Rawatan Menggunakan Jampi Serapah. Apa Hukumnya?
Sejak kebelakangan ini, kaedah rawatan alternatif untuk merawat penyakit-penyakit yang dihadapi, terutamanya yang melibatkan makhluk halus semakin mendapat sambutan masyarakat. Antara kaedah yang tak dapat dipisahkan dalam rawatan alternatif, antaranya menggunakan jampi serapah. Persoalannya, apakah jampi serapah ini dibolehkan agama?
Amalan perubatan dengan menggunakan jampi, khususnya di dalam bahasa Arab dikenali sebagai ruqyah. Ruqyah adalah dibenarkan. Malah kadang-kadang amat digalakkan. Galakan ini merujuk kepada peristiwa di mana ketika Baginda Rasulullah s.a.w sakit, Jibril turun menemui Baginda dan menawarkan kepada Baginda untuk dijampi. Nabi bersetuju dan jampi Jibril itu dikenali sebagai Ruqyah Jibril.
Continue reading “Rawatan Menggunakan Jampi Serapah. Apa Hukumnya?”
9 Tanda Menunjukkan Gangguan Saka Dalam Badan Anda.
Adakah nenek moyang anda pernah mengamalkan saka? Mungkin ya, mungkin tidak, tetapi tanda-tanda saka dalam badan boleh dikenalpasti. Jangan terkejut jika anda mungkin mewarisinya. Dan lebih baik anda mengetahuinya daripada tidak mengendahkannya.
Apakah itu saka?
Saka adalah kontrak mistik di antara nenek moyang dengan jin untuk mendapatkan kecantikan, perlindungan, kekuatan dan pertolongan, dengan syarat-syarat tertentu dan pada masa-masa tertentu.
Baca SelanjutnyaSihir Akhir Zaman Lebih Hina Dari Sihir Zaman Dahulu?
Anggaran Masa Bacaan: 5 minit
Kesibukan dunia, menjadikan sebahagian besar manusia tidak peduli lagi dengan urusan agamanya. Banyak perintah Allah tidak dilaksanakan dan macam-macam perbuatan kemaksiatan dilakukan. Perbuatan kemaksiatan dengan segala macam bentuknya menjadi hal yang biasa dan lumrah untuk dilakukan. Termasuk juga perbuatan maksiat yang paling bahaya, dosa besar yang paling besar, dan kezaliman yang paling zalim, iaitu perbuatan syirik.
Sudah menjadi sunnatullah, bahawa kesyirikan akan terus ada pada setiap zaman. Termasuk di zaman kita hidup sekarang ini, berbagai bentuk ritual kesyirikan terjadi dimana-mana. Bahkan kesyirikan hasil tipu daya iblis yang terjadi di masa kini lebih parah daripada kesyirikan yang terjadi di masa jahiliyah saat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam masih hidup. Kenapa berlakunya demikian ?
Continue reading “Sihir Akhir Zaman Lebih Hina Dari Sihir Zaman Dahulu?”
5 Contoh Meminta Pertolongan Kepada Jin
Anggaran Masa Bacaan: 2 minitKebanyakan dari kita mengaku kita adalah Muslim. Kita juga selalu menyebut di dalam solat kita, ketika membaca surah al-Fatihah, “Hanya akan Engkau aku sembah, dan hanya Engkau aku memohon pertolongan”. Ini yang kita sebut setiap rakaat di dalam solat kita, lima kali sehari.
Tetapi hakikatnya, apabila kita menghadapi masalah, bukanlah kepada Allah kita meminta pertolongan, kita mengharap kepada makhluk-Nya, bahkan sehingga kita mensyirikkan Allah.
Seringkali kita mencampur adukkan antara yang haq dan yang batil. Kita menganggap bahawa apa yang kita lakukan itu adalah benar dan tak salah di dalam agama. Tetapi kita tak sedar bahawa perbuatan kita itu bukannya menyelesaikan masalah, bahkan menambah lebih banyak masalah selain masalah sedia ada tidak dapat diselesaikan. Inilah tandanya yang anda semakin menjauh dari pertolongan Allah.
Sleep Paralysis: Gejala Ketindihan Ketika Tidur?
Anggaran Masa Bacaan: 4 minit
Adakah anda pernah mengalami gejala ketindihan ketika anda sedang tidur atau ketika nak bangun tidur? Gejala ini menyebabkan anda tidak boleh nak bangun, atau tidak boleh nak menjerit dan sebagainya.
Persoalannya, adakah ianya disebabkan gangguan jin atau adakah ianya memang ada berkaitan dengan masalah kesihatan?
Inshaa Allah persoalan tersebut akan saya kongsikan jawapannya dalam artikel yang sedang anda baca ini.
Sebenarnya gejala ketindihan ketika tidur ini boleh berlaku disebabkan kedua-duanya. Boleh disebabkan gangguan jin dan boleh juga disebabkan masalah kesihatan.
Continue reading “Sleep Paralysis: Gejala Ketindihan Ketika Tidur?”
