Bagaimana Mengenali Ciri-Ciri Barang Sihir?

Anggaran Masa Bacaan: 6 minit

Tentu anda tertanya-tanya bagaimanakah cara untuk mengenali barang sihir? Tapi sebelum itu, penting sangatkah untuk cari barang sihir kalau nak rawat sihir?

Saya tidak menafikan bahawa mencari dan memusnahkan barang sihir adalah sangat berkesan sekiranya anda mahu merawat sihir.

Mengapa?

Kerana kaedah tersebut adalah kaedah yang digunakan oleh Rasulullah s.a.w untuk mematikan sihir yang telah dihantar kepada Baginda.

Di dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda semua perkara yang berkaitan dengan barang sihir,

Dan…

Saya juga akan kongsikan bagaimanakah cara yang boleh diikhtiarkan untuk mencari barang sihir tersebut. Semoga apa yang saya kongsikan di dalam artikel ini memberikan manfaat kepada anda.

Baca Selanjutnya

7 Cara Melepaskan Ikatan Syaitan

Anggaran Masa Bacaan: 3 minitSepertimana kita semua sedia maklum bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi manusia. Banyak ayat-ayat di dalam Al-Quran menegaskan perkara tersebut.

Iblis, sejak dia telah dilaknat oleh Allah akibat kesombongan dirinya sendiri, maka sejak itu dia terus berfikir dan mengatur strategi bagaimana untuk menyesatkan, memesongkan atau paling kurang, menjauhkan manusia itu dari Tuhannya, yakni Allah SWT.

Diantara strategi syaitan untuk menjayakan agendanya ialah ketika manusia itu sedang tidur. Apabila manusia tidur, syaitan akan datang dan mengikat manusia dengan ikatan. Bukan satu, tetapi tiga ikatan.

Sekiranya tidak dibuka ikatan ini, maka ianya akan memberikan kesan buruk pada jiwa dan semangat anda. Khususnya semangat untuk beribadah.

Continue reading “7 Cara Melepaskan Ikatan Syaitan”

8 Cara Mengusir Jin Dari Rumah

Anggaran Masa Bacaan: 6 minit

Rumah adalah tempat untuk kita beristirehat setelah disiang harinya kita melakukan segala tugasan harian. Oleh kerana itu, tidak ada apa yang akan dicari di dalam rumah melainkan ketenangan dan kebahagiaan.

Tidak ada guna banglo mewah bertingkat-tingkat, tetapi apabila duduk di dalamnya, langsung tidak dapat ketenangan.

Tetapi, biarlah rumah yang kita diami itu, walaupun sederhana tetapi apabila berada di dalam rumah tersebut, hati menjadi tenang.

Diantara salah satu faktor yang menyebabkan ketenangan di dalam rumah hilang ialah apabila rumah tersebut diganggu oleh jin dan syaitan.

Baca Selanjutnya

6 Cara Tukang Sihir Menghadirkan Jin

Anggaran Masa Bacaan: 5 minit

Ada banyak cara yang digunakan oleh tukang sihir untuk menghadirkan jin dengan tujuan untuk mendapatkan bantuan dari jin tersebut.

Apa yang pasti, cara-cara yang digunakan oleh tukang sihir tersebut mengandungi kesyirikan dan kekufuran yang nyata.

Kerana hanya dengan cara ini sahajalah tukang sihir dapat memanggil jin yang sanggup menghambakan diri kepada mereka dan melakukan apa sahaja suruhannya.

Dalam artikel kali ini saya akan kongsikan dengan anda 6 cara bagaimana tukang sihir menghadirkan jin di mana cara-cara tersebut mengandungi kesyirikan dan kekufuran.

Asalnya, artikel yang saya tulis ini diambil dari kitab Ash-Shaarimul Battaar Fit Tashaddi Lis Saharatil Asyraar (Sihir & Guna-Guna Serta Tatacara Mengubatinya) di mana kitab ini telah dikarang oleh Syeikh Abdul Wahid Salam Bali.

Saya berharap dengan perkongsian artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda dan menjadi peringatan kepada kita semua agar sentiasa berhati-hati dengan pelbagai jalan kejahatan dan kesesatan.

baca selanjutnya

Teknik Mengembalikan Sihir

Anggaran Masa Bacaan: 2 minitIslam adalah agama yang diturunkan oleh Allah yang bersesuaian dengan fitrah dan naluri manusia. Oleh kerana itulah, hukum-hukum yang terdapat di dalam Al-Quran adalah sesuai untuk diamalkan pada setiap zaman, tempat dan waktu.

Membalas kejahatan yang dilakukan kepada kita dengan pembalasan yang setimpal adalah suatu tuntutan naluri dan fitrah manusia.

Tanyalah pada sesiapapun, sekiranya ada dikalangan ahli keluarga kita yang dibunuh atau dilukai, sudah tentu kita juga inginkan hukuman yang sama kepada pelakunya. Inilah hukuman qisas yang ada di dalam ajaran Islam.

Continue reading “Teknik Mengembalikan Sihir”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!