Tag Archives: ayat-ayat ruqyah download

ruqyah

Bagaimana Melakukan Persiapan Sebelum Meruqyah?

Published / by Ustaz Abdullah Idris / Leave a Comment

Muqaddimah ruqyah ialah prosuder-prosuder yang perlu dilakukan oleh seseorang perawat atau pun diri kita sendiri (sekiranya melakukan ruqyah mandiri) sebelum memulakan proses meruqyah.

Sebelum memulakan ruqyah, pastikan bahawa pesakit sudah berada dalam keadaan siap sedia untuk diruqyah. Selain itu, ada juga beberapa perkara lain, selain diri pesakit, yang perlu dilakukan sebelum memulakan terapi ini.

Ingat, jangan abaikan Muqaddimah ruqyah ini kerana ia juga menjadi faktor penyebab kesembuhan diri pesakit.

Continue reading

ayat ruqyah

Ayat-Ayat Ruqyah Yang Patut Anda Hafal

Published / by Ustaz Abdullah Idris / Leave a Comment

Sebelum saya tulis lebih lanjut tentang ayat-ayat ruqyah standard ini, saya ulang kembali apakah yang dimaksudkan dengan ruqyah.

Secara ringkasnya ruqyah bermaksud jampi. Atau lebih terperinci ruqyah bermaksud mentera-mentera atau jampi serapah yang dibaca kebiasaannya untuk merawat penyakit yang berkaitan dengan gangguan makhluk halus.

Manakala ruqyah syar’iyyah pula bermaksud jampi-jampi atau mentera yang dibenarkan syarak yang digunakan untuk merawat penyakit.

Ayat-ayat al-Quran yang digunakan di dalam terapi ruqyah biasanya adalah ayat-ayat yang berkaitan tentang azab Allah, nikmat Allah, tentang sihir, jin dan juga syaitan.

Continue reading

Download Senarai Ayat-Ayat Ruqyah Percuma

Published / by Ustaz Abdullah Idris / Leave a Comment

Apakah yang dimaksudkan dengan ruqyah? Menurut Wikipedia Bahasa Melayu, ruqyah adalah kaedah penyembuhan dengan cara membacakan sesuatu kepada orang yang sakit. Tidak kiralah sakit akibat dari penyakit ‘ain, sengatan haiwan, bisa, sihir, kerasukan dan gangguan jin.

Dari maksud di atas, apa yang dapat kita faham dengan ayat-ayat ruqyah┬ápula ialah ianya digunakan untuk penyembuhan dari sesuatu penyakit. Manakala ruqyah secara syar’i pula (Ruqyah Syariyyah) adalah jampi-jampi atau mentera-mentera yang dibacakan oleh seseorang untuk mengubati penyakit atau menghilangkan gangguan jin atau sihir atau untuk perlindungan dan sebagainya.

Continue reading

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...