utama dalam kehidupan manusia.

Apakah Iman?

orang beriman sentiasa mengerjakan solat

Soalan yang mudah, tetapi masih ramai yang ragu apakah itu iman? Sebelum saya menulis lebih jauh, adalah lebih baik kita sama-sama memahami dahulu apakah itu iman?

Dari segi bahasa, perkataan iman diambil dari kata kerja ‘Aamana’, yang bermaksud percaya (yukminu) atau membenarkan. Manakala dari segi pengertian secara harfiah dalam Islam, iman bermaksud percaya kepada Allah. Dengan itu orang yang beriman adalah ditakrifkan sebagai orang yang percaya (mukmin).

Perkataan iman yang beerti membenarkan itu disebutkan di dalam Al-Quran, diantaranya di dalam Surah At-Taubah ayat 61 yang bermaksud:

“Dan diantara mereka (yang munafik itu) ada orang-orang yang menyakiti Nabi sambil berkata  “Bahawa dia (Nabi Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya)”. Katakanlah: “Dia mendengar (dan percaya) apa yang baik bagi kamu, ia beriman kepada Allah dan percaya kepada orang mukmin, dan ia pula menjadi rahmat bagi orang-orang yang beriman di antara kamu”. Dan orang-orang yang menyakiti Rasulullah itu, bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya.”

Dalam Islam, hanya sekadar mempercayai (yukminu) adalah masih belum memadai sebagai beriman jika masih tidak beramal dan berpegang dengan I’tiqad. Seperti yang tertulis dalam Surah Al-Hujurat ayat 14 yang bermaksud:

“Orang-orang ” A’raab” berkata: ” Kami telah beriman”. Katakanlah (wahai Muhammad): “Kamu belum beriman, (janganlah berkata demikian), tetapi sementara iman belum lagi meresap masuk ke dalam hati kamu berkatalah sahaja: ‘kami telah Islam ‘. Dan (ingatlah), jika kamu taat kepada Allah RasulNya (zahir dan batin), Allah tidak akan mengurangkan sedikitpun dari pahala amal-amal kamu, kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”

Takrif Iman menurut istilah syariat Islam ialah seperti diucapkan oleh oleh Saidina Ali bin Abi Talib r.a. yang bermaksud: “Iman itu ucapan dengan lidah dan kepercayaan yang benar dengan hati dan perbuatan dengan anggota.”

Aisyah r.a. pula berkata: “Iman kepada Allah itu mengakui dengan lisan dan membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.”

Imam al-Ghazali menghuraikan makna Iman adalah: “Pengakuan dengan lidah (lisan) membenarkan pengakuan itu dengan hati dan mengamalkannya dengan rukun-rukun (anggota-anggota).”

Iman pada maknawi sebenar ialah membenarkan dengan hati, menyatakan dengan lisan, dan melakukan dengan anggota badan. Ringkasnya orang yang beriman ialah orang yang percaya, mengaku dan beramal. Tanpa tiga syarat ini, seseorang itu belumlah dikatakan beriman yang sempurna. Ketiadaan satu sahaja dari yang tiga itu, sudah lainlah nama yang Islam berikan pada seseorang itu, iaitu fasik, munafik atau kafir.

Berusahalah Meningkatkan Imanmu

Kesilapan yang sering saya perhatikan yang berlaku kepada pesakit-pesakit saya secara mereka tidak sedar ialah, mereka terlalu memberikan fokus kepada akibat dari sihir yang dilakukan ke atas mereka. Akibatnya mereka telah melupakan tentang kepentingan iman yang berada di dalam diri mereka.

Sedangkan, apabila mereka memperbaiki iman dan taqwa, secara tidak langsung mereka telah mendekatkan diri kepada Allah. Dan bukankah sihir itu berlaku hanyalah dengan keizinan dan kehendak Allah semata-mata. Dan Dialah juga yang berkuasa untuk menyembuhkan sihir tersebut.

Jadi, isi utama dari penulisan artikel saya kali ini ialah saya ingin berkongsikan dengan anda 10 cara bagaimana anda boleh meningkatkan iman dan taqwa kepada Allah s.w.t. Sekaligus menjadi penawar kepada sihir yang anda alami. Mudah-mudahan perkongsian ini bermanfaat.

