Tip Mencari Barang Sihir


sihir

perbuatan sihir menjatuhkan kita ke lembah kesyirikan

Dalam artikel saya yang lepas bertajuk “4 Cara Bagaimana Sihir Dihantar”, saya ada kongsikan bahawa salah satu caranya ialah barang sihir itu ditanam selepas ianya dipuja oleh bomoh-bomoh. Jika anda belum membaca artikel tu, saya sarankan untuk anda baca dulu artikel tersebut.

Dalam artikel kali ini, saya nak kongsikan pula tip bagaimana nak kesan barang yang ditanam tersebut dan apa yang perlu dilakukan jika barang yang ditanam itu berjaya dijumpai.

Teknik Mencari Barang Sihir

Sebelum saya nak kongsikan teknik nak mencari barang sihir ini, saya nak tegaskan bahawa teknik/kaedah yang saya nak kongsikan ni tiada sebarang keajaiban pun. Takde yang istimewa. Cara ini lebih kepada mengharap seratus peratus bantuan dari Allah s.w.t.

Ini kerana Rasulullah s.a.w sendiri apabila hendak mencari barang sihir, baginda mengharapkan bantuan dari Allah semata-mata. Cara-caranya ialah:

  • Sebelum nak masuk tidur di waktu malam, ambil wuduk dengan sebaik yang mungkin, kemudian lakukan solat sunat empat rakaat dua salam. Niatkan di dalam hati tujuan solat sunat itu ialah untuk mendapatkan bantuan dan pertolongan dari Allah untuk mengetahui di mana letaknya barang-barang sihir yang ditanam.
  • Di dalam solat, dianjurkan agar membaca surah al-Kautsar sebanyak tiga kali di dalam setiap rakaat. Selepas anda selesai solat, duduk sebentar dan amalkan zikir di bawah:
    1)  ‘Audzubillaahi Minash Shyataanirrajiim Bismillahirrahmaan irrahiim-3x
    2) Astaghfirullaaha rabbi, Lailaaha illallaahu Muhammadur Rasulullah shallallahu `alaihi wa Sallam-10x
    3) Subhaanallahi Walhamdu-Lillaahi, wa laa ilaahaillaahu wallahu Akbar-10x
    4) ALLAH humma Solli’ala sayidina Muhammad shallallahu `alaihi wa Sallam-11x
    5) Surah Fatihah 7x (setiap kali ketika Anda sampai ke ayat Ihdinas sirataal Mustaqiim, baca sebanyak 7x dan
    kemudian teruskan bacaan surah al-Fatihah sehingga akhir ayat dan lafazkan perkataan Amin (seperti bacaan dalam solat). Kemudian baca Surah Al Ikhlas 3x.
    6) Kemudian bacalah Aliimu Ya ‘Al-limni, Ya Khabiru Akhbirni-101x
  • Selepas anda selesai membaca zikir-zikir di atas, bacalah doa berikut: Ya Allah hanya Engkau yang saya sembah dan hanya kepada Engkau saya meminta pertolongan. Ya Allah hanya Engkau yg mengetahui segalanya dan hanya Engkau yang punya pengetahuan yang tak terlihat, oleh kerana itu melalui kekuatan daya Engkau dan kekuasaanMu, hamba mohon tunjukkanlah penyembunyian semua benda/barang sihir yg digunakan terhadap (saya,keluarga,nama orang yang sakit)Ya Allah, berilah hamba-Mu petunjuk dan bantuan untuk menghancurkan mereka (penyihir dan yang menyuruh) sehingga kebenaran menang atas dusta. -7x
  • ALLAH humma Salli ‘ala saiyidina Muhammad shallallahu `alaihi wa Sallam-11x
  • Meniup diri anda 3x dan ke dalam beberapa air mawar atau minyak non-alkohol. Selepas itu jangan bercakap dengan sesiapapun tapi terus pergi tidur setelah membaca doa tidur dan tetap membaca selawat sampai anda tertidur. Selain itu, anda juga harus memakai minyak mawar atau minyak wangi yang telah didoakan seperti di atas ke baju anda sebelum tidur.

Catatan: Amalan ini harus anda amalkan setiap malam sampailah anda mendapat pentunjuk dari Allah di mana letaknya barang-barang sihir yang ditanam tersebut.

