Jangan Berubat Jika Perawat Lakukan 9 Perkara Ini (Bahagian 2)

perawat-islam
Lioness Displays Dangerous Teeth In Rain - Kruger National Park

Jika anda merupakan pelawat kali pertama ke blog ini, saya sangat menggalakkan supaya anda baca tulisan awal artikel ini di sini.

Baiklah, dalam artikel yang lepas, saya sempat kongsikan tiga perkara yang jika ada perawat Islam lakukan perkara tersebut, nasihat saya tinggalkanlah mereka dan jangan sekali-kali gunakan khidmat mereka.

Jadi dalam artikel kali ini, inshaaAllah saya akan cuba habiskan apakah sembilan perkara tersebut. Sambung yang keempat.

4) Ilmu perubatan Islam adalah satu cabang ilmu yang perlu dipelajari secara bertalaqqi. Bertalaqqi ini apa dia? Untuk mudah faham, bertalaqqi ini ialah kita mempelajari sesuatu bidang ilmu secara berhadapan dengan guru kita. Kita baca dan dia dengar. Jika ada kesalahan guru akan membetulkan kesalahan tersebut.

Pentingkah belajar ilmu secara bertalaqqi ini? Untuk menunjukkan betapa pentingnya, kita lihat sendiri sirah Rasulullah s.a.w. Bagaimana Rasulullah mempelajari al-Quran? Ya, Rasulullah sendiri berguru dengan Malaikat Jibril a.s.

Kenapa Rasulullah perlu susah payah berguru dengan Malaikat Jibril? Apakah Allah tidak berkuasa untuk menjadikan Rasulullah dengan mudah boleh membaca al-Quran? Sudah tentu Allah berkuasa untuk melakukannya. Banyak sebabnya. Tapi apa yang boleh kita faham di sini ialah agama nak ingatkan pada kita betapa pentingnya menuntut ilmu secara bertalaqqi ini.

Begitu jugalah dengan ilmu perubatan Islam ini. Sebelum seseorang itu boleh digelar sebagai perawat Islam, dia perlulah mendalami ilmu tersebut secara bertalaqqi dengan guru yang benar dan diyakini bahawa ilmunya betul.

Jadi jika anda pergi mendapatkan rawatan dari mana-mana perawat, tanyalah siapa guru mereka. Dengan siapa mereka belajar ilmu perubatan Islam. Tambahan pula kalau kaedah rawatan yang mereka gunakan termasuk dalam kaedah yang meragukan, apatahlagi jika ada benda-benda yang khurafat, contohnya menjampi dengan tanpa membaca ayat-ayat suci al-Quran dengan jelas.

Jika mereka menjawab seperti jawapan di bawah ini, jangan fikir panjang lagi, angkat kaki dan tinggalkan mereka.

  • Perawat tersebut mendakwa mendapat ilmu perubatan tersebut melalui mimpi. Tak kiralah yang datang dalam mimpi itu Syeikh mana sekalipun. Ini semua merepek dan tidak ada asas langsung dalam agama. Ingatlah bahawa hanya mimpi seorang Rasul sahaja yang benar kerana ianya adalah salah satu cara penerimaan wahyu.
  • Perawat mendakwa yang dia mendapat ilmu perubatan selepas sembuh dari penyakit yang teruk.
  • Perawat mengaku tidak berguru dalam mempelajari ilmu perubatan Islam. Tiba-tiba sahaja boleh merawat bila bangun dari tidur. Mungkin Allah nak beri kelebihan kepada perawat Islam tersebut.
  • Perawat mendakwa lagi bahawa beliau mendapat ilmu perubatan di Mekah tanpa berguru dan setiap kali beliau pergi ke Mekah ilmunya akan bertambah.

Ini antara jawapan-jawapan mengarut yang diberikan oleh sesetengah perawat jika kita bertanya bagaimana mereka mempelajari ilmu perubatan Islam. Ingat, mereka ini pun pandai. Jika anda menunjukkan reaksi tidak percaya, mereka akan meyakinkan anda dengan macam-macam alasan.

5) Apabila selepas rawatan, ada sesetengah perawat meminta supaya dibuatkan kenduri dan meminta supaya disembelih ayam atau pulut kuning dan ayam golek. Lalu perawat ini pun meminta kepada anda supaya diletakkan makanan tersebut di bawah mana-mana pokok besar.

Lalu perawat pun mengarahkan kepada jin khadamnya untuk pergi ke bawah pokok tersebut dan memberitahu bahawa bahawa akan ada seseorang akan memberikan makan. Cara ini dipanggil sebagai menjamu di mana tujuannya ialah untuk meminta bantuan jin ataupun untuk merasuah jin tersebut supaya tidak lagi terus mengganggu.

