Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bagaimana Kaedah Menghancurkan Buhul Sihir?

Dikemaskini pada 08/03/2021 oleh Ustaz Abdullah

Assalamualaikum pembaca yang dihormati,

Di dalam artikel saya yang sebelum-sebelum ini, saya dah pernah kongsikan dengan anda tentang buhul. Bagi anda yang baru menjumpai blog saya, artikel yang boleh anda baca berkaitan dengan buhul ialah:

  1. Cara Untuk Memutuskan Buhul Sihir
  2. Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Buhul?

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan lagi dengan anda perihal buhul ini. Mudah-mudahan makin bertambah ilmu kita, dapatlah kita beramal dengan ilmu tersebut.

Kerana sihir adalah suatu bentuk kezaliman yang boleh berlaku kepada kita pada bila-bila masa tanpa sebarang amaran. Jadi, mudah-mudahan dengan sedikit ilmu yang kita ada, dan kita amalkan, Allah akan pelihara kita dari sihir.

Dalam artikel kali ini saya ingin kongsikan pula dengan anda tentang bagaimana untuk menghancurkan buhul. Sebelum itu, apakah yang dikatakan dengan buhul itu?

Apakah Buhul?

Buhul adalah benang halus/ tali penghubung/ ikatan yang berbentuk ghaib (tidak dapat dilihat) dengan mata kasar. Ianya berfungsi sebagai penghubung diantara barang sihir (contohnya tangkal, azimat, patung, gambar) dan juga mangsa yang hendak disihir.

Barang-barang sihir yang saya sebutkan di atas akan dijadikan sebagai pusat yang akan digunakan untuk menyakiti mangsa. Setelah itu, tukang sihir akan membacakan mentera atau jampi pada barang sihir dan kemudian tentera jin akan menghantar jin untuk masuk ke dalam tubuh badan mangsa dan menanam buhul pada bahagian-bahagian tertentu.

Ianya bergantung kepada apa yang ingin dilakukan oleh tukang sihir ke atas diri mangsa. Jika tukang sihir mahu menyakitkan seluruh tubuh, maka jin akan menanam buhul tadi dibahagian ubun-ubun simangsa.

Apabila telah ditanam buhul tadi, bolehlah dianggap bahawa tukang sihir telah mengusai tubuh badan mangsa. Kerana tukang sihir sudah boleh melakukan apa sahaja ke atas tubuh badan mangsa.

Jadi, dari penjelasan di atas dapatlah kita faham mengapa mereka yang melakukan sihir ini sama seperti mereka yang melakukan kekufuran kepada Allah. Selain menzalimi seseorang, tukang sihir juga telah mengambil jin sebagai sahabat-sahabat untuk menjalankan sihir.

Apa yang perlu difahami di sini ialah jin tidaklah sekali-kali akan melakukan segala suruhan manusia melainkan jika manusia itu juga sanggup menunaikan permintaannya.

Di sinilah jin akan mengumpan manusia itu untuk kufur kepada Allah apabila mereka sanggup melakukan sesuatu yang mensyirikkan Allah. Anda boleh baca artikel saya bertajuk “6 Cara Tukang Sihir Menghadirkan Jin” di mana di dalam artikel tersebut saya kongsikan bagaimana tukang sihir lakukan untuk memanggil jin.

Anda akan nampak betapa syirik dan kufurnya apa yang dilakukan oleh tukang sihir.

Cara Menghancurkan Buhul

Sebelum saya kongsikan dengan anda caranya, anda perlu betul-betul faham di sini bahawa apa yang akan dikongsikan hanyalah sebagai usaha kita semata-mata. Dan ianya tidak akan memberikan kesan melainkan dengan izin Allah juga.

Jadi, apabila anda mula melakukan kaedah ini, sentiasalah dekatkan diri kepada Allah, berdoalah kepada Allah agar Dia mempermudahkan segala kerja kita dan memakbulkan permintaan kita dengan mengilhamkan kepada kita di manakah letaknya buhul-buhul sihir ini. Allah jualah Yang Maha Mengetahui sesuatu yang ghaib.

Walaupun saya akan kongsikan dengan anda ayat-ayat khusus yang akan digunakan untuk tujuan menghancurkan buhul sihir, perlulah diketahui di sini bahawa anda boleh sahaja menggunakan mana-mana surah, mana-mana ayat al-Quran. Kerana seluruh Al-Quran itu sebenarnya adalah syifa, yakni penawar yang Allah turunkan kepada kita.

Perlu anda tahu bahawa ada 3 jenis buhul iaitu:

  1. Buhul jenis nyata iaitu boleh dilihat dan dipegang seperti patung atau kain dan sebagainya.
  2. Buhul jenis yang diketahui tetapi tidak boleh dipegang seperti seperti titisan minyak, tanah kubur dan sebagainya.
  3. Buhul jenis ghaib

1) Buhul jenis nyata: Untuk buhul jenis ini anda boleh membaca ayat kursi, Surah Al a’raf 117-122, Surah Yunus ayat 81-82, Surah Toha ayat 69, Surah Alhasyr ayat 21 dan juga 3 Qul (sebaiknya diulang beberapa kali) pada buhul, diludah sedikit lalu dimusnahkan.

2) Buhul jenis yang diketahui tetapi tidak boleh dipegang: Untuk buhul jenis ini pula, ruqyahkan terlebih dahulu kawasan tersebut (niat sekali meruqyah air yg dah disediakan) , lalu disimbah dengan banyak pada tempat tersebut.

3) Buhul jenis ghaib: Untuk buhul jenis ini biasanya ia dikesan dengan teknik istilham atau kesedaran pesakit sendiri. Sekiranya anda telah mengetahui di mana letaknya barang sihir, pagar dulu kawasan tersebut dengan membacakan surah Yasin ayat 9 agar barang sihir tidak dapat dialihkan. Setelah itu, lakukan cara yang sama seperti buhul jenis yang kedua.

Mungkin ada yang tertanya-tanya bagaimana untuk melakukan teknik istilham? Teknik ini sebenarnya lebih kepada cara untuk kita memohon petunjuk kepada Allah supaya mengilhamkan kepada kita di mana letaknya barang sihir itu.

Inilah juga yang dilakukan oleh Nabi s.a.w apabila Baginda merasakan sesuatu yang tidak kena pada dirinya. Setelah bermunajat dan berdoa dengan bersungguh-sungguh kepada Allah, maka Allah mengutuskan dua Malaikat untuk mengkhabarkan bahawa Nabi telah disihir, siapa yang menyihir Nabi,apa barang sihir yang digunakan dan di mana diletakkan barang sihir tersebut.

Maka, sebaik-baik petunjuk adalah petunjuk Rasulullah s.a.w. Anda boleh baca artikel saya tentang tip mencari barang sihir untuk mengetahui kaifiyat melakukan kaedah istilham ini.

Semoga dengan sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada anda yang membacanya. Saya harap anda dapat amalkan ilmu ini supaya ianya dapat pula menjadi saham saya diakhirat nanti.

Dan saya juga mengharapkan agar anda juga memanjangkan lagi ilmu yang bermanfaat ini kepada rakan-rakan anda pula supaya anda juga akan mendapat saham diakhirat nanti, inshaaAllah.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

AMARAN! 6 daripada 10 pesakit sihir akan dihantar sihir berulang-ulang kali dan ketahui bagaimana anda boleh elakkannya. Klik di sini untuk mengetahui rahsianya.

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Kaedah Menghancurkan Buhul Sihir?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!