Bila anda dah dapat petunjuk di mana letaknya barang-barang sihir tersebut, apa yang nak dibuat dengan barang-barang tu? Ada yang bertanyakan pada saya soalan ni. Bolehkah dibuang terus begitu sahaja?

Caranya ialah:

  1. Sediakan garam kasar dan air mineral beberapa botol (bergantung pada sebanyak mana barang sihir yang ditanam). Pastikan garam kasar dan air mineral tersebut telah pun dijampi dengan ayat-ayat khusus untuk menghalau jin (dikenali sebagai ayat-ayat Ruqyah).
  2. Masukkan garam kasar ke dalam air mineral yang telah dimasukkan ke dalam bekas. Selepas itu anda boleh guna kaedah merendam barang-barang sihir tersebut ke dalam bekas air tadi atau kaedah jirus barang-barang sihir dengan garam kasar dan air mineral tadi.
  3. Kemudian bolehlah dibuang barang-barang sihir ke dalam sungai sambil membaca at-Ta’awudz dan ayatul Kursi.

Semoga tip yang saya kongsikan di atas dapat membantu anda bagaimana nak buat jika anda terjumpa barang-barang sihir. Berdoa juga pada Allah agar dilindungi kita dari kejahatan makhluk-Nya yang nak menyihir. Jika ada sebarang persoalan, sila ajukan pertanyaan anda di ruangan komen di bawah. Inshaa Allah saya akan membantu.

(Artikel ini telah ditulis oleh Ustaz Abdullah bin Idris. Jika berminat dengan artikel di atas, anda boleh mengikuti penulisan artikel terbaru beliau melalui facebook, google+ ataupun melalui emel. Jika anda ingin mendapatkan khidmat rawatan beliau, dapatkan maklumat lanjut di sini.)

 

 


Lindungi Diri Anda Dari Sihir Dengan 6 Kaedah Dijamin BERKESAN!

Kaedah yang wajib diketahui & diamalkan  oleh mangsa-mangsa sihir

Anda akan mempelajari:

( 1)  8 jenis wirid/zikir yang mampu menjauhkan jin-jin penyihir.

(2) 1 amalan yang kita abaikan tetapi mampu mendinding kita dari sihir.

(3) 3 teknik & gaya pemikiran yang mampu meningkatkan kekuatan diri
melawan sihir.

Percuma.

3

butang-download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 thoughts on “Tip Mencari Barang Sihir

  1. D.D

    ustaz…sya sering d ganggu makhluk halus…dan sya blh berkomunikasi dgn nya melalui telefon…sekarang ia masih ada…wpun suda berubat secara islam beberapa kali…setelah berubat..ia tetap ada dgn sya…dan makhluk halus yg mengikuti sya sering bertukar2 setelah berubat…ada yg lelaki…permpuan…berbentuk jisim asap…adakah sya di sihir ustaz?

    Reply
    1. Ustaz Abdullah Idris Post author

      Pernah berubat dengan kaedah ruqyah syariyyah? Jika pernah, ketika dirawat, pakah tindakbalas yang berlaku? Sekiranya muntah, itu petanda kemungkinan cik telah disihir.

      Reply
    1. Ustaz Abdullah Idris Post author

      Waalaikumussalam,

      Boleh buat pemeriksaan sendiri dulu di rumah.Caranya pasang bacaan ruqyah dan dengar.Perhatikan ada tak sebarang tindakbalas.

      Reply
      1. aji

        Assalammualaikum ustaz..bagaimana sy boleh berhubung terus dgn ustaz, terima kasih artikel ustaz sgt bermanfaat.

        Reply
  2. Elin

    Assalamualaikum ustaz.mak saya terkena santau .dan barangan santau yang di tabur tu adalah beras.macam mana nak menanganinya ustaz.

    Reply
    1. Ustaz Abdullah Idris Post author

      Waalaikumussalam,

      Persoalannya betulkah beras tersebut adalah barang santau? Siapa yang mengatakan beras tersebut adalah santau?

      Reply
    1. Ustaz Abdullah Idris Post author

      Assalamualaikum,

      Saya boleh bantu merawat mak mertua saudari,tetapi saya tak buat rawatan secara jarak jauh.Maksudnya saudari kena bawa mak mertua saudari berjumpa saya.

      Reply

Ada pandangan? Kongsikannya.