Tapi ini cara dulu, golongan-golongan bomoh yang menyamar sebagai perawat Islam ini dah pandai, dah tahu yang masyarakat dah kembali sedar bahawa kaedah rawatan mereka yang syirik itu sudah tidak boleh diterima lagi. Jadi, kaedah rawatan mereka pun perlulah nampak Islamik. Bagaimana?

Caranya ialah pesakit akan diminta untuk membuat kenduri doa selamat di masjid, rumah sendiri atau rumah anak yatim. Apabila disuruh buat begini, ia akan nampak macam tiada masalah dari segi syariat. Tetapi ianya menjadi bermasalah apabila perkara tersebut menjadi syarat dalam rawatan.

Sebenarnya apa yang terjadi ialah perawat tadi menyuruh jin peliharaannya untuk pergi ke masjid, rumah pesakit atau pun rumah anak yatim iaitu tempat di mana kenduri doa selamat itu dilakukan. Biasanya dalam kes begini, perawat menggunakan jin Islam.

Mungkin anda tertanya, jin Islam pun ada yang jahatke? Sebenarnya sama sahaja diantara manusia dan jin. Manusia yang Islam pun bukan semuanya baik, bahkan ada sesetengahnya lebih menonjol sifat jinnya dari jin itu sendiri. Jadi begitulah juga dengan jin. Bukan semua jin Islam itu betul-betul bertaqwa kepada Allah.

Oleh itu berhati-hatilah apabila mendapatkan rawatan dari mana-mana perawat Islam. Perhatikan kaedah rawatannya. Sekiranya perawat ada meletakkan sebarang syarat dalam rawatannya, contohnya selepas rawatan kena putus ubat dengan cara dibawa barang besi, rawatan hanya 3 kali sahaja dan kalau tidak sembuh mesti dibuat kenduri, dan macam-macam lagi. Jika ada syarat begini, sebaiknya cubalah cari perawat yang lain.

6) Ada sesetengah perawat yang minta pesakit membawa kain ketika sesi rawatan. Sekali pandang memang macam tiada masalah. Tetapi ianya akan bermasalah jika barang tersebut menjadi syarat dalam rawatan, dan lebih memelikkan jika warna kain itu pun disyaratkan juga, contohnya mesti kain berwarna kuning, hitam dan sebagainya.

7) Perawat melakukan rawatan menggunakan kaedah pembedahan batin. Kaedah ini memang banyak dilakukan oleh perawat zaman sekarang. Cara pembedahan batin yang popular digunakan ada dua (2) cara:

  1. Perawat melakukan aksi-aksi hanya melalui pergerakan tangan tanpa menyentuh pesakit, sambil dibacakan ayat-ayat al-Quran, selepas itu pesakit mendapat kesembuhan. Kaedah ini agak meragukan dan dibimbangi perawat tersebut menggunakan pertolongan jin dalam rawatannya. Apatahlagi Rasulullah s.a.w sendiri tidak pernah menggunakan kaedah begini. Dan Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengharamkan kaedah perubatan begini. InshaaAllah dalam artikel akan datang, saya akan tulis artikel khusus tentang pembedahan batin ini. Dan harus saya tekankan sekali lagi di sini bahawa Rasulullah sendiri tidak melakukan kaedah rawatan begini, tetapi Baginda sendiri telah dibelah dadanya oleh Malaikat Jibril a.s secara nyata. Ini tidak mustahil kerana Baginda adalah utusan Allah dan arahan pembelahan dada itu adalah atas perintah Allah s.w.t.
  2. Cara yang kedua ini pula ialah perawat melakukan pembedahan dengan menggunakan peralatan yang tajam seperti gunting dan pisau. Pesakit sendiri memang rasa sakit seperti dibedah. Kemudian perawat hanya menampal tempat pembedahan itu dengan solotape sahaja dan dalam beberapa minit pesakit sembuh. Dari segi logiknya, tidak dapat diterima oleh akal yang waras bagaimana pembedahan yang berisiko tinggi boleh dilakukan tanpa teknologi perubatan yang canggih. Bagi orang yang tidak berfikir dengan akal yang waras, tentu mereka akan menyangka bahawa itu adalah kelebihan atau anugerah yang dikurniakan oleh Allah kepada perawat tadi. Tetapi hakikatnya, itulah sebenarnya sihir. Pandangan pesakit telah disihir sehingga mereka melihat sesuatu bukan yang sebenarnya. Iaitu mereka nampak darah, nampak tubuh mereka dibelah dengan gunting dan pisau, tetapi hakikatnya bukanlah begitu.

8) Perawat menggosok tubuh badan pesakit dengan menggunakan telur dan pesakit terus sembuh dari penyakitnya. Ada sesetengah kes, selepas digosok telur, bahan-bahan sihir, bisa atau batu karang dikeluarkan dari tubuh badan pesakit di mana bahan-bahan tersebut muncul di dalam telur yang digosokkan tadi apabila ianya dipecahkan.

