Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Author : Ustaz Abdullah

Saya merupakan seorang perawat ruqyah syar'iyyah yang mempunyai pengalaman selama 10 tahun.

Bagaimana Mendinding Diri Dengan al-Muawwizatain?

Dalam artikel kali ini saya nak kongsikan cara melakukan amalan pendinding diri yang sangat mudah dengan amalan Al-muawwizatain.

Mungkin ada yang masih tidak tahu apa itu Al-Muawwizatain. Ianya adalah Surah Al-falaq dan Surah an-Nas. Ianya dikenali dengan al-Muawwizatain kerana di dalam kedua-dua surah ini mengandungi permohonan perlindungan kepada Allah.

‘Al-Mu’awwizatain’ mempunyai kedudukan yang tinggi dibandingkan antara surah-surah yang lain.


Rasulullah Shalallahu Alaihi Wasallam bersabda:

Continue reading “Bagaimana Mendinding Diri Dengan al-Muawwizatain?”

Salah Faham Tentang Tangkal.

Dalam artikel kali ni, saya nak kongsikan dengan anda hukum berkaitan dengan pemakaian tangkal atau azimat.

Saya pernah ditanyakan soalan tentang apakah hukum memakai tangkal, tetapi tidak meyakinkan dalam hati bahawa tangkal itu yang memberikan manfaat.

Tetapi meletakkan keyakinan bahawa Allah lah yang sebenar-benarnya yang memberikan manfaat. Tangkal itu hanyalah diiktikadkan sebagai sebab musabab sahaja.

Mereka yang meletakkan keyakinan begini menyamakan masalah tangkal ini seperti makan nasi atau makan ubat.

Kata mereka, kalau meletakkan keyakinan bahawa nasi yang mengenyangkan, sama juga hukumnya iaitu syirik. Jadi, tak salah memakai tangkal asalkan meletakkan keyakinan bahawa Allah yang memberikan manfaat, tangkal hanyalah sebab.

Betulkah begitu? InshaaAllah artikel ini akan membantu anda.

Continue reading “Salah Faham Tentang Tangkal.”

Bagaimana Merawat Sihir Pemisah?

Sejak kebelakangan ini saya kerap sangat mendapat pertanyaan tentang masalah rumahtangga yang melibatkan tanda-tanda sihir pemisah.

Antara masalah yang paling kerap berlaku ialah suami atau isteri yang bermasalah itu sudah tidak pulang ke rumah.

Kalau pulang ke rumah pun, sudah lagi tidak bertegur sapa, bergurau senda dan sebagainya. Tinggal sebumbung tetapi bawa haluan masing-masing.

Jadi, dalam artikel kali ini saya nak kongsikan dengan anda apakah rawatan yang dapat diusahakan jika anda mengalami masalah begini.

Tetapi perkongsian ini sesuai sekiranya pasangan anda masih tinggal serumah dengan anda. 

Tetapi apabila pasangan anda (suami atau isteri) telahpun keluar dari rumah, rawatan begini tidak sesuai untuk dilakukan.

Continue reading “Bagaimana Merawat Sihir Pemisah?”

Dari Api Apakah Diciptakan Jin?

Berkenaan dengan unsur penciptaan jin, Allah SWT telah menjelaskan di dalam al-Quran tentang perkara tersebut. Antara ayat yang menjelaskan tentang penciptaan jin ialah:

“Dan jin pula Kami jadikan sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma” (Surah al-Hijr, ayat 27)

“Dan Dia telah menciptakan jin dari lidah api yang menjulang-julang” (Surah ar-Rahman ayat 15)

Di dalam dua ayat di atas Allah menjelaskan bahawa Dia telah menciptakan makhluk jin dari unsur api. Tetapi ada persoalan menarik di sini yang boleh dibahaskan iaitu bahagian api yang manakah yang digunakan untuk menciptakan jin?

Continue reading “Dari Api Apakah Diciptakan Jin?”

Bagaimana Mengenali Tanda-Tanda Sihir Pendarahan?

Sihir menurut bahasa adalah ungkapan tentang perkara yang berlaku disebabkan oleh sesuatu yang samar, tidak jelas, tersembunyi dan lembut.

Manakala menurut istilah pula, sihir bolehlah kita bahagikan kepada dua bahagian. Yang pertama, sihir ini adalah buhul-buhul ataupun mentera, atau disebut juga jampi serapah yang digunakan oleh tukang-tukang sihir sebagai satu jalan untuk menyeru jin. Tujuan jin diseru adalah untuk meminta pertolongan kepada jin tersebut bagi menghantar sihir kepada mangsa.

Continue reading “Bagaimana Mengenali Tanda-Tanda Sihir Pendarahan?”
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!