Apakah Enam Ayat Syifa?


ayat-syifa
al-Quran adalah penyembuh kepada segala penyakit manusia.

Bagi orang-orang beriman, al-Quran bukan sahaja menjadi petunjuk dan pemutus hukum dalam kehidupan, tetapi lebih dari itu, al-Quran juga berfungsi sebagai ayat syifa, atau ayat penyembuh dari sebarang penyakit. Samada penyakit jasmani mahupun rohani.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan dengan anda enam ayat syifa yang boleh anda gunakan untuk merawat sebarang jenis penyakit yang dialami. Tapi sebelum itu, ada perkara paling penting yang perlu anda ingat, faham dan yakin betul-betul.

Perkara yang paling penting itu ialah anda perlu niat dan yakinkan di dalam hati bahawa yang menyembuhkan segala penyakit anda ialah Allah semata-mata, tiada yang lain. Ayat syifa yang anda amalkan hanyalah sebagai ikhtiar semata-mata dan tidak mampu memberikan kesan jika tidak diizinkan Allah.

Ok, enam ayat syifa tersebut ialah:

1) Surah at-Taubah ayat 14:

وَيَشۡفِ صُدُورَ قَوۡمٍ۬ مُّؤۡمِنِينَ

“…dan Dia akan memuaskan hati orang-orang yang beriman”

2) Surah Yunus ayat 57:

وَشِفَآءٌ۬ لِّمَا فِى ٱلصُّدُورِ

“…dan yang menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada di dalam dada kamu”

3) Surah an-Nahl ayat 69:

يَخۡرُجُ مِنۢ بُطُونِهَا شَرَابٌ۬ مُّخۡتَلِفٌ أَلۡوَٲنُهُ ۥ فِيهِ شِفَآءٌ۬ لِّلنَّاسِ‌ۗ

“…(Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit)”

4) Surah al-Isra ayat 82:

وَنُنَزِّلُ مِنَ ٱلۡقُرۡءَانِ مَا هُوَ شِفَآءٌ۬ وَرَحۡمَةٌ۬ لِّلۡمُؤۡمِنِينَ‌ۙ

“Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya…”

5) Surah asy-Syu’ara ayat 80:

وَإِذَا مَرِضۡتُ فَهُوَ يَشۡفِينِ

“Dan apabila aku sakit, maka Dialah yang menyembuhkan penyakitku”

6) Surah Fussilat ayat 44:

قُلۡ هُوَ لِلَّذِينَ ءَامَنُواْ هُدً۬ى وَشِفَآءٌ۬‌ۖ

“…Katakanlah (wahai Muhammad): Al-Quran itu, menjadi (cahaya) petunjuk serta penawar bagi orang-orang yang beriman…”

Perhatikan keenam-enam ayat di atas, semuanya ada perkataan “syifa” (berwarna merah) yang menjadi isyarat bahawa ayat-ayat tersebut boleh diamalkan dan akan menjadi ayat-ayat syifa (penyembuh) dengan izin Allah dari sebarang penyakit.

Bagaimana Menggunakan Ayat Ini?

Menurut Imam al-Qusyairi, beliau menulis ayat-ayat syifa di atas satu kertas, kemudian menghapuskannya dengan air dan kemudian diminum air tersebut.

Anda boleh gunakan cara di atas untuk dibuat minum dan juga mandi, Mudah-mudahan dengan keyakinan kita pada Allah dan keberkatan al-Quran, Allah memberikan kesembuhan pada kita dengan sebab mengamalkan ayat-ayat syifa di atas.

Wallahu ‘Alam.

(Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Abdullah bin Idris. Jika berminat dengan artikel di atas, anda boleh mengikuti penulisan artikel terbaru beliau melalui facebook, google+ ataupun melalui emel. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

1 Comment on "Apakah Enam Ayat Syifa?"


Ada pertanyaan?