Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Bagaimana Mendinding Diri Dengan al-Muawwizatain?

Dikemaskini pada 09/12/2019 oleh Ustaz Abdullah

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan cara melakukan amalan pendinding diri yang sangat mudah dengan amalan Al-muawwizatain.

Mungkin ada yang masih tidak tahu apa itu Al-Muawwizatain. Ianya adalah Surah Al-falaq dan Surah an-Nas. Ianya dikenali dengan al-Muawwizatain kerana di dalam kedua-dua surah ini mengandungi permohonan perlindungan kepada Allah.

‘Al-Mu’awwizatain’ mempunyai kedudukan yang tinggi dibandingkan antara surah-surah yang lain.


Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda:

أُنْزِلَ أَوْ أُنْزِلَتْ عَلَيَّ آيَاتٌ لَمْ يُرَ مِثْلُهُنَّ قَطُّ الْمُعَوِّذَتَيْنِ

“Telah diturunkan kepadaku ayat-ayat yang tidak setanding sepertinya iaitu Al-Mu’awwizatain (surat al falaq dan surat an nas.” (HR Muslim, At Tirmidzi, An Naasa’i)

.“Setelah turunnya dua surah ini, Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam melengkapkan kedua-duanya sebagai bacaan (wirid) untuk membentengi dari pandangan buruk jin maupun manusia.” (HR. At Tirmidzi, dari shahabat Abu Sa’id radhiallahu ‘anhu).

Jadi bagaimana cara amalkan kedua-dua surah ini sebagai ikhtiar pendinding untuk diri kita.

Caranya ialah:

1. Lunjurkan kaki ke arah Qiblat
2. Mengangkat dua tangan seperti berdoa
3. Baca ayat-ayat Muawwizat sehingga selesai (tidak termasuk membaca Surah Al-Fatihah)
4. Tarik nafas kemudian tiup pada tapak tangan sehingga habis nafas
5. Tarik sikit nafas kemudian tahan nafas sambil menyapu tapak tangan keseluruh anggota badan yang boleh dicapai kecuali anggota sulit.
6. Lakukan sekali sebelum tidur & selepas solat subuh setiap hari

InshaaAllah, dengan kesungguhan kita beristiqamah mengamalkan kedua-dua Surah ini, Allah akan melindungi kita dari kejahatan makhluk-makhlukNya. Amin.

Anda Dapat Sesuatu?

Jika anda rasa artikel ini bermanfaat, sila kongsikan dengan rakan-rakan dan juga orang yang anda sayangi. Anda juga boleh melanggan artikel terbaru saya terus melalui emel. Klik di sini untuk melanggan.

Anda aktif menggunakan aplikasi telegram? Saya juga ada kongsikan ilmu-ilmu mahal tentang perubatan Islam melalui telegram. Berminat? Join channel telegram saya di sini.

Kecewa dengan masalah gangguan jin dan sihir yang belum sembuh? Walaupun anda dah habis beribu ringgit?

Mahukah saya tunjukkan kepada anda RAHSIA bagaimana untuk sembuh dengan cara yang mudah, praktikal & menjimatkan? Walaupun ketika anda sedang tidur. Klik di sini untuk mengetahui caranya!

Follow saya di sosial media:
Bagaimana Mendinding Diri Dengan al-Muawwizatain?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!