Pesakit akan mempercayai bahawa dirinya telah disihir kerana mereka dapat melihat dengan jelas bahan-bahan sihir yang ada di dalam telur tadi. Mereka tidak sedar bahawa pandangan mereka sebenarnya telah disihir sehingga mereka melihat sesuatu yang tidak ada.

9) Perawat melakukan proses rebranding, iaitu penjenamaan semula. Ini kerana sekarang dah banyak siaran-siaran agama di tv, internet, majalah dan sebagainya yang menerangkan kepada masyarakat tentang bahayanya menggunakan kaedah rawatan yang bertentangan dengan peraturan Islam.

Bila masyarakat dah sedar, susahlah golongan ini nak mencari makan. Jadi sekarang mereka tidak lagi mengatakan yang mereka menggunakan bantuan jin, tetapi menggunakan pertolongan Malaikat. Bagi mereka-mereka yang mudah terperdaya, pasti akan merasa kagum.

Yelah, hebatnya perawat begini sehingga Malaikat pun sanggup menolong mereka. Mungkin anda rasa tak mungkin mudah orang nak percaya. Tapi yakinlah, pasti ada yang terpengaruh. Saya bagi contoh. Ada pesakit-pesakit yang datang mendapatkan rawatan dari saya yang mengaku mereka pernah mendapatkan rawatan dengan bayaran sehingga mencecah ribuan ringgit untuk membuang saka. Persoalannya mengapa mereka sanggup keluarkan wang begitu banyak?

Mengapa mereka sanggup menghanguskan wang mereka dengan bayaran sebegitu tinggi? Sebab mereka terpedaya dan terpengaruh dengan kata-kata perawat bahawa dia ada kelebihan dan boleh menyembuhkan penyakit.

Ingatlah, janganlah kita terlalu mengagungkan perawat kerana mereka juga hanya manusia biasa. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa. Kesembuhan hanyalah milik Allah.

Sebelum saya mengakhirkan tulisan saya, ada beberapa pesanan dari saya untuk anda. Cuba lihat maksud ayat di bawah:

“Dan sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat” (Surah al-Jin ayat 6)

1) Dalam ayat di atas jelas Allah nyatakan bahawa mereka yang meminta pertolongan dari jin adalah perbuatan yang salah kerana kesannya sangat memudharatkan. Ayat di atas umum, semua jin. Tidak dikhususkan hanya jin bukan Islam sahaja.

Jadi, jika ada perawat Islam yang mengatakan bahawa dia menggunakan bantuan jin Islam, rawatan begitu pun mestilah kita jauhi. Kerana Allah melarang kita menggunakan bantuan dari golongan jin, tidak kiralah jin Islam apatahlagi kalau jin kafir.

2) Jika anda mendapatkan rawatan dari perawat yang bukan betul-betul menggunakan kaedah yang dibenarkan syarak, saya bimbang perawat tersebut menggunakan khidmat jin dan akhirnya jin perawat tersebut akan memburukkan masalah anda yang sedia ada itu.

Kesimpulannya, jika anda mengalami gangguan jin, pastikan anda mendapatkan rawatan dari perawat Islam yang sebenar. Pastikan mereka tidak melakukan perkara-perkara yang saya sebutkan di atas.

ADA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon bantuan agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain. Klik ikon media sosial yang ada di sebelah kiri anda.

(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1) 8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

 

 

 

13 Comments on "Jangan Berubat Jika Perawat Lakukan 9 Perkara Ini (Bahagian 2)"


  1. Assalamualaikum ustaz ..mcm mn semasa sessi rawatan yg menggunakan telor. .telor tsbt pecah sendiri dan keluarkan darah.

    Reply

    1. Waalaikumussalam, tengoklah dia minta pulut kuning tu untuk apa. Kalau dia minta untuk dia nak makan, itu takpe 🙂

      Reply

  2. Saya mempunyai masalah saka dalam family. Dan semakin teruk setelah disihir org. Dah banyak kali cuba buang saka dan sihir. Belum ada hasilnya di samping berdia kpd Allah.

    Reply

    1. Boleh saya tahu tanda-tandanya? Komfemkah itu saka? Sebab saya ada pengalaman merawat saka, inshaaAllah boleh agak betulkah saka.

      Reply

    1. Sama-sama tuan Wan Zawawi.Ada apa-apa masalah emel atau whatsapp je saya ye 🙂

      Reply

      1. Nice sharing here.. kebanyakkan merepek saja
        Perubatan2 islam skrg.. lebih baik berubatlah
        Sendiri dengan perbanykkan mengaji dan berdoa

        Reply

        1. Nurmisan,

          Merawat sendiri masalah gangguan boleh dan digalakkan,tapi ada sesetengah keadaan memerlukan perawat yang merawat. Sebagai contoh dalam keadaan pesakit tu dah histeria,tak sedar pe. Dalam keadaan macam ni mustahil pesakit tu boleh rawat diri dia sendiri.

          Reply

Ada pertanyaan?