Adakah Melilit Benang Hitam Pada Kanak-Kanak Amalan Syirik?

benanghitamAntara amalan yang telah menjadi kebiasaan dalam masyarakat Islam kita, ialah suka melilit benang, atau tangkal, biasanya berwarna hitam pada tangan anak-anak. Amalan ini biasanya diberikan oleh bomoh dan dilakukan jika anak tersebut menangis tak henti-henti. Kononnya nak bagi berhenti menangis. Ini biasa sangat saya lihat di pusat rawatan.

Bila ditanya kenapa pakaikan benang itu, kata mereka saja-saja pakaikan. Dari segi akal pun tak boleh terima alasan yang diberikan. Biasanya, sebelum saya mulakan rawatan, saya akan minta ibubapa supaya buka benang tersebut.

Persoalannya, adakah amalan seperti ini diharuskan atau dibolehkan oleh syarak?

Sebenarnya amalan yang saya sebutkan di atas sememangnya bertentangan dengan ajaran Islam. Banyak hadis Rasulullah s.a.w yang melarang perbuatan memakai benang atau tangkal ini. Antaranya hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad daripada ‘Uqbah ibn ‘Amir al-Juhani:

Continue reading “Adakah Melilit Benang Hitam Pada Kanak-Kanak Amalan Syirik?”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!
%d bloggers like this: