cara mengatasi gangguan jin dalam badan

Kenali Gangguan Jin Berbentuk Bisikan & Jenis-Jenisnya

Anggaran Masa Bacaan: 6 minit

Saya yakin kita semua dah biasa sangat mendengar tentang sihir dan saka. Dan banyak kes-kes pesakit yang datang berjumpa saya, kebanyakkannya melibatkan gangguan sihir atau saka.

Tetapi tahukah anda bahawa ada sejenis lagi gangguan jin iaitu gangguan berbentuk bisikan. Ramai yang memandang remeh tentang gangguan berbentuk bisikan ini.

Bagi mereka ianya bukan gangguan yang berat seperti sihir atau saka. Hakikatnya, gangguan jin berbentuk bisikan ini jika tidak dirawat diperingkat awal, ianya juga boleh memberikan ksan buruk kepada pengidapnya.

Baca Selanjutnya

Bagaimana Mengesan Jin Dalam Badan & Cara Atasinya?

Anggaran Masa Bacaan: 6 minit

Mengapakah jin suka mengganggu manusia? Jin mengganggu manusia adalah disebabkan permusuhan yang telah lama berlaku diantara keduanya.

Ya, permusuhan yang berlaku diantara Iblis dan juga Nabi Adam a.s. Bukankah Iblis itu sebenarnya adalah dari golongan jin. Dalil yang membuktikan bahawa Iblis dari golongan jin ialah firman Allah di dalam surah Al-Kahfi ayat 50:

“Dan (ingatlah) ketika Kami (Allah) berfirman kepada para Malaikat: “Sujudlah kamu kepada Adam! Maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia menderhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah iblis itu sebagai pengganti (dari Allah) bagi orang-orang yang zalim”

Baca Selanjutya

Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah.3)

Anggaran Masa Bacaan: 4 minitAlhamdulillah artikel ini adalah sambungan dari dua artikel saya yang lalu di bawah tajuk yang sama. Bagi anda yang baru kali pertama sampai ke blog ini, bolehlah baca bahagian pertama dan bahagian kedua.

Untuk bahagian yang katiga ini, saya akan sambung dari sebab yang kelapan hingga kesebelas.

8) Mendatangi Makam dan Tempat Yang Dianggap Keramat

Salah satu perkara khurafat yang diamalkan oleh masyarakat kita, khususnya Melayu (saya mengatakan Melayu kerana saya orang Melayu Islam) ialah menziarahi kubur-kubur tertentu dengan meletakkan tanggapan bahawa kubur tersebut keramat.

Continue reading “Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah.3)”

Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah.2)

Anggaran Masa Bacaan: 3 minitBagi anda yang baru sahaja kali pertama membaca di blog ini, saya mengesyorkan kepada anda untuk membaca bahagian pertama artikel ini. Klik di sini untuk membaca bahagian pertama.

Dalam artikel kali ini, saya akan kongsikan dengan anda sebab yang keempat mengapa jin mengganggu manusia.

4) Keadaan Jiwa Yang Lemah Disebabkan Sedih Atau Kecewa Berlebihan

Sepertimana yang kita semua sedia maklum, jin juga bersama-sama dengan kita tinggal dibumi ciptaan Allah ini. Mereka ini boleh diibaratkan seperti virus di mana mereka berada dengan banyaknya disekeliling kita.

Jika virus akan menyerang manusia ketika tubuh badan dan daya ketahanan badan lemah, maka jin pula akan menyerang dan masuk ke dalam tubuh badan manusia apabila jiwa manusia tersebut di dalam keadaan lemah akibat perasaan sedih dan kecewa yang keterlaluan.

Continue reading “Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah.2)”

Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah. 1)

Anggaran Masa Bacaan: 4 minitJin adalah salah satu makhluk ciptaan Allah yang juga diberikan kelebihan yang tidak ada pada manusia. Diantara kelebihan jin adalah mereka mampu untuk mengubah bentuk asal mereka kepada apa sahaja bentuk yang diingini.

Makhluk jin sama seperti manusia. Mereka makan, minum, berpasangan, menambah zuriat keturunan, berkeluarga dan seterusnya bermasyarakat seperti kita. Selain itu, kelebihan jin adalah mereka dijadikan oleh Allah tidak berjasad seperti kita.

Ini menjadikan mereka dapat melihat kita sedangkan kita pula tidak mampu untuk melihat mereka. Dikalangan jin ada yang Islam, dan ada juga yang kafir. Yang Islam pula ada sesetengahnya terdiri dari kalangan jin-jin yang bersifat fasik dan munafik.

Continue reading “Mengapa Jin Mengganggu Manusia? (Bah. 1)”

Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!