Anda tengah was-was ke samada dalam badan ada sihir atau tak? Tidak lagi bila anda dapatkan 2 video percuma ni. Klik di sini.

Month: February 2015

Bagaimana Mengenali Rumah/Premis Perniagaan Yang Mengalami Gangguan?

Dikemaskini pada 04/03/2021 oleh Ustaz Abdullah

Gangguan jin bukan sahaja berlaku kepada seseorang, tapi juga boleh berlaku kepada kediaman ataupun premis pernigaan anda.

Sebab itulah Nabi s.a.w telah memberitahu kepada kita melalui sabda Baginda yang bermaksud:

“Janganlah menjadikan rumah kamu seperti perkuburan. Sesungguhnya syaitan lari daripada rumah yang dibacakan padanya surah Al-Baqarah” (Hadis riwayat Muslim: 780)

Di dalam hadis di atas, ada perkara yang Nabi nak bagitahu kepada kita iaitu:

  1. Jangan biar rumah sunyi tanpa diisi dengan amal ibadah.
  2. Amalkan membaca Surah Al-Baqarah kerana syaitan akan lari dari rumah tersebut.

Berdasarkan kepada hadis di atas, maka memang tidak dapat dinafikan lagi bahawa jin boleh menggangu rumah ataupun premis perniagaan anda.

Jadi, di dalam artikel ini, saya akan kongsikan dengan anda bagaimana caranya untuk mengenali rumah ataupun premis perniagaan yang mengalami gangguan jin ataupun sihir.

Continue reading “Bagaimana Mengenali Rumah/Premis Perniagaan Yang Mengalami Gangguan?”

Bagaimanakah Cara Merawat Sihir?

Dikemaskini pada 05/04/2020 oleh Ustaz Abdullah

Sihir merupakan dosa yang paling besar sekali selepas dosa mensyirikkan Allah s.w.t. Bahkan kedua-dua dosa besar ini sebenarnya saling berkait rapat diantara satu dengan yang lain.

Mengapa saya katakan begitu?

Ini kerana, mereka yang ingin melakukan sihir ataupun tukang sihir perlulah melakukan perkara-perkara yang mensyirikkan Allah.

Ini adalah sebagai syarat untuk memastikan sihir yang akan dilakukan akan dapat berjalan dengan lancar.

Baca Lagi

Bolehkah Jin Ditangkap & Dimasukkan Dalam Botol?

Dikemaskini pada 21/02/2019 oleh Ustaz Abdullah

tanda gangguan jin


Selain menulis artikel tentang tanda gangguan jin, saya juga suka menulis artikel tentang perkara-perkara yang saya dengar dari pesakit-pesakit yang pernah datang mendapatkan rawatan.

Antara cerita menarik untuk dikongsikan ialah tentang kebolehan seseorang menangkap dan memasukkan jin ke dalam botol.

Pernahkah anda mendengar cerita ada orang mengatakan yang dia ada kebolehan untuk menangkap jin dan memasukkannya ke dalam botol?

Atau anda sendiri memang pernah berjumpa dengan mereka yang mendakwa memang ada kemampuan untuk melakukan perkara tersebut?

Saya nak kongsikan tajuk ini dengan anda kerana sepanjang pengalaman 5 tahun merawat mereka yang mempunyai tanda gangguan jin, pernah juga beberapa kali berjumpa pesakit yang datang ke pusat rawatan dengan membawa botol mineral kosong.

Bila saya tanya nak buat apa dengan botol itu, katanya nak saya masukkan jin yang ada dalam badannya, ke dalam botol tersebut. Serius, bila saya dengar kenyataan tersebut, saya nak tergelak pun ada.

Persoalan penting di sini, bolehkah kita mempercayai dakwaan tersebut? Benarkah ada manusia biasa, yang boleh menangkap jin dan masukkan dalam botol?

Continue reading “Bolehkah Jin Ditangkap & Dimasukkan Dalam Botol?”
Scroll to top
error: Maaf. Artikel ini tidak dibenarkan untuk copy!!