tanda sihir

Bagaimana Cara Elakkan Sihir Pemisah?


Sebelum saya menulis dengan lebih panjang tentang sihir dan tanda tanda sihir, paling penting di sini ialah saya perlu tanamkan di dalam pemikiran anda, tentang kebenaran wujudnya perbuatan sihir dan bahayanya.

Sebab dari pengalaman saya dalam bidang perubatan Islam, ada sesetengah orang yang masih belum betul-betul mempercayai akan kewujudan sihir itu. Tidak keterlaluan untuk saya nyatakan di dalam tulisan ini bahawa seseorang yang mengingkari benarnya sihir itu boleh terbatal imannya.

Mengapa?

Ini kerana, sihir adalah satu amalan yang telah dijelaskan dalam banyak ayat-ayat al-Quran. Jadi, jika ada orang yang mengingkari wujudnya sihir, samalah seperti dia mengingkari hukum di dalam al-Quran.

Perbandingannya samalah seperti orang-orang yang mendustai kedatangan hari kiamat, sedangkan hari kiamat juga sudah mempunyai dalil-dalil yang jelas. Di sini saya kongsikan dengan anda beberapa ayat yang berkaitan dengan amalan sihir ini.

1) Surah al-Baqarah ayat 102

“Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui”

2) Surah Yunus ayat 77

“(Mendengarkan yang demikian), Nabi Musa bertanya: Patutkah kamu berkata demikian terhadap sesuatu kebenaran ketika datangnya kepada kamu? Adakah bawaanku ini sihir? Sedang ahli-ahli sihir itu sudah tetap tidak akan berjaya”

3) Surah Yunus ayat 81-82

“Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir; sesungguhnya Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku); sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan. (81) Dan Allah juga sentiasa menetapkan perkara yang benar dengan kalimah-kalimah perintahNya, walaupun yang demikian dibenci oleh orang-orang yang melakukan dosa”

4) Surah Taha ayat 67-69

“Maka yang demikian menjadikan Nabi Musa merasa takut sedikit dalam hatinya. (67) Kami berfirman kepadanya: Janganlah engkau takut (wahai Musa)! Sesungguhnya engkaulah yang tertinggi mengatasi mereka dengan kemenangan. (68) Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu, nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan, kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu hanyalah tipu daya ahli sihir; sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan, di mana sahaja dia berada”

Saya rasa tidak perlulah untuk saya letakkan lebih banyak ayat-ayat al-Quran yang menjelaskan tentang sihir. Empat ayat di atas sudah memadai bagi mereka yang ingin mempercayainya.

Persoalan seterusnya, mengapa ada yang tidak mempercayai sihir?

Pada pandangan saya, antara faktor yang paling utama ialah kerana sihir ini adalah sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar kita. Apatahlagi, kalau dilakukan pemeriksaan dengan menggunakan alat-alat canggih, masih tidak mampu mengesan sihir.

Ini kerana sihir tidak akan berlaku melainkan dengan menggunakan dan meminta pertolongan dari jin. Tetapi, saya jelaskan di sini, walaupun sihir tidak dapat dilihat dengan pandangan mata kasar, tetapi kita masih dapat mengesan dengan jelas tanda tanda sihir yang ada pada diri mangsa sihir.

Dalam artikel saya kali ini, saya tidak bercadang untuk menulis tentang tanda tanda sihir ini. Ini kerana banyak tulisan-tulisan lepas yang saya kongsikan tentang tanda tanda sihir ini. Anda boleh klik tajuk-tajuk artikel di bawah:

Mengenalpasti bentuk-bentuk dan tanda sihir

Bagaimana mengenali tanda sihir masyrub?

Bagaimana mengenalpasti tanda sihir, kerasukan atau penyakit ain?

Dah baca artikel di atas?

Jadi, dalam artikel kali ini saya nak fokuskan penulisan saya tentang sihir pemisah. Ini kerana, dalam banyak-banyak kes yang saya handle, kebanyakannya adalah berkaitan dengan sihir pemisah.

Apakah sihir pemisah?

Secara ringkasnya sihir pemisah adalah sihir yang digunakan dengan niat jahat untuk meruntuhkan rumahtangga seseorang. Ia juga dikenali dengan nama sihir tafriq. Pada pandangan saya, sihir ini adalah sihir yang paling jahat sekali, kerana kesannya sangat besar.

Sebab itulah di dalam al-Quran, surah al-Baqarah ayat 102 (terjemahan ayatnya di atas), Allah secara khusus menyebut tentang sihir ini.

Di mana Bani Israel, telah mempelajari ilmu sihir yang mana dengan ilmu tersebut mereka telah melakukan kejahatan apabila menjadikan suami menceraikan isterinya tanpa sebab-sebab yang jelas.

Bagaimana cara mengelakkannya?

Jika anda baca artikel-artikel yang ditulis di dalam blog-blog atau laman web lain yang berkaitan dengan sihir, mereka akan menyarankan agar anda mengamalkan ayat-ayat dari al-Quran, ataupun doa-doa dari Nabi s.a.w.