1) Memperbaiki solat

Untuk menjadikan iman dan taqwa anda boleh ditingkatkan, salah satu cara (dan terpenting) ialah dengan memperbaiki solat anda. Tetapi solat sahaja tidak cukup. Apa yang diperlukan ialah solat yang khusyuk dan berkualiti. Ini sudah tentunya memerlukan usaha yang tidak mudah. Itulah solat yang mencerminkan keimana dan ketaqwaan.

2) Mentadabbur Al-Quran

Dari mana anda boleh meyakini dan memiliki keimanan serta ketaqwaan kepada Allah? Sudah tentulah dari sumbernya iaitu Al-Quran. Ini kerana hanya Al-Quran sahajalah yang dapat memberikan petunjuk kepada kita. Untuk itu, dalam usaha anda untuk meningkatkan iman, membaca Al-Quran adalah cara yang tepat.

Tetapi membaca Al-Quran bukan bererti sekadar membaca teksnya sahaja. Lebih dari itu, anda perlulah mentadabbur isinya. Dengan itu barulah Al-Quran akan berfungsi dengan sepatutnya iaitu menjadi petunjuk kepada jalan yang diredhai Allah. Ketahui bagaimana cara mentadabbur Al-Quran melalui artikel ini.

3) Berkumpul Dengan Orang-Orang Yang Soleh

Salah satu cara meningkatkan iman dan taqwa ialah dengan selalu duduk dan berdampingan dengan orang yang soleh. Ini kerana orang soleh mereka selalu berusaha untuk memupuk iman di dalam jiwa mereka, dan apabila kita selalu berdampingan dengan mereka, secara tidak langsung kita juga akan lebih termotivasi dan bersemangat untuk melaksanakan segala perintah Allah.

Manusia adalah makhluk sosial, memerlukan teman dan pendamping agar hidupnya lebih ceria. Oleh kerana itu, carilah teman dan pendamping dikalangan orang-orang yang soleh. Selalulah berinteraksi dengan mereka dan selalu mengingatkan kepada mereka agar sentiasa membantu anda untuk tetap dalam keimanan kepada Allah s.w.t.

4) Membaca Buku-Buku Bertopikkan Islam

Salah satu sumber untuk meningkatkan keimana ialah dengan ilmu. Diantara manfaat yang diperolehi dari ilmu ialah ia mampu menjadikan iman dan taqwa kita semakin bertambah. Oleh itu, sentiasalah membaca buku-buku yang berbentuk Islamik yang diwariskan oleh ulama atau orang yang berilmu secara benar.

Antara buku-buku Islamik yang dapat meningkatkan tahap keimanan kita ialah buku tentang ilmu tauhid, ilmu tasawwuf, ilmu berkaitan dengan sirah para Nabi dan sahabat, dan sebagainya.

5) Mendalami Ilmu Pengetahuan

Allah s.w.t telah berfirman di dalam Surah Al-Hajj ayat 8 yang bermaksud:

“Dan diantara manusia ada orang-orang yang membantah dalam perkara-perkara yang berhubung dengan Allah dengan tidak berdasarkan sebarang pengetahuan, dan tidak berdasarkan sebarang keterangan dan tidak juga berdasarkan mana-mana kitab Allah yang menerangi kebenaran”

Ilmu di dunia ini semuanya adalah milik Allah. Yang benar itu adalah milik Allah, hanya manusia saja kadang-kadang tidak menangkapnya secara saksama dalam kehidupan sehari-hari. Membaca ilmu pengetahuan dan mempelajarinya akan membuat kita semakin tunduk dan takjub, karena ilmu manusia tidak ada apa-apa jika dibandingkan dengan ilmu yang Allah miliki. Ilmu manusia hanya setitis dari luasnya lautan.

6) Mentadabburi Alam Semesta

Alam semesta dan seluruh isinya adalah milik Allah SWT. Untuk itu, mentadaburi alam semesta juga salah satu cara yang mampu untuk meningkatkan iman dan taqwa. Aktiviti ini membuat kita semakin yakin dan takjub akan segala ciptaan Allah SWT. Dengan mempelajari kebesaran Allah dan segala isinya, maka keyakinan dan ketaqwaan kita kepada Allah juga akan semakin meningkat.

