Apakah Penyakit Gila Disebabkan Oleh Makhluk Halus?

Anggaran Masa Bacaan: 3 minit

Dikemaskini pada 23/01/2023 oleh Ustaz Abdullah

Apakah makhluk halus boleh menyebabkan penyakit kepada kita? Pernahkah soalan ini bermain di fikiran anda?

Inshaa Allah dalam artikel kali ini, saya akan kongsikannya dengan anda. Jawapannya memanglah makhluk halus boleh mengakibatkan penyakit kepada kita. Tapi pada pandangan saya, penyakit-penyakit itu bukanlah seperti penyakit moden zaman sekarang.

Untuk mengupas masalah ini, kita perlulah kembali kepada petunjuka al-Quran dan as-Sunnah. Ini kerana , makhluk halus termasuk di dalam perkara-perkara ghaib. Dan yang benar-benar mengetahui tentang hal-hal ghaib ini ialah al-Quran dan as-Sunnah sahaja. Ok, teruskan bacaan anda.

Berdasarkan kepada nas-nas al-Quran dan Sunnah, Allah telah menjelaskan bahawa makhluk halus seperti jin, syaitan, ifrit dan sebagainya boleh mengakibatkan pelbagai penyakit kepada manusia pada masa dan waktu tertentu.

Antara penyakit-penyakit itu ialah:

1) Di dalam surah al-Baqarah, ayat 275:

Maksudnya: “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul (ketika bangkit dari kubur mereka) melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan (disebabkan penyakit gila yang menyerang mereka)”

Dalam ayat di atas, Allah menerangkan penyakit yang disebabkan oleh syaitan ialah penyakit gila.

2) Di dalam surah al-A’raf, ayat 201:

Maksudnya: “Sesungguhnya orang yang bertaqwa, apabila mereka ditimpa penyakit waswas daripada syaitan, mereka ingat (kepada Allah), maka dengan itu mereka nampak (jalan yang benar). “

Di dalam ayat di atas, Allah menerangkan bahawa penyakit waswas juga berpunca dari makhluk halus. Di pusat rawatan saya, banyak kes begini yang datang. Dan dari pemerhatian dan kajian saya, tahukah anda  mengapa syaitan suka membisikkan was-was pada manusia?

Syaitan memang musuh kita. Jadi mereka akan berbuat kerosakan pada kita, antaranya berusaha sedaya upaya untuk mecerai-beraikan hubungan suami dan isteri. Saya ada satu kes begini. Masalah was-was ini dialami oleh seorang guru perempuan berumur lingkungan 40-an.

Bayangkan setiap hari, beliau akan mop seluruh rumahnya yang memakan masa 3 hingga 4 jam. Ya, dan ianya berlaku setiap hari. Beliau tak boleh nak basuh baju sekali dengan baju anak-anak dan suaminya. Beliau juga tak boleh nak ‘bersama’ dengan suaminya. Disebabkan penyakit was-wasnya yang kronik, beliau merasakan semua disekelilingnya itu kotor. Dan paling kritikal, beliau pernah dirawat di hospital sakit jiwa kerana dikatakan gila.

Dan, dari apa yang beliau ceritakan pada saya, suaminya yang tertekan dengan keadaan beliau, memberikan peluang terakhir. Dalam tempoh sebulan, jika tidak berubah, suaminya akan menceraikannya. Anda boleh bayangkan betapa bahayanya penyakit waswas?

3) Di dalam surah al-Mujadalah, ayat 19:

Maksudnya: “Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah, mereka itulah puak syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.”

Dalam ayat di atas, Allah menggunakan perkataan istihwaaz daripada istahwaza, yang bermaksud syaitan boleh menguasai dan mengalahkan manusia sehingga mereka tidak sedarkan diri atau lupa segala-galanya.

Perkara ini memang tidak boleh dinafikan kebenarannya. Pesakit-pesakit yang datang ke pusat rawatan saya, jika benar mereka mengalami gangguan makhluk halus, sememangnya mereka akan mengalami gejala pelupa. Kalau yang kronik, boleh jadi macam orang gila.

4) Di dalam surah al-A’raf, ayat 200:

Maksudnya: “Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari syaitan, maka mintalah perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, Lagi Maha Mengetahui”

Berdasarkan ayat di atas, syaitan boleh melakukan kepada manusia apa yang dipanggil al-Nazghu, iaitu menipu atau menghasut manusia untuk melakukan kejahatan. Maksudnya di sini ialah, syaitan boleh menghasut dan menipu manusiasampai kepada tahap membunuh.

 5) Di dalam surah as-Sad, ayatr 41:

Maksudnya: “Dan (ingatkanlah peristiwa) hamba Kami Nabi Ayub ketika dia berdoa merayu kepada Tuhannya dengan berkata, “Sesungguhnya aku diganggu oleh syaitan dengan kepayahan dan seksaan penyakit”

Dalam ayat di atas pula, Allah s.w.t menggunakan kalimah Nusbin, yang membawa maksud penat atau letih yang teramat sangat. Pengalaman saya merawat juga membuktikan kebenaran ayat di atas. Apabila selesai sahaja rawatan, mesti pesakit yang saya rawat itu akan mengalami keletihan yang teramat sangat.

Di dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Muslim, ada seorang pemuda yang baru sahaja berkahwin. Dan beliau telah bersama-sama dengan Rasulullah di dalam peperangan Ahzab.

Apabila waktu menjelang tengahari, pemuda tersebut meminta izin kepada Rasulullah untuk pulang ke rumah. Namun Rasulullah rasa berat untuk melepaskannya. Namun, akhirnya Rasulullah membenarkannya pulang dan Rasulullah menasihatkannya agar pulan dengan membawa senjata.

Apabila telah sampai di rumah, pemuda itu mendapati isterinya berada di luar rumah kerana ada seekor ular hitam yang besar di dalam rumahnya. Pemuda itu pun terus membunuh ular tersebut dengan menggunakan tombak yang dibawa bersamanya. Ular itu menggelupur dan mati.

Tanpa diduga, dengan tiba-tiba pemuda itu pun terus menggelupur dan terus mati. Apabila berita pemuda itu disampaikan kepada Rasulullah, baginda menyatakan bahawa ular hitam tersebut adalah jin yang menyamar sebagai ular. (Sila rujuk Abu al-Husayn Muslim al-Hajjaj al-Qusyairi al-Naysaburi (2001), Sahih Muslim, Kitab as-Salam)

Kesimpulannya, dari dalil-dalil dan kisah yang saya kongsikan di atas, memang menunjukkan bahawa makhluk halus yang terdiri dari jin, syaitan dan sebagainya, memang boleh mengakibatkan penyakit, antaranya penyakit gila.

Semoga kita semua dilindungi oleh Allah dari kejahatan mereka. Aku berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.

Adakah artikel ini membantu anda? Jika ya, jangan lupa untuk follow saya melalui facebook, instagram, twitter dan juga youtube.

468x60
Follow saya di sosial media:
Apakah Penyakit Gila Disebabkan Oleh Makhluk Halus?
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!