Saya tidak mengatakan bahawa ianya salah. Memang saya juga menyarankan perkara tersebut. Cuma kali ini saya nak kongsikan dengan anda sesuatu yang berbeza sikit.

Tahukah anda, kadang-kadang sebab seseorang itu terkena sihir pemisah adalah berpunca dari dirinya sendiri. Apa yang dilakukan olehnya telah menimbulkan perasaan dengki dan iri hati seseorang. Dan akhirnya, dengan godaan dan hasutan syaitan, hati si pendengki itu telah terpedaya untuk melakukan perbuatan sihir.

Di bawah ini adalah perkara-perkara yang patut anda elakkan:

Pertama: Jangan Terlalu Menonjolkan Kebahagiaan Rumahtangga Anda

Ya, di dalam zaman kegilaan media sosial ini, masyarakat menjadi seolah-olah hilang pertimbangan apabila berkongsikan sesuatu di media sosial. Tidak salah jika anda nak kongsikan kebahagiaan, tetapi biarlah bersederhana.

Ini tidak, kalau boleh semuanya nak dikongsikan. Akibatnya, timbul perasaan dengki dalam hati mereka yang melihat kebahagiaan anda. Nasihat saya, ubah tabiat anda ini jika anda selalu kongsikan kebahagiaan rumahtangga.

Adalah lebih bermanfaat, jika anda kongsikan tip-tip untuk mengecapi kebahagiaan rumahtangga di mana dengan perkongsian ini, mereka juga mungkin akan dapat nikmat kebahagiaan yang sama.

Kedua: Elakkan Berkawan Dengan Ramai Kenalan Berlainan Jantina

Ini biasanya berlaku kepada mereka yang bekerja di dalam satu tempat kerja di mana bercampur antara lelaki dan wanita.

Apabila anda bekerja dalam suasana begini, elakkan dari melakukan tugas berdua sahaja dengan rakan sekerja yang berlainan jantina. Selain daripada boleh menimbulkan fitnah, jika terlalu kerap dikhuatiri rakan sekerja anda boleh jatuh hati.

Apabila perasaan ini semakin menebal, dan apabila diluahkan kepada anda, anda menolaknya, dikhuatiri akan menimbulkan perasaan dendam dan akhirnya boleh menyebabkan perbuatan sihir.

Ketiga: Jangan Terlalu Baik Dengan Rakan Yang Berlainan Jantina

Anda tentu pernah dengar pepatah yang mengatakan:

“Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali-kali”

Pepatah ini ada benarnya. Apa yang saya nak maksudkan di sini, elakkan daripada terlalu banyak memberikan pertolongan terutamanya kepada mereka yang berlainan jantina. Bukan apa, dikhuatiri dengan kebaikan yang anda lakukan akan disalah erti.

Tiga perkara yang perlu anda elakkan di atas, adalah pengalaman yang saya dapat setelah hampir tujuh tahun di dalam bidang perubatan Islam.

Anda jangan salah sangka dengan artikel saya ini. Saya tidak menyuruh anda tidak berkawan sehingga menjadi seperti katak bawah tempurung, atau menjadi seorang kedekut untuk menghulurkan bantuan, tetapi apa yang saya nak tekankan di sini ialah berhati-hatilah dalam setiap tindakan yang anda lakukan.

Ingat, sihir bukanlah hanya disebabkan anda melakukan kesalahan kepada orang lain, tetapi ia juga boleh berlaku akibat anda terlalu baik dengan semua orang.

Walaupun mungkin anda adalah seorang yang istiqamah mengamalkan ayat-ayat pendinding dari sihir, tetapi itu tidak bermaksud anda tidak berisiko untuk menjadi mangsanya. Menjauhi puncanya sebaik mungkin adalah salah satu daripada ikhtiar yang perlu dilakukan untuk menyelamatkan diri anda.

Anda ada tip lagi yang ingin ditambah? Kongsikannya melalui ruangan komen di bawah. Mana tahu perkongsian anda itu akan dapat memberikan manfaat kepada pembaca-pembaca lain.

Anda nak tahu rahsia menghilangkan sihir dalam 30 hari? Klik di sini sekarang!

ANDA DAPAT APA-APA TAK?

Jika anda merasakan artikel yang saya kongsikan di atas memberikan manfaat, saya mohon agar anda kongsikan dengan rakan-rakan anda, samada di facebook, twitter,google+ dan lain-lain.


(Tentang Penulis: Ustaz Abdullah Idris berpengalaman selama 5 tahun membantu merawat pesakit-pesakit yang mengalami gangguan makhluk halus. Dapatkan perkembangan terkini dari beliau melalui  facebook, google+ dan juga twitter. Beliau telah kongsikan 6 teknik mendinding dari sihir yang telah membantu ramai pesakit beliau. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ada pandangan? Kongsikannya.