Hal ini juga disampaikan Allah dalam QS Fushilat ayat 37 yang bermaksud:

“Dan di antara tanda-tanda kekuasaanNya ialah malam dan siang, serta matahari dan bulan. Janganlah kamu sujud kepada matahari dan janganlah pula sujud kepada bulan dan sebaliknya hendaklah kamu sujud kepada Allah yang menciptakannya, kalau betulah kamu hanya beribadat kepada Allah”

7) Membandingkan Dengan Ajaran Lain

Salah satu metode yang boleh digunakan untuk menambah keimanan dan ketaqwaan kita adalah dengan cara membandingkan ajaran islam dengan ajaran lain tentu dengan metode dan ilmu yang benar. Dengan begitu kita akan mendapati bahwa islam yang Allah turunkan adalah bentuk yang paling baik dan sempurna dibandingkan dengan ajaran lainnya. Dengan perbandingan maka akan terlihat yang unggul, maka kita akan bisa menamabah keyakinan kita dan kebanggan kita dalam berislam. Jika anda tidak mampu melakukannya, satu tip mudah dari saya, anda boleh menonton video-video tentang perbandingan agam.

Ini selalu saya lakukan. Yang paling saya minat untuk menonton ialah video diantara Dr Zakir Naik dan juga Sheikh Ahmad Deedat. Melalui video-video ini, anda boleh jadikannya sebagai rujukan untuk anda melakukan kajian anda sendiri. InshaaAllah anda akan dapat melihat hasilnya.

8) Menjalankan Perintah Allah Secara Konsisten

Menjalankan perintah Allah tentu akan memiliki kesannya. Untuk itu, merasakan manfaat dan kebermaknaan dari perintah Allah hanya akan didapatkan ketika kita benar-benar menjalankannya. Contohnya, ibadah puasa sebagai bentuk pelatihan diri. Kita tidak akan boleh merasakan manfaat puasa terhadap kesihatan jika tidak melaksanakan amalan ibadah puasa itu sendiri.

Semakin tinggi dan sering kita melaksanakan perintah Allah maka akan semakin tinggi pula kita merasakan kebermaknaan akan nilai-nilai islam dan kebermanfaatannya bagi diri kita, seterusnya akan meningkatlah iman di dalam hati kita.

9) Mencari Informasi Tentang Manfaat Dan Kesan Dari Perlaksaan Syariat Islam

Cara Meningkatkan Iman dan Taqwa juga boleh didapati jika kita mau mencari informasi. Semakin kita mengetahui apa manfaat atau kesan yang boleh kita ambil dari sebuah perintah, maka kita akan semakin bersyukur dan merasakan bahagia kerana apa yang diperintahkan untuk dijalankan oleh Allah SWT adalah sesuatu yang menyelamatkan dan membahagiakan. Untuk itu, kita harus dapat mencari dan menggali informasi mengenai sebuah perintah agar keimanan dan ketaqwaan semakin bertambah.

10) Menghadiri Majlis-Majlis Ilmu

Selalu melazimkan diri untuk menghadiri majlis ilmu adalah cara yang sangat digalakkan agar keimanan dan ketaqwaan kita dapat ditingkatkan. Majlis ilmu tentu akan memberikan kita banyak hikmah dan juga pencerahan. Bagaimanapun, ilmu selalu kita perlukan dan membuat diri kita semakin baik setiap saat. Hadirilah majlis ilmu, yang membahas ilmu islam, ilmu pengetahuan yang bermanfaat, agar kebesaran Allah semakin hadir dalam diri kita.

Kesimpulan

Sebenarnya ada banyak lagi cara-cara yang dapat anda lakukan sebagai satu usaha untuk meningkatkan tahap keimanan dan ketaqwaan. Ingatlah bahawa segala bentuk gangguan jin, samada sihir dan sebagainya adalah berlaku dengan izin Allah semata-mata. Dan cara penyembuhannya juga mestilah kita harus mengharapkan dari yang Maha Menyembuhkan, iaitu Allah s.w.t. Maka dengan meningkatkan ketaqwaan di dalam diri akan menjadikan kita mulia di sisi Allah dan mencapai keredhaannya.

Maka, apabila tercapainya keredhaan Allah di dalam kehidupan kita, sudah pastilah Allah tidak akan membiarkan begitu sahaja hamba-hamba yang diredhai-Nya terus-menerus menderita akibat kejahatan yang dilakukan oleh makhluk-Nya. Semoga kita sama-sama dapat beramal dan seterusnya meningkatkan lagi tahap keimanan dan ketaqwaan di dalam diri kita, inshaaAllah.

Sumber:

tanda sihir

Anda Dapat Sesuatu?

Jika ya, jangan lupa untuk kongsikan artikel yang anda baca ini dengan rakan-rakan anda yang lain. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Follow saya di sosial media:
Tingkatkan Iman, InshaaAllah Sembuhlahlah Sihir
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!