Post thumbnail

Dalam artikel yang lalu, saya telah pun kongsikan dengan anda secara ringkas apakah kaedah rawatan Ruqyah Syariah. Dan saya harap perkongsian tersebut membantu anda.

Baiklah, dalam artikel kali ini, saya akan menulis pula tentang dari manakah sumber rujukan yang digunakan untuk kaedah rawatan pengubatan Islam, ataupun ruqyah syariah ini. Apabila kita tahu dari mana sumbernya, kita akan dapat menggunakan kaedah rawatan ini dengan yakin dan tanpa ragu-ragu.

ruqyah syar'iyyah ruqyah syar'iyyah

Sebelum saya menulis lebih jauh tentang kaedah dalam rawatan Islam ini, saya rasa lebih baik jika kita mengenali terlebih dahulu dengan lebih lanjut tentang kaedah rawatan Ruqyah Syariah ini.

Apakah peranannya? Dari mana sumber ambilan kaedah rawatan ini? Dan paling penting bagaimanakah tahap keberkesanan kaedah rawatan ini, terutamanya dalam membantu merawat penyakit yang berpunca dari gangguan makhluk halus seperti sihir, saka, pukau dan sebagainya.

Ruqyah Syariah terdiri dari dua perkataan, iaitu Ruqyah dan juga Syariah. Ruqyah bermaksud jampi, dan syariah pula bermaksud hukum-hakam dan perundangan dalam tatacara hidup berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah.